Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 3




Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.




Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

-Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
-Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.


2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

-Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
-Bagi yang menolak semuanya, hukumnya kafir
-Sesiapa yang ingkar salah satu  bukan muslim (ijma)
-Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
-Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq


3) Matlamat Ibadat :


  1. Syahadah - syarat diterima amalan lain.
  2. Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
  3. Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
  4. Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
  5. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
  6. Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.



Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Lima Syarat Dibenarkan Maksiat


Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabiah. Ia meminta nasihat kepada dirinya agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Ia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang kuat untuk menghentikannya." 

Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang aku beri, maka aku tidak keberatan kau berbuat dosa." 

Dengan penuh rasa ingin tahu, Jahdar bertanya, "apa saja syarat-syarat ini, ya Aba Ishak?" 

"Syarat pertama, jika kau bermaksiat, maka janganlah kau memakan rezeki Allah", ucap Ibrahim. Lelaki itu mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?" 

 "Benar", jawab Ibrahim tegas. "Bila kau telah mengetahuinya, masih layakkah kau memakan rezeki-Nya sementara kau terus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintah-Nya?" 

 "Baiklah…", jawab lelaki itu tampak menyerah. "kemudian apa syarat yang kedua?"

"Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya", kata Ibrahim lebih tegas lagi. Syarat kedua ini membuat Jahdar lebih pelik lagi. "Apa? Syarat ini lebih hebat. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?" 

"Benar Abdullah. Karena itu fikirkanlah baik-baik. Apakah kau masih layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sementara kau terus berbuat maksiat?", tanya Ibrahim. "Kau benar Aba Ishak", ucap Jahdar kemudian. 

"Lalu apa syarat ketiga?", tanyanya dengan gusar. "Kalau kau masih juga bermaksiat kepada Allah tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat yang tersembunyi agar tidak terlihat oleh-Nya." Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. "Ya Aba Ishak, nasihat apakah semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" 

 "Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di buminya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya. Patutkah kau melakukan semua itu?", Tanya Ibrahim kepada lelaki yang masih nampak bingung itu. 

 "Baiklah, ya Aba Ishak, apa syarat yang keempat?" 

 "Jika malaikatul maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahawa engkau belum mau mati sebelum bertaubat dan melakukan amal soleh." Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukan selama ini. Ia kemudian berkata, "Tidak mungkin…tidak mungkin semua itu kulakukan." 

 "Ya abdallah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?" Tanpa banyak soal lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu. "Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka dihari kiamat, janganlah kau ikut dengannya dan menjauhlah!" 

 Lelaki yang ada dihadapan Ibrahim bin Adham itu tampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal, ia berkata, "Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah." Lelaki itu memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyuk.


Shahih Muslim (Imam Muslim)


Imam Muslim Bin Hajjaj Al Qusyairy An Nisaburi, lahir pasa 204H (820M) di Nisabur, sebuah kota besar di Khurasan, Iran. Beliau meninggal di tempat sama pada Ahad, 24 Rejab 261H (875M).

Semenjak kanak-kanak lagi, Imam Muslim sangat rajin menuntut ilmu dengan kecergasan, kebijaksanaan, kemahuan, dan ingatan yang luar biasa. Dikhabarkan pada usia 10 tahun, beliau telahpun menghafaz alQuran dan ribuan hadith berserta sanadnya.

Ketika mudanya, Imam Muslim merantau ke serata negeri-negeri Islam seperti Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain untuk mencari ilmu dengan ulama-ulama pada masa itu. Antara guru beliau ialah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Abdullah ibnu Maslamah. Beliau juga sentiasa mendampingi Imam Bukhari ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur.


Imam Muslim memikul nama yang besar sebagai ulama hadith yang masyur hingga mendapat gelaran Imam. Beliau bukan sahaja bijak, kuat ingatan, tekun, malah sentiasa menjauhkan dirinya daripada dosa. Oleh kerana itu, karya beliau amat menimbulkan rasa hormat dikalangan ahli-ahli ilmu.


Imam Muslim berjaya mengumpul sebanyak 300 000 hadith yang kemudiannya beliau periksa satu persatu dengan ilmu "mustolah hadith" Setelah ditapis dengan sangat teliti, hanya 7275 saja hadith yang mendapat 'sahih'. Ketelitian ini menempatkan Imam Muslim sebaris dengan Imam Bukhari walaupun beliau sendiri pernah belajar dari Imam Bukhari. Selain Shahih Muslim, karya beliau yang lain antaranya ialah Al Musnad Al Kabir, Al Jami', Al Asma' wal Kaniya, Al Afrad wal Wihdan, Al Aqran, Masyaikh At Thauri, Tasmiyatu Syuyukhi Malik dan banyak lagi.


Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan kebaikan yang tidak putus-putus pada Imam Muslim atas jasa beliau mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah saw, sehingga kaum muslimin dengan mudah dapat membuat rujukan dan panduan dalam pelbagai masalah dan soal.

InsyaAllah...amin.


Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 2



Daripada Saiyidina 'Umar r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: 


Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. 


Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa 
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. 

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya-raya).


Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.


Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Kedudukan hadis ini 
- Ibu kepada hadis-hadis lain. 
- Mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.

2) Islam - terangkum ibadat badani (jasmani) / lisani / maali (harta)/ badani wa maali.

3) Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul 
- amal juga sebahagian dari iman.
hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah.
iman kepada qadho’ dan qadar.

4) Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk

5) Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat.

6) Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : 
-Dalam rupa asal sebanyak 2 kali
-Tahun ketiga Rasulullah dilantik menjadi rasul, melihatnya ketika di langit
- Semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.



Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbaani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman. Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya
akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan
yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.



PEMIMPIN YANG ANDA CINTAI




Wahai saudara-saudaraku...
Tonton video kat atas betul-betul. Renung semula setiap ayat..
Apa perasaan kamu semua saat ungkapan yang angkuh itu masuk ke dalam telinga masing-masing?? Lebih-lebih lagi kata-kata itu keluar dari mulut seseorang yang KAMU sendiri mengangkatnya sebagai pemimpin kamu.

Terus-terang aku sedih.. kecewa dengan segolongan dari bangsa sendiri yang sangat BODOH, terlampau takut dan terus menerus menuruti para pemimpin yang seperti ini. Jelas dan nyata ayatnya tanpa berselindung langsung..dengan selamber dan bangga menghina, memijak dan meludah hak ALLAH AZZA WA JALLA dengan serendah-rendahnya.


Ya Allah...
Kalau saudara seagama aku pun tak dapat rasa apa yang aku rasa, tak kan aku nk harapkan Ah Chong & Mutusami supaya faham apa yang aku nak sampaikan. Mana pergi Pekida, Perkasa, Jati dan NGO-NGO lain yang membara-bara bila bercerita tentang isu kalimah Allah dengan orang kristian. Kenapa sekarang anda diam?? 


Pada para 'ulama' pula..
rezeki datang dari Allah, bukan dari kerajaan. Jalankan lah tanggung jawab tuan-tuan dengan amanah. Jangan pula tuan-tuan takut di soal di dunia ni tapi sanggup ke tuan-tuan di soal di hadapan Allah swt nanti?? Maafkan saya jika sikit kasar.. cuma jangan sampai gelaran tu selayaknya ditukar menjadi ULARMAK pula. Sanggup ke anda tergolong dalam kalangan ulama-ulama suk? Pilih sendiri...

Ah..tulis panjang-panjang pun tak guna. Silap-silap nanti kene cop pembangkang pulak...
Amik ni..:


Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia. Tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semua"
(Hadith Riwayat Muslim)


".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)


“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” 
(Surah Al Ma’idah : 45)

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” 
(Surah Al Ma’idah : 47) 


"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."
(Surah Al Ma’idah : 49) 



"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah."
(Surah Al Ma’idah : 50) 



Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 1


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; 

1. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari 
2. Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية hadis nombor 1908.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

Para ulama’ menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.


2) Kenapa niat penting :

i- Untuk membezakan ibadat dengan adat.
ii- Untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.


3) Hukum melafazkan niat(jahr) 

i- Bid’ah mungkarah : Tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil)
ii- Fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).


4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :

i- Dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
ii- Makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
iii- Jima’atau bergaul dengan isteri - dikira ibadah (memberi hak).


5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah  (hampir dengan Allah):

- Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. 
Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)

- Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.

- Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat.

- Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak
makan - berdosa.



Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Saidina Umar Dengan Pengembala



Alkisah, ada seorang pemuda yang bekerja sebagai pengembala kambing. Jumlah kambing yang dia gembala berjumlah ratusan ekor. Bertahun-tahun dia bekerja tanpa pernah mengeluh meski hasil jerih payahnya tak seberapa. 

 Suatu ketika, datang seorang musafir yang kehausan setelah menempuh perjalanan jauh. Melihat ada pengembala kambing tersebut, gembiralah hati musafir itu. Si musafir meminta minum kepada si pemuda penggembala tersebut. Namun, pemuda itu menjawab bahwa dirinya tak punya air minum untuk diberikan kepada si musafir. Musafir tersebut kemudian memohon agar diizinkan mengambil air susu dari seekor kambing yang digembalakan si pemuda itu. Pemuda tersebut menolak dengan halus. 

"Tolonglah, saudaraku. Tolonglah aku. Aku sangat haus. Izinkan aku untuk memerah kambingmu sekadar beberapa teguk untuk menghilangkan dahagaku," ujar si musafir. Pemuda itu menjawab, "kambing-kambing ini bukan kepunyaanku, aku tak berani mengizinkan engkau sebelum majikanku mengizinkannya." Pemuda mengatakan, "Kalau kau mau, tunggulah di sini sebentar. Kucarikan telaga dan kuambilkan air untukmu, saudaraku." 

Kemudian, pergilah pemuda tersebut mencarikan air untuk si musafir. Setelah dapat, diberikannya air itu kepada si musafir. "Alhamdulillah, segar betul rasanya, terima kasih wahai anak muda,"kata musafir tadi. Kemudian, mereka berehat bersama sambil berbual-bual. 

"Mengapa kau tadi tidak ikut minum," tanya musafir kepada pemuda tadi. "Maaf, saya sedang berpuasa," jawab si pemuda. Musafir itu tercengang mendengar pengakuan pemuda tersebut. "Matahari semakin tinggi, sedangkan engkau berpuasa?" tanya musafir itu penuh tanya. Pemuda itu menjawab, "Aku berharap kelak mudah-mudahan Allah menaungi diriku pada saat hari kiamat nanti. Kerana itu, aku berpuasa." Rasa kagum dan penasaran membuat si musafir ingin menguji keimanan si pemuda penggembala tersebut. Lalu, musafir itu berkata, "Hai anak muda, bolehkah aku membeli seekor saja kambingmu. Aku lapar, tolonglah aku."
"Maaf tuan, aku tidak berani sebelum mendapat izin dari majikanku," kata pemuda itu. "Ayuhlah anak muda. kambing yang kau gembalakan sangat banyak. Tentulah tuanmu tidak akan mengetahui meski kau jual seekor saja. Perutku sangat lapar, tolonglah aku," rayu musafir tersebut. 

"Aku sungguh ingin menolongmu. Kalau aku memiliki makanan, tentu akan kuberikan untukmu, tuan. Tapi, tolong jangan paksa aku untuk melakukan hal yang tak mungkin aku lakukan tuan," ucap pemuda tersebut. "Tidak akan ada yang tahu hai anak muda. Kuberikan seribu dirham untukmu untuk seekor kambing saja. Ayolah. Tidakkah kau kasihan kepadaku?" kata musafir itu yakin bahwa pemuda tersebut akan goyah dengan suap seribu dirham. 

 Musafir itu terus memaksa si pemuda untuk menjual seekor kambingnya. Bahkan, musafir itu tambah gusar dan marah. Akhirnya, pemuda itu berkata, "Majikanku bisa saja tidak tahu jikalau aku menjual seekor kambingnya. Sebab, jumlahnya sangat banyak. Dan majikanku tidak akan bertanya tentang kambing-kambinya. Dia tidak akan rugi meski aku menjual seekor di antara kambing kepunyaanya. Tapi, kalau aku berbuat begitu, lalu di mana Allah? Di mana Allah? Di mana Allah? Sungguh, aku tak mau di dalam dagingku tumbuh duri neraka kerana wang yang tidak halal bagiku." 

Pemuda itu menangis kerana takut tergoda berbuat sesuatu yang dimurkai Allah. Dia menangis kerana kecintaanya kepada Allah. Musafir tersebut terpegun. "Allahu akbar!!" musafir itu ikut menangis. "Katakan padaku wahai anak muda, di mana majikanmu tinggal. Aku ingin membeli seekor kambingnya," kata musafir tersebut. Setelah mendapat jawaban tentang tempat tinggal majikan pemuda tadi, musafir itu memberikan wang seribu dirham tadi kepada si pemuda. "Terimalah wang ini untukmu, anakku. Ini wang halal. Kau layak mendapatkan lebih daripada ini. Hatimu begitu mulia." 

Si musafir yang tak lain adalah Khalifah Umar bin Khattab bergegas menuju ke rumah majikan si pemuda tadi. Lalu, ditebuslah pemuda itu dengan memerdekakannya dari status hamba sahaya. Dalam lanjutan perjalanannya, Umar masih takjub dengan kisah yang baru dia alami. Di mana Allah? Inilah kalimat yang menggetarkan hati Umar. Rasa takut kepada Allah tidak menggoyahkan iman seorang pemuda tadi meski dirayu dengan materi. Duniawi tidak mampu menyilaukan hati pemuda itu kerana keteguhan iman yang hakiki.


Tangisan Rasulullah Untuk Wanita


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis, lalu ia datang bersama Fatimah dan bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku di-isra'kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya. 

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. 


Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, 

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu? 

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya. 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. 

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. 



Khatamun Nubuwwah

Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. 

اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُهُ 
تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْتَ
فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...