Jihad dan Infak



Dan sediakanlah untuk menentang mereka 
segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan 
dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, 
untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah 
dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka 
yang kamu tidak mengetahuinya; 
sedang Allah mengetahuinya. 
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah 
akan disempurnakan balasannya kepada kamu, 
dan kamu tidak akan dianiaya.

(Al-Anfaal 8:60)

April fOOl




Masuk Lubang Biawak



Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,


"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

(Riwayat Muslim)

Sepatutnya kita sampaikan dakwah kita agar orang bukan Islam tertarik dengan cara hidup Islam yang sejahtera dan indah. Agar mereka tertarik untuk menuruti dan seterusnya beriman kepada Allah swt. Lain pula yang terjadi sekarang apabila umat Islam pula yang berbondong-bondong mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. 

Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. 

Zaman sekarang ini kita dapat lihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Hakikatnya sebilangan orang-orang bukan Islam mula terbuka hati untuk bersama kita, namun ramai pula orang Islam sendiri yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. 

Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Jangan Harap Iman Tanpa Ujian



Alif laam miim

Apakah manusia itu mengira 
bahwa mereka dibiarkan mengatakan:
"Kami telah beriman", 
sedang mereka tidak diuji lagi? 

Dan sesungguhnya! 
Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, 
maka sesungguhnya Allah mengetahui 
orang-orang yang benar 
dan sesungguhnya 
Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(Al-Ankabut: 1-3)


Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 6


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. 

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. 

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Bukhari dan Muslim)


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Perkara halal dan haram yang jelas yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik manakala yang haram seperti minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat yang berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat, tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa dan mendapat redha Allah. Tinggalkan syubhat untuk mendapat sifat wara’ dan kesempurnaan iman.

4) Peranan Hati :
Banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - akal terletak dihati)
Hati yang berpenyakit diusahakan dengan mengikut manhaj Allah.


Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.

Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. 

Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.


Luasnya Neraka



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah



3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung



4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah



5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik



6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak



7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum



8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular



9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.



10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai



11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat




wallahu'alam

Neraka Dan Penduduknya



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: 

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w, Mengapa aku melihat kau berubah muka?

Jawabnya,  “Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

Lalu Nabi s.a.w. bersabda,  “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya,  “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.


Nabi s.a.w. bertanya, “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?

Jawabnya, “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.

Tanya Rasulullah s.a.w., “Siapakah penduduk masing-masing pintu?

Jawab Jibrail, 

Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya, ”
Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya,  “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda,  

Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?

Jawabnya, “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...