RUKUN DAN SYARAT SYAHADAH


Assalamualaikum. Ada yang anggap syahadah kita sudah cukup dengan kita hanya ucapkannya di mulut sahaja. Mungkin tak ramai tau yang syahadah ni pun ade rukun-rukun dan syarat-syarat nya.

Rukun untuk syahadah ada dua. Cukup simple..

1. Hendaklah kita mengesakan dan meyakini bahawa Allah swt itu tuhan yang satu tiada selainNya.

2. Hendaklah kita menafikan serta bersifat kufur pada mana-mana sembahan selain dari Allah swt.


Untuk syarat-syarat syahadah pula ada tujuh.

1. Semasa kita melafazkan syahadah ini, hendaklah kita mengetahui maknanya dan memahami maksud kalimah ini. Bersyahadah dalam keadaan jahil maknanya syahadah kita tertolak. Dalil Syarat ini firman ALLAH ta’ala:


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “maka ketahuilah bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH…” [Muhammad: 19]



وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “dan tidaklah memiliki orang-orang yang diseru (oleh kaum musyrikin daripada sembahan mereka yang batil) selain ALLAH akan syafaat kecuali mereka yang bersaksi dengan al-Haq (yakni kalimah Tauhid) dalam keadaan mereka mengetahui”. [al-Zukhruf: 86]

Dalam ayat ini ALLAH menafikan adanya Syafaat daripada sembahan-sembahan kaum Musyrikin kemudian Dia menetapkan adanya Syafaat di akhirat bagi mereka yang mentauhidkan ALLAH dalam keadaan mereka mengetahui makna kalimah Tauhid itu. [Rujuk Tafsir al-Tabari].


2. Hendaklah kita yakin dengan makna dan kandungannya tanpa ragu. Firman ALLAH swt:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu mereka yang beriman dengan ALLAH dan RasulNya kemudian mereka Tidak Ragu-ragu dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan ALLAH mereka itulah orang-orang yang benar (dalam keimanan mereka)”. [al-Hujurat: 15].


Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنِّي رَسُولُ اللهِ، لَا يَلْقَى اللهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ فِيهِمَا، إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Aku bersaksi Bahawa Tiada sembahan yg benar kecuali ALLAH dan bahawa aku (yakni Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) adalah Utusan ALLAH”; Tidaklah seorang hamba bertemu ALLAH dengan bersaksi akannya tanpa ragu-ragu pada keduanya melainkan dia pasti masuk Syurga”. [HR Muslim].


3. Menerima makna kalimah ini dan tuntutannya dengan sepenuh jiwa, tidak membantah dan tidak menolak kerana menjadi sikap kaum Musyrikin apabila disuruh mengucap dua kalimah Syahadah mereka angkuh dan sombong serta enggan mengucapkannya:

إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya: “Adalah mereka itu apabila dikatakan kepada mereka: La ilaha illallah; maka mereka sombong enggan mengucapkannya” [al-Saffat: 35]

Mafhum Ayat ini adalah Ingkar akan kandungan La ilaha illallah adalah Kufur, maka menjadi syarat untuk sahnya adalah Menerima dengan hati dan lisan akan kalimah ini.


4. Menyerah diri dan patuh kepada tuntutan kalimah ini dengan jiwa raga dan anggota badan, melaksanakan tuntutannya dengan mentauhidkan ALLAH dan meninggalkan Syirik. Firman ALLAH ta’ala:

وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya: “dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH dengan mentauhidkanNya sedangkan dia patuh dengan perintah ALLAH maka dia telah berpegang dengan al-’Urwah al-Wustqo (iaitulah Kalimah Tauhid) dan kepada ALLAH jua akibat segala urusan” [Luqman: 22]


5. Membenarkan, berlawanan dengan Munafiq. Seorang mukmin disyaratkan mengucapkan kalimah Tauhid dalam keadaan dia benar mengakui kalimah itu pada batinnya. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ، إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
Maksudnya: “Tidak ada seorang pun yang bersaksi bahawa Tiada sembahan yang hak kecuali ALLAH dan bahawa Muhammad itu Utusan ALLAH benar dari hatinya melainkan ALLAH haramkan atasnya neraka”. [HR Al-Bukhari & Muslim]


6. Hendaklah dia mengucapkan Syahadah dalam keadaan dia ikhlas mengharapkan ALLAH semata-mata bukan kerana menunjuk-nunjuk pada manusia seperti kaum Munafiqin. Riya’ dalam mengucap dua kalimah Syahadah adalah Kufur Akbar yang menjadikan pelakunya kafir munafiq kekal di bawah neraka paling bawah. Nauzubillah min zalik.

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ، مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ، أَوْ نَفْسِهِ
Maksudnya: “Manusia yang paling bahagia mendapat Syafaatku di hari kiamat adalah barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah ikhlas daripada hatinya atau dirinya” [HR al-Bukhari].


7. Mencintai kalimah ini dan ahlinya serta tuntutannya dan membenci Syirik dan ahlinya dan apa-apa yang berlawanan dengan kalimah ini.

Firman ALLAH ta’ala:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” [al-Mujadilah: 22]




قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
Maksudnya: “Adalah bagi kamu pada Ibrahim dan yang bersama dengannya (beriman dengannya) contoh ikutan yang baik ketika mana mereka berkata kepada kaum mereka (yang musyrik): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain ALLAH dan kami Kufur dengan agama kamu dan telah ketaralah antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu beriman dengan ALLAH yang Esa…” 
[al-Mumtahanah: 4]


Kalimah Syahadah jika diucapkan dengan lisan tanpa dilaksanakan tuntutan dengan hati dan anggota, maka ia sia-isa. Sama juga sekadar iqrar di dalam hati tanpa diucapkan dengan lisan dan diamal dengan Anggota adalah sia-sia kerana Iman itu ada pada lisan, hati dan amalan.

Mereka yang melafazkan kalimah ini dengan lisan namun melakukan amalan-amalan yang berlawanan dengan asal kalimah ini seperti Syirik kepada ALLAH atau menghalalkan apa yang ALLAH Haramkan dan sebaliknya maka ia membawa kepada terbatalnya Syahadah. Wallahu'alam..

Doa Nabi Adam


قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 

 Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(Al-Araf: 23)


Sebaik-baik Pakaian



 يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ 

 Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). 
(Al-Araf: 26)


MALAYSIA KENA SERANG!!

USA Announcing War Against Malaysia!!

Cuba bayangkan.. kalau ayat di atas menjadi tajuk utama pada setiap akhbar-akhbar utama dunia. Dalam masa beberapa bulan je, negara kita ni akan bertukar rupa menjadi seperti apa yang kita nampak terjadi kat Afghanistan dan Iraq. Bangunan-bangunan runtuh.. mayat-mayat bergelimpangan.. bom sana sini.. gila..

Bayangkan lagi.. masa tu, kita semua dalam keadaan serba kekurangan. Jangan kata nak makan KFC, nak jumpa nasi pun susah.. tidur pun dalam khemah buruk je. Kalau ada rumah pun, tidur dalam ketakutan kalau-kalau tiba-tiba rumah kena ceroboh dengan musuh. Bayangkan je tau, bukan nye betul-betul pun...



Kalaulah semua tu betul-betul terjadi pada kita..agak-agaknya apa yang kita harapkan dari saudara-saudara muslim kita yang lain? Cukupkah pada kita jika dengar mereka sekadar berkata, "Kami dah kirimkan doa buat anda." Cukupkah jika kita sekadar diberi sekampit beras yang mungkin hanya dapat mengisi perut keluarga buat sehari dua? Tak cukup kan.... 

Itulah realiti yang terjadi pada saudara-saudara kita kat Palestin, Syria, Filipina, Patani, Somalia, Afghanistan, Libya, Chechya, Myanmar, Mali dan banyak lagi. Kalau kita kira mungkin sudah berjuta-juta malah berbilion dolar sumbangan yang telah dunia hulur pada mereka, tapi adakah sumbangan demi sumbangan yang dihulur telah dapat memadamkan penderitaan yang mereka hadapi setiap waktu? Jawapannya TIDAK. Mereka masih lagi terus bergelut pada setiap masa dan detik.

Mustahil untuk kita bangkit selagi kita masih lagi duduk di dalam sebuah lingkaran yang dikelilingi oleh tembok kekufuran, kemunafikan, syirik, kejahilan, kezaliman, dan kefasikan. Dan untuk memecahkan tembok-tembok tersebut, wajib untuk kita kembali kepada syariat sebenar seperti mana yang telah Allah turunkan kepada kita melalui rasulNya, Muhammad saw. Selagi mana kita masih lagi duduk di dalam lingkaran itu, selagi itu lah kita terpaksa akur dan tunduk di bawah telunjuk musuh-musuh Allah swt.

Satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan mengangkat tinggi kedaulatan Islam yang telah kita, umat Islam sendiri campak ke bawah. Hanya sekiranya Islam berjaya bangkit untuk menguasai dan menjadi kuasa besar di muka bumi, maka dapatlah saudara-saudara kita ini kita selamatkan. InsyaAllah... 


Terbatalnya Syahadah Umat




Bila bercakap tentang syahadah, ramai yang percaya bahawa diri mereka itu sudah benar-benar Islam dan beriman pada Allah swt dan rasulNya Muhammad saw. Padahal ramai yang secara tidak sedar telah pun terbatal syahadah mereka kerana perbuatan mereka sendiri. Kebenaran memang pahit tapi tetap terpaksa kita telan.. 

Islam dan iman.. Hadirnya Islam dalam diri seseorang hanyalah selepas dia beriman dengan sebenar-benarnya, bukan hanya berpura-pura (munafik). Iman juga boleh tergugur atau terbatal oleh beberapa perkara. Oleh kerana iman adalah asas pada agama Islam, maka terbatalnya iman inilah yang menyebabkan terbatalnya juga Islam seseorang. Antara perkara yang menggugurkan iman ialah:

  1. KUFUR
  2. SYIRIK
  3. NIFAK
  4. RIDDAH


Kufur

Sesiapa yang ingkar dan tidak percaya kepada Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah kufur atau dipanggil kafir. Kufur pada Allah dan Rasul terjadi apabila seseorang menolak mana-mana saja perintah Allah swt serta menafikan sunnah-sunnah Rasulullah saw. Perintah Allah swt bukanlah terhad pada solat..zakat..puasa..dan haji semata-mata, bahkan meliputi seluruh peraturan dalam kehidupan kita seperti dalam kita bermuamalat, bermasyarakat, perundangan dan pendidikan.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah-208)

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)


“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” 
(Surah Al Ma’idah : 45)

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” 
(Surah Al Ma’idah : 47)


Syirik
Menyekutukan Allah dengan makhlukNya sama ada secara langsung atau pun tidak, nyata ataupun secara tersembunyi. Sebagai contoh, pemerintah  atau golongan rakyat yang menganggap hanya mereka sahaja yang mampu memberi kejayaan atau kemajuan pada suatu negara. Mereka mengganggap peraturan mereka lebih agung berbanding dengan peraturan yang di turunkan oleh Allah swt.(Al Kitab & Al Hikmah) Perbuatan syirik termasuklah amalan sihir dan khurafat... rujuk sini.

Nifak
Nifak ialah perbuatan berpura-pura dan orang-orang ini digelar sebagai munafik. Mereka beramal tanpa beriman dan hanyalah pada zahir sahaja untuk mengaburi mata manusia. Apabila suatu suruhan atau perintah dari Allah mereka rasakan susah atau tidak sesuai dengan nafsu mereka, mereka akan mencari-cari alasan dan dalil untuk mengelak diri dari perintah Allah swt.

Riddah
Berpaling dan keluar dari  agama Islam melalui perkataan, hati atau perbuatan. Contoh riddah ialah:

Riddah melalui perkataan apabila berkata,
"Solat masa dah tua pun boleh.." 
"Hudud tak sesuai zaman kita"
"Tutup aurat ketinggalan zaman.."

Riddah melalui hati apabila berniat untuk keluar dari agama Islam atau pun membenci Allah, Rasul, dan apa-apa jua aturan dan hukum dari Allah.

Riddah melalui perbuatan terjadi apabila seseorang itu melakukan amalan dari agama lain seperti memakai salib, menyembah berhala (walaupun berlakon ).

Tulisan ini tidak lain hanyalah pesanan untuk diri aku sendiri dan juga untuk seluruh saudara seagama dengan aku.. Bukan menghukum orang itu munafik, orang ini kafir, tapi kerana sayang pada semua dan cuba untuk menjadi seorang muslim dan hamba yang benar-benar menyembah tuhannya.. Wallahu'alam..


Kisah Umar Abdul Aziz Dibaiah



Untuk menggambarkan tentang Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, Imam Tirmidzi yang hidup pada zamannya pernah meriwayatkan dari Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata, "Dari anakku akan lahir seorang lelaki yang menyerupaiku dari segi keberaniannya dan akan memenuhi dunia dengan keadilan."  Imam Atha' rahimahullah juga telah berkata  "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah." dan Hassan al-Qishab telah berkata "Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz." 

Dia adalah Umar kedua atau seorang Khalifah yang mashur dari Bani Umayyah. Sebagai gambaran kesederhanaan dan kesungguhan Umar bin Abdul Aziz dalam mencontoh teladan Rasulullah dan para Khulafaur Rasyidin, dapat kita lihat dari kisah awal kepemimpinan beliau yang penuh dengan nilai nilai seorang pemimpin sejati. Ketika Umar bin Abdul Aziz baru saja dilantik sebagai Khalifah, ia berziarah kemakam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umayyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat al marhum, Umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah. Baru saja Umar berdiri, tiba-tiba ia mendengar suara orang ramai yang berkumpul."Ada apa?", tanya Khalifah Umar bin Abdul Aziz. "Kami telah menyediakan kendaraan untuk Anda, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang sambil menunjuk sebuah kereta kuda yang indah dan khusus disiapkan untuk khalifah. "Aku tidak menghendaki kendaran mewah ini. Kembalikan ia pada tempatnya dan jauhkan ia dariku. Semoga Allah memberkati kalian." Jawab sang Khalifah dan ia kemudian berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini. Selepas itu pula, tiba tiba serombongan pengawal datang berbaris mengawal di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam berkilat. Mereka siap menjaga khalifah dari bahaya. Melihat keadaan pasukan itu, Umar menoleh hairan dan berkata, "Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa dari kalangan kaum Muslimin. Aku berjalan pagi hari dan petang sama seperti rakyat biasa." 

 Selanjutnya, Umar  bin Abdul Aziz berjalan bersama orang-orang menuju masjid. Dari segala penjuru orang orang pun berkumpul. Ketika mereka sudah berkumpul, Umar bin Abdul Aziz berdiri. Setelah memuji Allah dan berselawat pada Nabi dan para sahabatnya, ia berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya aku mendapat cubaan dengan urusan ini (khilafah) yang tanpa aku dimintai persetujuan terlebih dulu, memintanya atau pun bermusyawarah dulu dengan kaum Muslimin. Sesungguhnya, aku telah melepaskan baiat yang ada di pundak kalian untukku. Untuk selanjutnya silakan pilih dari kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kalian redhai." Mendengar ucapannya itu, orang ramai pun berteriak dengan satu suara, "Kami telah memilihmu, wahai Amirul Mukminin. Kami redha terhadapmu. Aturlah urusan kami dengan kurnia dan berkat Allah." Kemudian jamaah kaum muslimin yang lain berdiri dan menyatakan dukungannya atas kepemimpinan beliau dan kemudian pekikan takbir menggaung diantara dinding-dinding masjid. Sinar cahaya kemuliaan telah bersinar di hari itu. Cahaya kemuliaan itu bersinar terang selama dua tahun. Dua tahun yang penuh kemakmuran. Kemakmuran yang selama ini dirindukan oleh masyarakat Islam dan lainnya. Wallahu'alam...


Kisah Pelacur Menjadi Ahli Syurga


Suatu ketika di suatu negeri, hiduplah seorang wanita bernama Al-Malikah. Dia adalah wanita dari keturunan Bani Israil. Al-Malikah dikenal di negerinya sebagai pelacur kelas atasan. Bayaran yang ia peroleh juga cukup tinggi. Kecantikannya sangat terkenal sehingga banyak pemuda yang menyukainya. Tidak terkecuali seorang pemuda bernama Abid.

Abid sebenarnya pemuda miskin yang taat beribadah. Namun kepopuleran paras cantik Al-Malikah di seluruh negeri rupanya telah menggoda keimanan Abid untuk mencuba menikmati kecantikan Al-Malikah. Sayangnya untuk bertemu Al-Malikah, Abid harus mengeluarkan belanja yamg besar. Oleh itu, Abid harus bekerja sekuat tenaga untuk mengumpulkan duit. Dia ingin bertemu dengan ‘pujaan' hatinya.

Setelah wang cukup terkumpul, datanglah Abid menemui Al-Malikah. Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi ketika Abid telah berada di hadapan Al-Malikah, tiba-tiba tubuhnya menjadi gemetar. Peluh bercucuran keluar dari sekujur tubuhnya. Abid terus ingin lari dari tempat itu dan menyebabkan Al-Malikah menjadi hairan dengan tingkah Abid yang mendadak berubah. Sebenarnya ketika Al-Malikah sudah berada di depannya, Abid justeru teringat akan Rab-nya. 

"Aku takut kepada Allah, bagaimana aku menjawab perbuatan maksiatku nanti," kata Abid. Ucapan Abid yang spontan itu membuat Al-Malikah terkejut. Entah bagaimana, ucapan Abid itu umpama menjadi wasilah yang memberi kesedaran kepada Al-Malikah dan tanpa diduga, hati Al-Malikah tersentuh oleh ucapan Abid itu. Abid pun lantas pergi menjauh meninggalkan Al-Malikah. Kakinya terus berjalan seribu langkah. Namun tanpa diduga, belum jauh Abid meninggalkan tempat itu, Al-Malikah mengejar dan menghentikan langkah Abid. Al-Malikah menahan Abid, tapi bukan untuk memaksa Abid untuk berzina. Yang dilakukan Al-Malikah adalah meminta Abid menikahinya. Perempuan itu tiba-tiba menangis di depan Abid, sambil merayu-rayu. Kini giliran tingkah Al-Malikah pula yang membuat Abid hairan. Bahkan dengan nada mengancam, Al-Malikah tidak akan melepaskan langkah Abid sebelum pemuda itu benar-benar berjanji menikahinya.

Namun usaha Al-Malikah sia-sia. Abid berhasil menjauhkan diri hingga menghilang dari pandangan Al-Malikah. Keteguhan iman Abid rupanya telah menawan hati Al-Malikah. Kata-kata keimanan yang keluar dari mulut Abid benar-benar telah membuka hati, mata dan fikiran sang wanita. Usai pertemuan yang awalnya untuk bertransaksi maksiat kepada Allah itu, Al-Malikah bertekad untuk memperbaiki diri dan segera keluar ‘lembah hitam' pekerjaannya. Tujuannya tak lain, menyempurnakan benih iman yang mulai tumbuh kerana disiram ucapan dari Abid.

Al-Malikah pun mencari Abid hingga ke merata tempat. Bertahun-tahun Al-Malikah berjalan keluar masuk kampung hanya untuk mencari sosok pemuda teguh iman yang pernah ditemuinya itu. Namun usaha yang dilakukan Al-Malikah kandas. Abid mengetahui  bahawa wanita pelacur dulu mencari-cari dirinya. Kerana ketakutannya kepada Allah, maka Abid selalu menghindar dan bersembunyi. Ketakutannya yang luar biasa kepada Tuhannya itu membuat Abid pengsan lalu meninggal. Khabar meninggalnya Abid ini rupanya sampai juga ke telinga Al-Malikah dan membuat Al-Malikah bersedih. Usahanya untuk bersuamikan lelaki soleh sia-sia, sementara benih iman di hatinya baru saja tumbuh. 

Al-Malikah lalu bergegas ke rumah tempat disemayamkannya Abid untuk berziarah. Tekadnya sudah bulat, memperbaiki diri dan keimanannya. Kerana tekadnya itu, Al-Malikah lalu berniat menikahi saudara Abid. Dalam pandangannya, jika ucapan dan perilaku Abid dapat mempengaruhi dirinya, pasti saudara Abid juga mampu. Ternyata saudara Abid menerima lamaran dari wanita cantik ini lalu keduanya pun menikah, meskipun Al-Malikah tahu mereka adalah pemuda miskin. Bagi Al-Malikah, hal itu bukan penghalang kerana iman di hati yang telah disiram Abid kini menjadi kekayaannya yang baru. Kerana kekayaan iman baginya lebih besar dari sekadar kekayaan duniawi. Al-Malikah lalu hidup berbahagia dengan lelaki soleh, saudara Abid. Wallahu'alam...


Isu Kalimah Allah: Allah Milik Siapa?


Allah milik siapa? Islam atau Kristian? Layakkah Allah di hak milikkan? Kalau kita bertelagah, cuba kembali pada AlKitab dan Assunnah..


A139
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
(Surah Al-Baqara:139)


Allah swt bukanlah milik sesiapa pun..bahkan Allah lah yang memiliki segala apa yang wujud selainNya. Sesiapa pun di alu-alukan untuk menyembah tuhan yang empunya nama Allah subhanahua ta'ala. Cuma ada beberapa syarat yang perlu anda penuhi sebelum anda menganggap tuhan yang anda sembah ialah Allah:


1. Allah itu esa, satu, dan tunggal. Tidak ada 3 dalam 1..bukan beratus bukan beribu.

2. Allah itu menguasai segala sesuatu. Bukan boleh dikuasai atau dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti angin,cahaya,jin,malaikat dan apa jua.

3. Allah tiada ibu bapa dan juga tiada anak. Tidak boleh ada tuhan bapa, tuhan ibu, tuhan anak, tuhan nenek, tuhan atok.

4. Tidak ada apa jua yang sekufu atau setaraf dengan Allah swt. Tidak boleh wujud perkataan tuhan-tuhan atau pun Gods dalam bahasa inggeris.


Kalau anda rasa anda dah penuhi syarat-syarat di atas.. gunalah kalimah Allah sebagai tuhan yang anda sembah. Tunaikan segala hak dan suruhan serta tingalkan segala larangan. Jangan sekali-kali anda syirikkan Nya kerana amat tidak layak bagi Allah swt untuk disyirikkan.

Pesanan ini bukan untuk orang bukan Islam je ok...tapi untuk seluruh makhluk manusia atau jin pun boleh juga. Wallahu'alam..


Kisah Abdullah Ibnu Mas'ud


Tak berapa lama setelah memeluk Islam, Abdullah Ibnu Mas'ud bertemu Rasulullah dan meminta kepada baginda agar dia diterima menjadi pelayan baginda dan Rasulullah pun menyetujuinya. Sejak hari itu, Abdullah Ibnu Mas'ud tinggal di rumah Rasulullah. Dia berhenti dari menggembala kambing untuk menjadi pelayan utusan Allah dan pemimpin umat. Abdullah Ibnu Mas'ud sentiasa mendampingi Rasulullah dan selalu mengikuti ke mana pun baginda  pergi. 

Dia membangunkan Rasulullah untuk solat bila baginda tertidur, menyediakan air untuk mandi, mengambilkan terompah apabila baginda hendak pergi dan pulang. Dia membawakan tongkat dan siwak Rasulullah, menutupkan pintu kamar apabila baginda hendak tidur. Bahkan Rasulullah mengizinkan Abdullah memasuki kamar baginda jika perlu.

 Baginda  memercayakan kepadanya hal-hal yang rahsia, tanpa khuatir rahsia tersebut akan terbuka. Kerana itu, Abdullah Ibnu Mas'ud dipanggil dengan sebutan "Shahibus Sirri Rasulullah" (pemegang rahsia Rasulullah). Abdullah Ibnu Mas'ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah. Kerana itu dia menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya. Sampaikan orang mengatakan, karakter dan akhlak Abdullah Ibnu Mas'ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah. Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata tentang pengetahuannya mengenai Kitabullah (Al-Qur'an) sebagai berikut, 

"Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Qur'an, melainkan aku tahu di mana dan dalam situasi bagaimana diturunkan. Seandainya ada orang yang lebih tahu daripada aku, niscaya aku datang belajar kepadanya."

 Abdullah Ibnu Mas'ud tidak berlebihan dengan ucapannya itu. 

Pada suatu malam, Khalifah Umar sedang dalam perjalanan, ia bertemu dengan sebuah kabilah. Malam sangat gelap hingga menutupi pandangan. Abdullah Ibnu Mas'ud berada dalam kabilah tersebut. Khalifah Umar memerintahkan seorang pengawal agar bertanya. 

"Hai kabilah, dari mana kamu?" teriak pengawal. 

"Min fajjil ‘amiq (dari lembah nan dalam)," jawab Abdullah. 

"Hendak kemana kamu?" "Ke Baitu Atiq (rumah tua, Ka'bah)," jawab Abdullah. 

"Di antara mereka pasti ada orang alim," kata Umar. 

Kemudian diperintahkannya pula menanyakan, "Ayat Al-Qur'an manakah yang paling ampuh?" 

Abdullah menjawab, "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur…" (QS Al-Baqarah: 255). 

"Tanyakan pula kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang lebih kuat hukumnya?" kata Umar memerintah. 

Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (QS An-Nahl: 9). 

"Tanyakan kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang mencakup semuanya!" perintah Umar. 

Abdullah menjawab, "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun sebesar dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula." (QS Al-Zalzalah: 8).

Demikian seterusnya, ketika Umar memerintahkan pengawal untuk bertanya tentang Al-Qur'an, Abdullah Ibnu Mas'ud langsung menjawabnya dengan tegas dan tepat. Hingga pada akhirnya Khalifah Umar bertanya, "Adakah dalam kabilah kalian Abdullah Ibnu Mas'ud?" 

Jawab mereka, "Ya, ada!" Abdullah Ibnu Mas'ud bukan hanya sekedar qari' (ahli baca Al-Qur'an) terbaik, atau seorang yang sangat alim atau zuhud, namun ia juga seorang pemberani, kuat dan teliti. Bahkan dia seorang pejuang (mujahid) terkemuka. Dia tercatat sebagai Muslim pertama yang mengumandangkan Al-Qur'an dengan suara merdu dan lantang. 

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah berkumpul di Makkah. Mereka berkata, "Demi Allah, kaum Quraisy belum pernah mendengar ayat-ayat Al-Qur'an yang kita baca di hadapan mereka dengan suara keras. Siapa kira-kira yang dapat membacakannya kepada mereka?" 

"Aku sanggup membacakannya kepada mereka dengan suara keras," kata Abdullah. 

"Tidak, jangan kamu! Kami khuatir kalau kamu membacakannya. Hendaknya seseorang yang punya keluarga yang dapat membela dan melindunginya dari penganiayaan kaum Quraisy," jawab mereka. 

"Biarlah, aku saja. Allah pasti melindungiku," kata Abdullah tak gentar. Keesokan harinya, kira-kira waktu Dhuha, ketika kaum Quraisy sedang duduk-duduk di sekitar Ka'Baha Ad-Daulah. Abdullah Ibnu Mas'ud berdiri di Maqam Ibrahim, lalu dengan suara lantang dan merdu dibacanya surah Ar-Rahman ayat 1-4. Bacaan Abdullah yang merdu dan lantang itu kedengaran oleh kaum Quraisy di sekitar Ka'bah. Mereka terkesima saat mendengar dan merenungkan ayat-ayat Allah yang dibaca Abdullah.

Kemudian mereka bertanya, "Apakah yang dibaca oleh Ibnu Ummi Abd (Abdullah Ibnu Mas'ud)?" "Dia membaca ayat-ayat yang dibawa Muhammad!" kata mereka begitu tersedar. Lalu mereka berdiri serentak dan memukul Abdullah. Namun Abdullah Ibnu Mas'ud meneruskan bacaannya hingga akhir surah. Ia lalu pulang menemui para sahabat dengan muka bengkak dan berdarah. "Inilah yang kami khawatirkan terhadapmu," kata mereka. "Demi Allah, kata Abdullah, "Bahkan sekarang musuh-musuh Allah itu semakin kecil di mataku. Jika kalian menghendaki, besok pagi aku akan baca lagi di hadapan mereka." 

Abdullah Ibnu Mas'ud hidup hingga masa Khalifah Othman Ibnu Affan memerintah. Ketika ia hampir meninggal dunia, Khalifah Othman datang menjenguknya. "Sakit apakah yang kau rasakan, wahai Abdullah?" tanya khalifah. "Dosa-dosaku," jawab Abdullah. "Apa yang kau inginkan?" "Rahmat Tuhanku." "Tidakkah kau ingin supaya kusuruh orang membawa gaji-gajimu yang tidak pernah kau ambil selama beberapa tahun?" tanya Khalifah. "Aku tidak memerlukannya," kata Abdullah. "Bukankah kau mempunyai anak-anak yang harus hidup sepeninggalmu?" tanya Othman. "Aku tidak khuatir, jawab Abdullah, "Aku menyuruh mereka membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam. Kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya!" Pada suatu malam yang hening, Abdullah Ibnu Mas'ud pun berangkat menghadap Tuhannya dengan tenang. 


Majoriti Atau Minoriti?


Assalamualaikum. Majoriti biasanya akan menang.. nak pilih ketua kelas, nak lantik ketua cawangan, dalam pemilihan kerajaan pun yang majoriti lah yang akan diangkat sebagai pemerintah dalam sesebuah negara. Tapi macam mana pula dengan yang jadi minoriti? 

Dah jadi lumrah perspektif masyarakat (masyarakat itu sendiri melambangkan majoriti) bahawa yang ramai adalah pihak yang benar dan yang sedikit itu adalah pihak yang salah atau pemberontak. Benar atau salah, hak atau batil sesuatu perkara diukur oleh bilangan orang yang menyertai atau menyebelahi mana-mana pihak. Apabila ini yang kita pegang, maka secara automatiknya Allah swt dan Rasulullah saw telah kita buang ke tepi dalam menentukan dan mempertimbangkan sesuatu permasalahan. 

Benarkah yang ramai itu lurus dan yang sedikit itu sesat?? Amik ni...


وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-Anaam:116)



Islam datang dalam keadaan asing.
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.
~ Hadith Riwayat Muslim ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...