Seruan Jihad!!




Lagu: Seruan Jihad
Artis: Nada Murni

Seruan jihad telah lama memanggilmu
Lebih 1400 tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara Qudus
Melalui lidah Sayyidul Mursalin.

Suara itu masih terdengar lagi
Di waktu kini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak dengar.

Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk pembasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan pejudi memusnah.

Agar Tuhan dibesarkan dan disembah
Aagar bumi Tuhan putih bersih
Dari noda dan darah.

Ayuh!
Sambutlah seruan ini
Jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu percuma



Ayat Songsang

Cuba dengar...lepas tu teka dari kitab mana,surah apa, ayat berapa yang perempuan ni baca??





Keliru kan... Mungkin bagi sesetengah dari kita boleh kenal, kerana AlQuran telah menjadi amalan mereka setiap hari. Tapi macam mana dengan saudara-saudara kita yang sedikit sangat..atau pun langsung tiada ilmu pengetahuan tentang agama..jarang-jarang membaca AlQuran..

Jika kalimah Allah boleh digunakan dalam bible, tidak mustahil akan ada yang mengakui bible juga sebagai kalamullah..Na'uzubillah.. Ya Alllah...peliharalah iman kami..keluarga kami..zuriat kami...dan seluruh umat Islam daripada tersesat dan jauh dariMu. Amiin ya Rab... 

Pembunuh Bersiri Yang Diampunkan


Daripada Abu Said, iaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahawa Nabi saw bersabda:

“Ada seorang lelaki daripada golongan umat sebelummu telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia. Kemudian ia (pembunuh tersebut) bertanya (kepada orang ramai) tentang siapakah orang yang teralim di kalangan penduduk bumi, lalu ia ditunjukkan kepada seorang pendeta. Ia pun mendatanginya dan membuat pengakuan bahawa ia telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, adakah masih diterima untuknya bertaubat. Pendeta itu menjawab, “Tidak diterima.”

Mendengar jawapan tersebut, lelaki itu pun membunuh pendeta tersebut dan ia telah menyempurnakan jumlah seratus orang yang dibunuhnya, termasuklah si pendeta tersebut. Lalu ia bertanya lagi (kepada orang ramai) tentang siapakah orang yang teralim daripada penduduk bumi, kemudian ditunjukkan kepadanya seorang alim. Kemudian ia membuat pengakuan bahawa ia telah membunuh seratus manusia. Adakah masih diterima taubatnya? 

Orang alim itu pun menjawab: “Ya, masih boleh diterima. Siapakah yang dapat menghalangi antara dirinya dengan taubat itu? Pergilah engkau ke sekian-sekian tanah (tempat), sebab di sana ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta’ala, maka sembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk.”

Lelaki itu pun terus pergi sehingga ia sampai ke separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh ajal kematian. Kemudian bertengkarlah malaikat rahmat dan malaikat azab berkenaan nasib orang tersebut. Malaikat rahmat berkata, “Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala”. Malaikat azab berkata, “Sesungguhnya orang ini tidak pernah melakukan sebarang kebaikan walaupun sedikit.”

Kemudian ada satu malaikat mendatangi mereka berdua dalam bentuk seorang manusia dan  ia dijadikan sebagai pemisah (iaitu sebagai hakim pemutus) antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi. Ia berkata, “Ukurlah olehmu berdua jarak antara dua tempat di bumi itu, ke arah manakah lelaki itu lebih dekat kedudukannnya, maka orang itu adalah untuknya. Iaitu jika jaraknya lebih dekat menuju ke arah tempat untuk bertaubat, maka ia adalah milik malaikat rahmat. Sebaliknya jka jaraknya lebih dekat dengan negeri asalnya, maka ia adalah milik malaikat azab”. Malaikat-malaikat itu pun mengukur dan kemudian didapati bahawa jarak orang tersebut adalah lebih dekat ke arah bumi yang dikehendaki, yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu, maka ia dijemput oleh malaikat rahmat.”(Muttafaqun ‘alaih)



Hadis di atas memberikan khabar tentang betapa besarnya rahmat Allah dalam mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun ia telah melakukan kesalahan dan dosa yang sangat besar. Walaupun hadis ini menukilkan tentang umat yang terdahulu (sebelum umat Muhammad), tetapi ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil adalah bahawa sesungguhnya Allah itu tidak pernah menutup pintu taubatNya selagimana manusia itu sentiasa mengharap kepada keampunanNya. Bayangkan jika kita berada di tempat lelaki dalam hadis tersebut, adakah kita bakal menjadi orang yang terus berharap kepada keampunan dan rahmat Allah, atau adakah sebaliknya kita berputus asa setelah mengira-ngira betapa besarnya dosa-dosa kita di masa lalu? 

Katakan ada seseorang yang melalaikan seluruh kewajipan-kewajipannya sebagai seorang Muslim, melakukan perkara-perkara maksiat dan keharaman, lalu atas sebab tertentu tiba-tiba ia menjadi insaf lalu bertaubat. Kemudian diulangi lagi kemaksiatannya, dan suatu ketika ia pun tersedar dan bertaubat semula. Dan perkara ini berulang-ulang beberapa kali sehingga ada masanya muncul persoalan yang bermain-main dalam benak fikirannya, “Apakah taubatku ini masih berguna sedangkan aku sentiasa mengulang-ulang kesalahanku berkali-kali? Apakah Allah masih memandang aku dengan rahmatNya?” Pada ketika itu, datang lintasan atau bisikan di hati  yang mengatakan, “Sesungguhnya aku telah mensia-siakan taubatku yang terdahulu dan aku tidak mampu untuk menahan diriku daripada terus melakukan maksiat yang sama. Disebabkan dosa-dosaku yang bertimbun ini, biarkanlah saja kerana aku tidak mampu untuk berhenti atau mengubahnya lagi. Sia-sia sahaja untuk aku terus bertaubat dan aku pasti akan ke neraka.”


Iktiqad (niat hati) sebegini jika dilakukan dalam keadaan sedar sangat membahayakan keimanannya kepada Allah SWT, na'uzubillahi min dzalik. Sikap berputus asa boleh menyebabkan seseorang itu tertipu dengan bisikan syaitan pada tahap yang lebih tinggi. Seorang pelaku maksiat bukan sahaja tertipu ketika melakukan maksiatnya, malah lebih parah lagi dia tertipu apabila bersikap berputus asa untuk bertaubat dan menagih rahmat serta keampunanNya.  Apabila berlakunya sedemikian rupa, dengan serta merta keimanannya menjadi robek dan rosak kerana sikap berputus asa adalah perkara yang akan memutuskan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT. Apa lagi yang boleh diharapkan jika berlakunya perkara sedemikian? Ini sudah pasti akan membuatkan para iblis dan syaitan bersorak gembira atas kejayaan mereka dalam membawa manusia ke neraka Allah.


Memang sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu sentiasa melakukan kesilapan, kesalahan dan dosa dalam kehidupannya. Baik sama ada kesalahan atau dosa itu kecil ataupun besar, sedikit ataupun banyak, membuatnya sekali ataupun berulang kali. Setiap dosa itu pasti akan membuahkan catitan yang akan membawa kepada terbukanya ruang azab dan seksa daripada Allah SWT. Ruang itulah yang perlu ditutup dengan segera dengan segala amal kebajikan yang mampu untuk dilakukan dan pintu utamanya adalah taubat kepada Allah SWT. Nabi SAW yang mulia sebagai seorang yang maksum turut bertaubat dan beristighfar kepada Allah tidak kurang daripada 70 kali dalam sehari, inikan pula manusia biasa yang serba lemah dan hina seperti kita.

Berbalik kepada hadis yang dinukilkan di atas, jika sekiranya lelaki tersebut sudah hilang niatnya untuk merujuk kepada orang yang faqih, tidak lagi berharap kepada rahmatNya dan tidak berusaha untuk bertaubat kepadaNya, adakah dia akan mampu untuk mendapat keampunan daripada Allah sepertimana yang diperolehnya? Sebagai umat Muhammad SAW, kita telah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan hatta dalam perkara taubat dan harapan. Renungkanlah hadis qudsi yang disampaikan daripada Anas radhiallahu anhu,
Rasulullah saw bersabda:

Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu atas segala dosa-dosamu dan Aku tidak akan mengendahkannya. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencecah ke langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu denganKu tetapi engkau tidak menyekutukan Aku walaupun sedikit, maka Aku akan pasti datang kepadamu dengan membawa keampunan sepenuh bumi.” (riwayat Tirmidzi)

Inilah sebuah berita gembira untuk kita wahai umat Muhammad. Selagimana kita tidak menyekutukan Allah, walau sebesar mana pun dosa-dosa yang telah kita lakukan, apabila kita bertaubat dan mengharapkan keampuanNya, maka Allah tidak akan pernah lokek untuk mengampunkan kita dan terus mengurniakan rahmatNya kepada kita. Allah SWT langsung tidak pernah mensyaratkan kita untuk melakukan perjalanan jauh tertentu sebelum diampunkanNya dosa-dosa kita. Bahkan rahmat Allah itu Maha Luas di atas muka bumi ini selagimana kita tidak berputusa asa dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu.

Justeru, apakah lagi keputusan yang harus kita pertimbangkan selain daripada terus bersegera bertaubat dan meraih keampunanNya? Rebutlah peluang ini sebelum datangnya ajal, kerana apabila ruh sudah sampai ke tenggorok, pintu taubat akan ditutup buat selama-lamanya. Allahumma ihdinas shiraatal mustaqiim.



HTM

Sunnah Pada Hari Jumaat


Berlumba-lumba Membuat Kebaikan





22 Sifat Yahudi Dalam AlQuran


Bangsa yahudi adalah antara bangsa yang paling banyak disebut nama mereka di dalam Al Quran. Kat sini ada antara 22 sifat orang yahudi yang boleh kita ceduk @ ambil dari kalamullah..:



1. Keras hati dan zalim 
(Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)


2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT 

(Ali Imran:110; An-Nisa:55)


3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam 

(Al-Maidah:82)


4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri 

(Al-An’am:20)


5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran 

(Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)


6. Menyembunyikan bukti kebenaran 

(Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)


7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka 

(Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)


8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran 

(Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)


9. Memekakkan telinga kepada kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran 

(Al-Baqarah:171)


10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil 

(Ali Imran:71)


11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya 

(Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)


12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri 
(Al-Baqarah:88,120,145,146)


13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah 
(Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)


14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin 
(An-Nisa:53)


15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam 
(Al-Baqarah:90,105,109,120)


16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian 
(Al-Baqarah:90,95,96,212)


17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas
(Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)


18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik 
(Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)


19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta
(Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)


20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam 
(Al-Baqarah:206,212,247)


21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah 
(Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)


22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan 
(Ali Imran:64)


Wallahu'alam.



Ada Empat Golongan


Kalau kita cerita pasal harta dan ilmu..kita boleh nampak ada 4 jenis manusia kat muka bumi ni :

Manusia Pertama:
Orang yang diberi harta dan ilmu. Ia takut hartanya akan menjadi beban baginya nanti di akhirat, lalu ia banyak mengkukuhkan silaturahim, banyak sedekah, membelanjakan sebagian hartanya di jalan Allah, dsb. Orang ini adalah yang paling tinggi darjatnya kelak di akhirat.


Manusia Kedua:
Ia diberi ilmu, tetapi tidak diberi harta. Ia berharap bahwa jika ia memiliki harta ia akan membelanjakanny­a di jalan Allah sama seperti orang pertama tadi. Pada dasarnya darjat mereka berdua ini (orang pertama dan kedua). sama mulia.


Manusia Ketiga:
Orang yang diberi harta, tetapi tidak diberi ilmu. Ia membelanjakan harta-nya tidak untuk berpahala, tetapi ia membelanjakan-n­ya dengan sia-sia, dengan foya-foya. Ia keluarkan hartanya di jalan maksiat.



Manusia Keempat:
Orang yang tidak diberi harta dan tidak diberi ilmu, boleh disebut orang yang fakir. Ia berharap bahwa jika ia mempunyai harta ia akan membelanjakanny­a, dan foya-foya yang sia-sia, sama seperti manusia ketiga tadi di atas. Pada dasarnya kelak derajatnya sama seperti orang ketiga tersebut.




Dari 4 golongan tadi, kat mana kita duduk ye....


9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam






1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )


Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih  juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis  saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.
Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menetang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.



(zilzaal)

Syahid!!



Mahu tak mahu..setiap dari kita pasti akan mati. 

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati!" (ali 'imran:19) 

Jadi terpulanglah pada kita untuk memilih jalan pengakhiran hidup kita selama ini... 
Husnul khotimah ataupun su'ul khotimah.  Satu cara pengakhiran hidup yang paling mulia ialah mati syahid.. Apa tu syahid ??



Syahid ada dua jenis:

Syahid Kubra 

Mati syahid di medan peperangan, di mana mujahid itu berperang semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah. Syahid seperti ini tidak perlu dimandikan atau dikafankan.



Syahid Sughra

Mati syahid kerana penyakit ta'un, kerana kehamilan, dibunuh pencuri dan lain-lain musibah yang tidak disengajakan oleh mangsa. Syahid seperti ini, pengurusan jenazah adalah seperti biasa.

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad)





Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:

"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim)



Orang yang bercita-cita mati syahid, tetapi mati di tempat tidur juga dianggap syahid seperti hadis diriwayatkan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah, yang bermaksud: Daripada Sahl bin Hanif r.a bahawa Rasulullah bersabda: 


“Sesiapa yang mengharapkan daripada Allah mati syahid dengan hati yang benar (jujur dan ikhlas), nescaya akan diletakkan Allah kedudukannya di tempat kalangan syuhada sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya.”




Kelebihan bagi para syuhada:


Rasulullah bersabda "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
  1. Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
  2. Melihat tempatnya didalam surga
  3. Dilindungi dari azab kubur
  4. Terjamin keamanannya dari malapetaka besar
  5. Merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
  6. Diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"


Golongan beriman yang gugur sebagai mati syahid sebenarnya hidup di sisi Allah seperti dinyatakan pada ayat 169, surah Ali Imran, maksudnya: “Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)




Jadi...jalan mana yang kita nak?? Renung-renungkan, dan selamat memilih..!!!

Sunnah Ketika Minum



  1. Minum dengan sedutan yang berlainan.
  2. Baca bismillah dan alhamdulillah..
  3. Minum sambil duduk.
  4. Minum dengan tangan kanan.
  5. Jangan meniup ke dalam air.
  6. Jangan minum dari bekas sumpik atau pecah.
  7. Orang yang memberi atau melayan hendaklah makan akhir sekali.
  8. Jangan minum terus dari bekas besar.

Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Constantinopel


Kenapa Constantinople begitu istimewa?
Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.
Constantinople turkey 300x225 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Constantinople begitu sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya -  “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
Napoleon Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq
-  لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير
و لنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w?
Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak  5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman  Kerajaan Uthmaniyyah.
masjid ayub 300x224 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople (Foto Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki)
Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.
Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.
Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.
Siapakah Muhammad al Fateh?
al fateh negarawan 252x300 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang   negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.
Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?
Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
al fateh berguru 300x202 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.
Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh?
Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara
benteng Rumeli Hisari 300x170 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople (Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya)
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama  dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”
Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?
Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga  sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
constantinope seige edirne kusatma  300x213 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
merim 300 kg 289x300 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
keduduan hisari asia eropah 300x185 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat  jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?
Constantinople small 300x223 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Dari suduk geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore  dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Menara Bergerak
Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan dari Vatican.
rantai goldern horn 300x201 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat.
Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.
Bagaimanakah Constantinople ditawan?
a-Membawa kapal melalui gunung
kapal naik bukit 300x224 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn.  Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
b-Suntikan semangat jihad
Baginda yang turut dibantu oleh para  ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
c-Memanjat kota
panjat kota 300x230 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan  tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
d-Karisma Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan  telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.
Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.
e-Terowong
Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
hagia sophia mosque 300x196 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.
Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?
Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
al fathe dan hadith 300x267 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.
Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine?
Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu.
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”
Apakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?
Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebu, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
1- Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.
2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
peta empayar1 300x186 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.
3-Perkembangan Tamadun
Istanbul 300x232 Teladani Muhammad al Fateh    Pembuka Constantinople Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah  dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Wahai anak muda ! Mari bersama kita teladani ikon kita….Sultan Muhammad al-Fateh !
Salam perjuangan
Dr Z
 *cedok dari :zainurrashid
Rujukan dan Penghargaan
  • Dr Eaman Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007
  • Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah.  Pustaka al Kauthar Jakarta 2007
  • Dr Ali Muhammad as Salabi – Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba
  • Mohd Fauzi Asmuni – Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople. satuperkongsian.wordpress.com
  • Hasrizal Abdul jamil – Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007. komuniti.iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...