AWAS! Ramainya Penyembah Thaghut


Assalamualaikum.. Ramainya yang tanpa sedar sebenarnya telahpun mengambil sesuatu sebagai sembahan selain dari Allah subhanahu wa taala. Tapi bila kita cuba tegur dibalas pula dengan kata-kata, "Kau sapa, ustaz ke nak tegur-tegur aku?"

Tapi kalau dah pak ustaz dan pak mufti pun tak mahu tampil beri teguran..terpaksa lah pak bukan ustaz ni yang bagitahu ya..

Thaghut dalam syara' adalah sesiapa sahaja yang melampaui batas dari apa-apa hak Allah swt atau menjadikan dirinya sekutu dengan Allah swt.


Antara thaghut-thaghut:


1. Syaitan yang mengajak manusia untuk sembah selain dari Allah swt.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Ya Siin:60) 



2. Pemerintah zalim iaitu yang menukar undang-undang Allah swt. Firman Allah azawajal :

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa':60)



3. Orang yang tidak mentadbir atau berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt :


........... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Al-Maaidah:44) 



4. Orang yang mendakwa mengetahui yang ghaib kecuali yang Allah swt dan Rasulullah saw ajarkan:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun
(Al-Jinn:26)



5. Orang yang disembah dan gembira dengannya.

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
(Al-Anbiyaa':29)




Wajib untuk kufur pada thaghut dengan tiga cara:

1. Kufur dengan thaghut pada perbuatan.
2. Kufur dengan thaghut pada lisan.
3. Kufur dengan thaghut pada hati.


Mungkin dalam tak sedar ada yang telah pun mengambil antara thaghut-thaghut di atas sebagai sembahan-sembahan mereka.. Dan yang paling ramai sekali adalah golongan yang menyembah para pemerintah yang kufur pada ketentuan Allah swt. wallahu 'alam


Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
 (Al-Maidah:72)


Kalung Fatimah Membuat Rasulullah SAW Marah


Kehidupan Fatimah Az-Zahra r.a bersama Ali kw sangatlah sederhana. Mereka tak memiliki perabot rumah tangga kecuali alat memasak saja. Mereka tak memiliki tilam kecuali sebuah ‘tilam’ tipis terbuat dari jerami gandum yang dibungkus kain kasar. Fatimah pun tak memiliki perhiasan kecuali sebuah kalung emas yang sudah lama dan jarang dipakai.

Suatu hari Fatimah datang berjumpa Rasulullah SAW. Wanita mulia bergelar Az-Zahra itu mengucap salam dan meminta izin untuk masuk. Setelah Rasulullah SAW mengizinkan, betapa bahagianya Fatimah berada di sisi ayahnya. Keduanya berbincang dengan ceria. Wajah keduanya berbinar bahagia, laksana terubatnya kerinduan kerana lama tak berjumpa.

Tiba-tiba, air muka Rasulullah SAW berubah ketika baginda tahu Fatimah mengenakan kalung emas di lehernya. Fatimah faham bahawa ayahnya sedang marah. Fatimah tak dapat berkata apa-apa. Ia keluar dari kediaman Rasulullah SAW dengan kesedihan yang menyesakkan dada. Selama ini Fatimah tak rela jika ada orang yang membuat Rasulullah SAW marah atau sedih. Namun kini, dirinya sendiri pula yang membuat Nabi berduka. Gara-gara kalung emas itu..

Fatimah tak perlu waktu lama untuk membuat keputusan. Kalung itu tak boleh ia pakai lagi, dan tak boleh ia miliki lagi. Lalu apa yang harus dia lakukan? Apakah dijual dan dibelikan hamba agar dapat membantunya? Kerana selama ini Fatimah sendiri yang mencuci, memasak dan menggiling gandum. Sebenarnya keadaan Fatimah amat memenatkan. Namun Fatimah khuatir kalau-kalau Rasulullah SAW tidak berkenan. Apalagi budak itu nanti akan mengingatkan Rasulullah SAW pada kalung itu. Namun akhirnya Fatimah memutuskan menjual kalung itu. Wangnya ia belikan juga hamba, tetapi bukan untuk membantunya. Setelah dibeli, budak itu segera dimerdekakan.


Kini Fatimah kembali menghadap Nabi SAW. Sebelum Rasulullah bertanya, Fatimah mendahuluinya dengan memberikan laporan, “Aku telah menjual kalung itu.” Fatimah berkata kepada Rasulullah yang serius mendengarkannya, “Dan wangnya ku pergunakan untuk membeli hamba yang kemudian kumerdekakan.”
Seketika wajah Nabi SAW berseri-seri. Keceriaan dan kebahagiaan kembali menghiasi wajah Rasulullah SAW yang suci.

Lalu, bagaimana dengan kita, yang selalu mempamerkan perhiasan? Bagaimana dengan cara kita mengawal marah? Bagaimana sikap kita terhadap orang tua kita…?


Saat Khadijah Jatuh Cinta Pada Muhammad SAW


Wanita mana yang tak terpikat oleh pemuda seperti ini? Ia kacak, bijak, keturunan orang terhormat, dan paling mulia akhlaknya di Semenanjung Arab. Menjelang tengah hari, sebuah kafilah dagang dari negeri Syam tiba di Makkah. Tak lama kemudian kafilah dagang itu memasuki kawasan sebuah rumah yang besar.

Dari dalam kelihatan seorang wanita berusia bergegas ke luar dan menyambut kafilah dagang yang sangat dinantikan. Dari mimik mukanya kelihatan raut kegembiraan. Tak lama kemudian, terjadi perbualan antara wanita yang bernama Siti Khadijah itu dengan Muhammad bin Abdullah, pemuda yang memimpin kafilah dagang. Didengarkannya Muhammad berbicara dengan bahasa yang begitu fasih tentang perjalanan dagangnya ke negeri Syam, serta keuntungan yang diperoleh dari perdagangan tersebut. Demikian juga, Khadijah mendengar penjelasan Muhammad tentang barang-barang dari Syam yang berjaya ia bawa dengan kafilahnya. Khadijah sangat gembira dan kelihatan bersemangat mendengar cerita tersebut .

Sesaat kemudian datanglah Maisarah, orang kepercayaan Khadijah yang menyertai Nabi Muhammad berdagang ke Syam. Ia pun menceritakan pengalaman-pengalaman selama perjalanan. Semua yang diceritakan Maisarah makin menambah pengetahuan Khadijah tentang Nabi Muhammad. Khadijah sedia tahu bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemuda yang sangat mulia akhlaknya . Dalam masa yang singkat, rasa simpati yang ada berubah menjadi rasa cinta. Khadijah tertarik untuk menjadikan Muhammad bin Abdullah sebagai pendamping hidup .

Apa yang menyebabkan Siti Khadijah simpati lalu jatuh hati pada pemuda Muhammad? Bukankah Khadijah adalah seorang tokoh wanita terkaya di Makkah saat itu, sedangkan Muhammad hanya seorang pemuda biasa? Mengapa pula Khadijah berani menjadikan Muhammad sebagai suami, bahkan ia yang melamarnya , padahal sebelum ini banyak pembesar Quraisy yang mengajukan lamaran, dan semuanya ditolak?

Ada beberapa faktor penyebab. Pertama, kesepadanan atau kesekufuan . Adalah wajar bila seseorang jatuh cinta pada orang yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya daripada perbezaan. Orang pun akan cenderung memilih pendamping hidup yang sekufu ( setaraf ), baik dari sisi harta, ideologi, gaya hidup, keilmuan, dan personaliti .

Khadijah mencintai Rasulullah SAW, boleh jadi disebabkan Rasulullah SAW mempunyai banyak persamaan dengan dirinya. Khadijah adalah wanita mulia, Nabi Muhammad SAW pun seorang lelaki mulia, sehingga Khadijah pun cenderung memilih pendamping yang akhlaknya mulia . Khadijah adalah seorang usahawan, sedangkan Rasulullah SAW seorang peniaga yang hebat . Rasulullah SAW berasal dari keturunan orang-orang terhormat, begitu juga Khadijah. Kedua watak yang mempunyai banyak persamaan ini jelas lebih mudah bersatu. 

Paras mukanya manis dan indah, tubuh badan yang sedang, tidak terlampau tinggi juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara kerinting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Berleher agak panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah pantas dan yakin. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, hingga membuat orang patuh kepadanya .

Ketampanan Rasulullah SAW terasa makin lengkap dengan gerak-geriknya yang menawan . Dikisahkan pula oleh Ummu Ma'bad bagaimana sikap beliau, tatkala ia melihat Rasulullah SAW dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah, " Aku melihat seorang lelaki dengan wajah berseri-seri dan bercahaya. Jika ia diam maka tampaklah karismanya. Jika sedang bercakap, ia tampak begitu agung dan santun. Ia kelihatan paling muda dan paling rupawan bila dipandang dari kejauhan, juga paling kacak dan menawan di antara rombongannya. Ucapannya menyejukkan, perkataannya jelas, tidak sedikit dan tidak pula panjang lebar, sebagai buah dari kecerdasan . "

Keindahan perilaku Rasulullah SAW berpunca dari kemuliaan akhlak dan kejernihan jiwa . Inilah faktor ketiga yang membuat Khadijah jatuh cinta. Muhammad adalah pemuda berakhlak mulia. Dengan kurnia Allah SWT, dalam diri baginda terkumpul semua akhlak terpuji yang dikenal manusia, kejujuran, dermawan, ataupun kelembutan. Tak ada satu sisi pun dalam diri baginda tanpa budi pekerti yang luhur . Akhlak Rasulullah SAW adalah sebuah keistimewaan, hingga beliau ' merumuskan ' misi dakwahnya dalam sebuah hadith, " Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia " ( HR Bukhari dan Hakim ) .

Adabnya adalah sifat yang paling menonjol dalam pergaulan baginda dengan para sahabat. Tawaduk, sabar, penyayang, dan mementingkan orang lain serta dermawan adalah sifat peribadinya dan menarik perhatian orang di sekitarnya. Jika bertemu dengan orang yang berbahagia kerana suatu kejayaan, maka ia menggengam tangannya dan ikut merasakan kegembiraan . Jika bersama dengan orang yang tertimpa musibah dan dirundung kesedihan, Rasulullah SAW pun ikut merasakan kesedihan mereka. Beliau sangat perasa dan pandai menghibur. Oleh itu , wanita mana yang tidak terpikat oleh pemuda seperti ini ?


-mahluktermulia-

Kesabaran Rasulullah Terhadap Isteri


Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Baginda pulang dengan diiringi oleh para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan. Rasa rindunya kepada suaminya, Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. 

Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba dirumah Rasulullah SAW beristirahat melepaskan lelah baginda manakala Aisyah r.a pula dibelakang rumah sibuk menyediakan minuman untuk Rasulullah saw. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW. Baginda meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tiba tiba Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Rasulullah SAW diam dan hendak menghabiskan air digelas itu. Tetapi Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?" Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tersisa dari gelas itu kepada Aisyah r.a.

Aisyah r.a meminum air itu namun terus memuntahkannya semula.Ternyata air itu terasa masin dan bukannya manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat telah dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a segera meminta maaf kepada Rasulullah SAW. 

Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Baginda menyedari kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, namun tidak memarahinya atau menegurnya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawasanya akhlak yang mulia dapat kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita. Sebuah hadith menyebutkan, "Lelaki yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya". Semoga kita diberi taufik untuk dapat meneladani akhlak Rasulullah SAW.


Sajian Buat Rasulullah


Sebagai seorang manusia agung yang berperibadi mulia, Rasulullah saw amat dicintai oleh para sahabat baginda ketika itu. Rasa cinta mendalam kepada Nabi Muhammad SAW juga dimiliki seorang budak perempuan miskin bernama Barirah. Perempuan miskin ini berharap sekali agar Rasulullah dapat berkunjung ke pondoknya. 

Namun dia tidak sanggup untuk mengundang baginda kerana di rumah buruknya itu memang tak ada apa-apa makanan untuk dijamu nanti. Suatu hari, Barirah menerima makanan yang cukup mewah dari salah seorang sahabatnya. Makanan lazat seperti itu belum pernah ia nikmati seumur hidupnya. Sebelum enjamah makanan itu, tiba-tiba ia terfikir..Selagi ada, sebaiknya makanan ini dijamu untuk orang istimewa yang selama ini ia rindukan, Rasulullah SAW. 

Setelah diundang, Rasulullah pun datang bersama para sahabatnya. Sahabat Nabi yang menyaksikan hidangan yang serba enak dan mahal itu tiba-tiba berfikir yang budak perempuan ini tak mungkin dapat membelinya sendiri. "Wahai Rasulullah boleh jadi ini makanan zakat atau sedekah. Sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan sedekah. Jadi Engkau jangan memakannya, ya Rasulullah," kata sahabat.

Kecintaan Barirah yang terlampau membuatnya lupa bahwa Rasulullah tak menerima zakat dan sedekah. Mendengar ucapan sahabat tersebut, hati Barirah seolah-olah meledak. Perasaan takut, gelisah, malu, dan sedih kini menghapuskan kegembiraannya. Menyajikan hidangan yang diharamkan bagi Rasulullah adalah kesalahan besar. 

 Dalam keadaan ini, Rasulullah mempamerkan kemulian baginda. Dengan lembut dan bijak baginda berucap, "Makanan ini memang sedekah untuk Barirah, dan kerana itu ia sudah menjadi milik Barirah. Lalu Barirah menghadiahkannya kepadaku. Maka aku boleh memakannya." Kemudian Rasulullah SAW pun memakannya tanpa segan.


Amaran Untuk Para Pelawak


Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.

Direkodkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan dihukumkan HASAN olehnya, serta direkodkan oleh a-Nasa’i dan al-Baihaqi. (Rujuk al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-tarhib, hadis no 2994, jil 3/74)

Siapa Yang Menang?

Barisan Islam rampas depoh senjata FSA
Beirut: Puak penentang kerajaan berhaluan Islam terbesar di Syria merampas depoh senjata milik Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong negara Barat, lapor sebuah pertubuhan berpangkalan di Britain semalam.
Menurut Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia, selepas pertempuran yang berlaku hampir sepanjang malam, pejuang Barisan Islam menguasai kawasan FSA di sempadan Bab el-Hawa ke Turki dan merampas senjata mereka.
Pegawai pertubuhan itu berkata, kebanyakan senjata itu dibawa dari Turki.
“Lima pejuang terbunuh, namun tidak jelas mereka daripada kumpulan mana,” katanya.

---------------------------------------------------------------------- 

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul itu dan ulil amri di antara kalian. Kemudian jika kalian berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah perselihan itu kepada Allah dan Rasul itu, jika kalian adalah benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu kebaikan dan lebih baik akibatnya/kesudahannya. 
(An Nisaa': 59)


Ketua Pendeta Yahudi Memeluk Islam


Husen bin Salam adalah ketua pendeta Yahudi di Madinah. Walaupun penduduk Madinah berlainan agama dengannya, namun mereka tetap menghormati Husen. Kerana di kalangan mereka, ia dikenal sebagai orang yang baik hati, istiqamah dan jujur. Husen hidup dengan tenang dan damai. Baginya waktu adalah perkara yang sangat berguna. Kerana itu, ia membahagi waktunya dalam tiga bahagian. Satu pertiga ia gunakan untuk beribadah. Sepertiga lainnya ia habiskan di kebun untuk menjaga dan membersihkan tanaman. Sepertiga lagi untuk membaca Taurat dan mengajarkannya kepada orang lain. 

Setiap kali menemukan ayat Taurat yang mengkhabarkan tentang kedatangan seorang nabi di Madinah, ia akan membacanya berulang-ulang dan merenungi ayat itu. Dia mempelajari dengan lebih mendalam tentang sifat-sifat dan ciri-ciri nabi yang ditunggu-tunggunya itu. Ia sangat gembira ketika mengetahui orang yang ditunggunya itu telah muncul dan akan berhijrah ke Madinah. Kerana itu, ia selalu berdoa agar Allah memanjangkan usianya supaya dapat bertemu dengan nabi yang ditunggu-tunggunya untuk menyatakan iman. Allah memperkenankan doa dengan memanjangkan usianya dan mempertemukannya dengan penutup para nabi, Muhammad SAW. 

Ketika pertama kali mendengar kedatangan Nabi SAW, Husen bin Salam memadankan sifat-sifatnya dengan yang ia ketahui dari Taurat. Dengan persamaan-persamaan tersebut, ia yakin bahawa orang yang ia tunggu telah datang. Namun hal itu dirahsiakan terhadap kaum Yahudi. Tatkala Rasulullah ke Madinah dan tiba di Quba', seseorang mengumumkan kedatangan baginda. Saat itu Husen bin Salam sedang berada di atas pohon kurma dengan ibu saudaranya, Khalidah binti Harits, menunggu di bawah pohon tersebut. Mendengar kedatangan Rasulullah, ia menjerit, "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" Mendengar teriakan itu, Khalidah berkata, "Kamu akan kecewa. Seandainya kamu mendengar kedatangan Musa bin Imran, kamu tidak dapat berbuat apa-apa." 

"Wahai makcik, demi Allah, dia adalah saudara Musa bin Imran. Dia dibangkitkan membawa agamanya yang sama," kata Husen. "Diakah Nabi yang kau ceritakan itu?" tanya makciknya. "Benar!" jawabnya lalu bergegas menemui Rasulullah yang sedang dikerumuni orang ramai. Setelah berasak-asakan, akhirnya Husen berjaya menemui baginda. Sabda Rasulullah saw, "Wahai manusia, sebarkan salam. Beri makan orang yang kelaparan. Solatlah di tengah malam, ketika orang ramai sedang tidur nyenyak. Pasti kamu masuk syurga dengan bahagia." 

Husen bin Salam memandang Rasulullah. Ia yakin, wajah baginda tidak menunjukkan raut berbohong. Perlahan Husen mendekati baginda seraya mengucapkan dua kalimah syahadat. Rasulullah bertanya padanya, "Siapa namamu?" "Husen bin Salam," jawabnya. "Abdullah bin Salam," kata Rasulullah mengganti namanya dengan yang lebih baik. "Saya setuju," kata Husen. "Demi Allah yang mengutus engkau dengan benar, mulai hari ini saya tidak ingin lagi memakai nama lain, selain Abdullah bin Salam." Setelah itu Abdullah bin Salam pulang. Ia mengajak seluruh keluarganya termasuk Khalidah, yang saat itu sudah tua untuk memeluk Islam. Mereka menerima ajakannnya tetapi Abdullah meminta mereka untuk merahsiakan keislaman mereka dari orang-orang Yahudi hingga waktu yang tepat. 

Tak berapa lama kemudian, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat, saya memintamu memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka tahu kalau saya telah masuk Islam. Serulah mereka kepada agama Allah, saya akan bersembunyi di bilikmu mendengar reaksi mereka." Rasulullah menerima permintaan tersebut. Beliau memasukkan Abdullah ke dalam bilik dan mengumpulkan para ketua Yahudi. Rasulullah membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur'an dan mengajak mereka memeluk Islam. 

Namun orang-orang Yahudi itu menolak, bahkan membantah kata-kata baginda. Setelah mengetahui bahawa mereka enggan menerima seruannya, Rasulullah bertanya, "Bagaimana kedudukan Husen menurut kalian?" "Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka kami," jawab mereka. "Bagaimana pendapat kalian kalau dia masuk Islam? Maukah kalian mengikutinya?" tanya Rasulullah. "Tidak mungkin! Tidak mungkin dia masuk Islam," jawab mereka serentak. 

Tiba-tiba Abdullah bin Salam keluar dari bilik Rasulullah seraya berkata, "Wahai kaum Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad benar-benar utusan Allah. Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat? Demi Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Aku beriman kepadanya dan membenarkan segala ucapannya." "Bohong!" jawab mereka. "Kau jahat dan bodoh, tidak bisa membedakan mana yang benar dan salah!" Mereka pun meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah SAW. 

"Kau lihat, wahai Rasulullah. Orang-orang Yahudi itu pendusta dan sesat. Mereka tidak mau mengakui kebenaran walaupun di depan mata," ujar Abdullah. Abdullah bin Salam menerima Islam seperti orang yang kehausan dan merindukan jalan ke telaga. Lidahnya selalu basah oleh untaian ayat-ayat Al-Qur'an. Ia selalu mengikuti seruan Rasulullah sehingga baginda mengkhabarinya berita gembira tentang syurga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...