Senario Dunia Akhir Zaman




“Kesian dato seri….. Hari-hari tanggung dosa. Didiklah keluarga dulu, barulah pimpin negara."

 Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. 
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]









“Ini bukan riba encik…tapi faedah”.Ciss……

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. [al-Baqarah: 275]









Tahniah rakyat Malaysia! Industri pelancongan kita semakin maju. Kasino Genting telah memenangi pelbagai anugerah antaranya World’s Leading Casino Resort, World Travel Award 2005/2007/2008/2009/2010, Asia’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
[Al-Maaidah: 90] 









Pemimpin turun padang, perihatin nasib rakyat. (drama 2-3 bulan sebelum pilihan raya)

Daripada Muawiyah bin Abu Sufian r.a berkata ia : Sabda Rasulullah SAW :”Tiada seorang imam (pemimpin) yang menutup pintunya untuk menghalang orang yang berhajat , yang memerlukan , dan orang miskin ,melainkan Allah menutup pintu – pintu langit , tidak memenuhi keperluan dan kemiskinannya . 
(Hadis riwayat : At-Tirmizi ,Hakim dan Ahmad).









Abu Bakar Assidiq menolak wang sara dari baitul mal.. Dato’, TanSri, Tuanku sekalian???

Mengikut Anas apabila Abu Bakar meninggal, yang ada padanya hanyalah seekor unta betina, sebuah mangkuk dan seorang hamba. Kata sahabat-sahabatnya yang lain dia telah meninggalkan juga sehelai hamparan. Apabila Umar menggantinya sebagai Khalifah, barang-barang ini semuanya diserahkan kepadanya. Umar berkata: "Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atas Abu Bakar. Dia telah menunjukkan jalan yang sukar diikuti oleh pengganti-penggantinya."









“Saya sambut Hari raya, Depavali,  Chinese New Year, Krismas. 1Malaysia ma….”

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." 
(HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)









“Kutuk sikit-sikit je…gurau.hehehe”

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat." 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...