Fitnah Di Akhir Zaman


Daripada Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: 

"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah S.W.T. berfirman kepada mereka, 

"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". 

(Tarmizi)

Kebenaran

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan SESAT selama-lamanya selagi kalian berpegang kepada kedua-duanya: Kitab Allah ( al-Quran ) dan Sunnah RasulNya".


Kebinasaan menolak hadith


Barangsiapa yang menolak walau satu pun hadith Rasulullah s.a.w. maka dia telah meletakkan dirinya ke jurang kebinasaan.
-imam ahmad hambal-

Tonton Kisah Pemuda Al Kahfi - Part 3



Dari Abu Darda R.A dari Nabi S.A.W berkata: 
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Episod 3..Pada zaman mereka.. demi mempertahankan iman mereka, ada yang sanggup mengorbankan harta dan keluarga. Ada juga yang sanggup hingga menggadaikan nyawa mereka sendiri asalkan perjuangan demi agama tauhid terus berjalan dan berkembang.

Bagaimana pula dengan kita? Berapa banyak masa yang kita beri? Berapa ribu harta yang kita salur? Mudah-mudahan Allah S.W.T akan belas amalan kita dengan kemurahan dan kasih sayangNya. 

Silakan tonton filem di bawah ini.. semoga kita semua dapat menyelamatkan iman kita dari fitnah Dajjal laknatullah dalam zaman serba kepayahan..zaman jahiliyah..zaman yang menggigit ini. InsyaAllah.



SEDIH SEKAMPUNG MURTAD DI SABAH



MENYEDIHKAN SEBUAH KAMPUNG MURTAD DI SABAH


Berikut adalah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah. Menurut apa yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon:

Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah  oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih. 


Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas  itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.



Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.


Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”


Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Berikut kami kongsikan gambar surau yang usang yang telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu.

Diharapkan perkongsian ini membuka mata hati kita seluruh umat islam di Malaysia supaya lebih peka kepada saudara Islam di tempat lain.


Tonton Kisah Pemuda Al Kahfi - Part 2


Dari Abu Darda R.A dari Nabi S.A.W berkata: 
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


Dalam surah ini juga Allah S.W.T. menceritakan tentang pengorbanan para pemuda kahfi ini dalam memperjuangkan agama mereka. 

Mereka menolak segala kesenangan dunia yang telahpun mereka kecapi demi menegakkan kalimah tauhid mereka.



Silakan tonton filem di bawah ini.. semoga kita semua dapat menyelamatkan iman kita dari fitnah Dajjal laknatullah dalam zaman serba kepayahan..zaman jahiliyah..zaman yang menggigit ini. InsyaAllah.



Antara Perkara Sunat Ketika Puasa


Pertama : Segerakan berbuka puasa setelah pasti terbenamnya matahari.

Sabda Rasulullah SAW. :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Maksudnya : Manusia akan tetap berkeadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



Kedua : Menangguhkan sahur ke akhir  waktu .

Dalam satu Hadis :

إن تأخير السحور من سنن المرسلين

Maksudnya : Sesungguhnya melewatkan bersahur itu adalah sunnah Para Rasul

(Diriwayatkan oleh Ibn. Hibban)



Ketiga : Meninggalkan perkataan yang tidak elok, seperti berbohong , mengumpat , menfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.

Sabda Rasulullah SAW.

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Maksudnya : Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka Allah tidak mempunyai hajat padanya dalam dia meninggalkan makanan dan minumannya (puasanya sia-sia).

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Manusia yang menjadi kera dan babi


 Hadis Abu ‘Amir atau Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 

“Akan muncul di kalangan umatku, kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik. Dan akan ada kaum yang menuju puncak gunung kembali bersama ternak mereka, lalu ada orang miskin yang datang kepada mereka meminta satu keperluan, lalu mereka mengatakan: ‘Kembalilah kepada kami besok.’ Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala membinasakan mereka di malam hari dan menghancurkan bukit tersebut. Dan Allah mengubah yang lainnya menjadi kera-kera dan babi-babi, hingga hari kiamat.”

 (Bukhari)

Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa  ialah:

1. Makan dengan sengaja.

2. Minum dengan sengaja. Jika orang yang sedang berpuasa,  makan atau minum kerana lupa, maka itu tidak membatalkan puasanya.

3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja,  sama ada melalui lubang telinga, lubang susu,  lubang kemaluan dan sebagainya dan sama ada benda itu cair atau beku.

4. Muntah dengan sengaja. 

5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

6. Kedatangan haid. 

7. Nifas (beranak).

8. Mabuk sepanjang hari.

9. Pengsan sepanjang hari.

10. Gila walau sekejap.

11. Melakukan sesuatu yang membinasakan Islam - yang menyebabkan orang itu menjadi murtad,  sama ada dengan tutur kata - pengakuan atau dengan amal perbuatan ataupun dengan cita-cita dan iktikad kepercayaan.

12. Berjimak (diwajibkan qadha dan dikenakan kifarat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...