Jadual Akhir Zaman


Assalamualaikum..dalam bulan ramadhan ni, daripada kita sibuk baca benda-benda yang lagha/sia-sia, ada baiknya kita baca sesuatu yang sekurang-kurangnya dapat menjadikan kita seorang yang cinta pada perjuangan ke jalan Allah swt. Oleh sebab agak busy, artikel kali ni aku 'copy & paste' je dari laman halaqah.net untuk santapan diri aku sendiri dan juga untuk kita sama-sama fikirkan dan kaitannya dengan keadaan kita sekarang. Selamat membaca ye..


Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hi­dup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari penye­lesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per­gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.

Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah se­jarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam se­dang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.

Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se­kitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ia­lah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih me­nonjol.

Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.

• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian mem­besar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-ga­gak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau me­reka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me­reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:


Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul­kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai­kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.”

(Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)

• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na­mun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:

Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibu­nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.

Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengait­kan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasu­lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizi­kalnya.

• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.


• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.

• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem­bang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan ma­nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia.

Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki­kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya.  Wallahu'alam..





Mesti Baca!!! Riba Oh Riba..





Senario zaman sekarang.. belajar dari tadika sampailah sekolah menengah. Kalau ada tuah dapatlah masuk universiti, tapi tak cukup duit pula nak bayar yuran dan duit belanja nanti. Mohon PTPTN, ambil la riba.... Tamat belajar, paling kurang dapat diploma masing-masing dah dikira berjaya dah... mak bapak masa tu bangga bukan main lagi anak-anak kononnya berjaya dalam hidup mereka.

Habis belajar, menganggur berbulan-bulan sambil cari kerja. Dapat je kerja terus terfikir nak beli kereta, katanya barulah senang nak ke tempat kerja nanti. Atas jasa baik bank-bank yang sudi keluarkan loan, lepas tiga bulan kerja nampaklah kereta idaman masing-masing bergerak. Riba lagi.....aduh.

Lepas beberapa tahun, hati terasa kosong pula. Teringin rasanya hidup berteman. Tapi bila dah kahwin nanti tak kan nak duduk rumah mak bapak lagi... Takpe, skim rumah pertamaku kan ada. Tapi kalau ikut skim ni kena lah beli rumah harga minimum RM100 000. Apa susahnye...riba kan ade. Ops, loan kan ade.. Terima kasih keRajaan.

Kitaran ini akan terus berjalan dan berulang-ulang selagi sistem ekonomi kita masih lagi dikuasai oleh sistem-sistem kufar ataupun boleh kita gelar dengan sistem dajjal ini. Riba akan terus menerus menjadi sumber utama untuk kita bergerak dalam zaman jahiliyah moden masa kini.

Namun.. pusingan ini hanya dapat kita hentikan dengan kita kembali pada hukum-hukum yang dengan jelas telah Allah swt nyatakan dalam al kitab iaitu alQuran. Tinggalkan riba!!! 


Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
(al Baqarah: 275-276)



Benar...memang susah untuk kita mengelak dosa riba ini kerana kita sedang hidup dalam sistem yang dicipta oleh musuh-musuh Allah swt. Oleh itu, menjadi satu kewajipan bagi kita untuk berusaha dan berjuang untuk menjahanamkan sistem-sistem kufar ini baik dari segi ekonomi, pentadbiran mahupun perundangan dan segera kembali pada hukum-hukum yang telah diamanahkan pada kita. 

Selagi mana diri kita masih akur untuk terus diperhambakan oleh musuh-musuh Allah swt, selagi itulah kita akan berada dalam kekufuran ini saudara-saudaraku.   Wallahu'alam.




10 Sahabat Yang Dijamin Syurga





1. Abu Bakar Ash-Shiddiq ra.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah. Abu Bakar r.a, adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah S.A.W, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah S.A.W berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah S.A.W yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah S.A.W sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah S.A.W wafat. Rasulullah S.A.W selalu mengutamakan Abu Bakar r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah -tengah orang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda : “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Baihaqi)
Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian Beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Al-Qur'an (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut,

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



2. Umar bin Khatab ra.

Umar Ibnu Khattab r.a, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah S.A.W. Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar r.a, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang memeluk Islam. Di sisi kaumnya Umar r.a dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta berwatak kasar. Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian dilakukan secara terang-terangan.


Begitupun di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar. r.a 

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.

Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam usia 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah ra yang sekarang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Sebagai khalifah Islam yang kedua, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan umatnya, sampai setiap malam ia berkeliling kerana khuatir masih ada yang belum terpenuhi keperluannya, serta kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab.



3. Utsman bin Affan ra.

Utsman bin Affan r.a, sebuah Hadis yang menggambarkan peribadi Utsman r.a: “Orang yang paling kasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi). 

Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan pernah Utsman r.a yang membiayainya seorang diri.

Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya-lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam usia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi'.



4. Ali bin Abi Thalib ra.

Ali bin Abi Talib r.a, merupakan sepupu Rasulullah S.A.W dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah S.A.W di tempat tidurnya saat beliau hijrah. Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah S.AW.

Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah S.A.W, kekasih yang amat mereka cintai.

Merupakan khalifah keempat, Beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khaththab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, sekarang Irak.


5. Thalhah bin Abdullah ra.

Talhah bin Ubaidillah r.a, yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana mengira Rasulullah S.A.W telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah S.A.W, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi S.A.W tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Talhah kebajikan.” Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud.

Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, Beliau-lah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh sehingga putus jari-jari Beliau. Thalhah bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal di masa pemerintahan Ali bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di Basrah.



6. Zubair bin Awwam ra.

Azzubair bin Awwam r.a, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang ia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.

Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu Awwam.” Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada Rasulullah S.A.W saat beliau hijrah bersama ayahnya.

Pada masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir, Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin, Umar r.a mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.

Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.


7. Sa'ad bin Abi Waqqas ra.

Saad bin Abi Waqqash r.a, beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah dalam membela agama Allah, dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:

"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk Islam." Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi S.A.W juga. Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W.

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan kedua ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi'.



8. Sa'id bin Zaid ra.
Said bin Zaid r.a, beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah tangan.

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah ra pernah diperintahkan oleh Rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi'.



9. Abdurrahman bin Auf ra.
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Ash-Shiddiq ra dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali.

Abdurrahman bin Auf r.a, adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah pun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a

Beliaupun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah r.a berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga.”
Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi'.


10. Abu Ubaidillah bin Jarrah ra.

Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar, sehingga Allah menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah S.A.W, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya.

Abu Ubaidah r.a mendapat gelar dari Rasulullah S.A.W sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanat umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.”

Masuk Islam bersama Utsman bin Math'uun, turut berhijrah ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) 
kerana penyakit, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.



Kenapa Mata Iblis Buta




Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf :16)

Dendam iblis pada anak-anak Adam memang tidak pernah padam sejak dari hari dia disumpah menjadi laknatullah hinggalah ke hari kiamat kelak. Iblis akan cuba menyesatkan sesiapa sahaja dan seramai mungkin manusia untuk menemannya di dalam neraka nanti. Di bawah ni adalah kisah iblis yang ingin menguji iman seorang lelaki yang bernama Idris a.s, seorang rasulullah..

Satu hari, nabi Idris a.s sedang duduk menjahit pakaian baginda seorang diri. Tiba-tiba, datang iblis menyerupai seorang lelaki dan bertemu baginda dengan membawa sebiji telur. Lelaki itu berdiri hampir dengan nabi Idris a.s  dan bertanya sesuatu sambil menunjuk telur itu pada baginda, "Wahai Idris, adakah tuhanmu dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini?"  

"Datanglah dekat padaku." kata nabi Idris a.s padanya. 

Setelah dia berdiri rapat dengan nabi Idris a.s, baginda berkata lagi, "Tanyakan semula soalanmu tadi padaku."

"Wahai Idris, adakah tuhanmu dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang ini?" tanya iblis yang menyamar sebagai lelaki tadi lagi.

"Tuhanku berkuasa atas apa sahaja. Jika Dia kehendaki, bukan sahaja Dia dapat memasukkan dunia ini ke dalam telur, malah Dia juga mampu memasukkan dunia ini kedalam lubang jarum milikku ini." jawab baginda.

Nabi Idris a.s dengan pantas terus menusuk jarum yang ada pada tangan baginda ke mata iblis tadi. Baginda sebenarnya dengan izin Allah swt telah mengenal lelaki tadi sebagai iblis sejak awal-awal lagi.

Iblis yang terkejut dengan tindakan nabi Idris a.s itu terus beredar meninggalkanbaginda sambil menahan kesakitan pada matanya dan dia akibatnya dia menanggung buta sebelah mata sejak dari hari itu. Wallahu'alam...



Amir bin Abdullah at Tamimi



Amir bin Abdullah at Tamimi merupakan antara tabi'in yang lahir pada zaman pemerintaha khalifah Umar r.a di kota Basrah. Beliau berbadan tegap, berjanggut panjang, banyak beribadah dan dibesarkan dalam lingkungan orang yang bertakwa iaitu para sahabat.

Pada waktu kecilnya, kota Basrah telah dijadikan sebagai kubu tentera muslimin untuk menyerang Parsi. Setiap hari akan kelihatan pemuda-pemuda Basrah berlatih senjata dan sanggup berkorban nyawa bila-bila masa sahaja. Oleh kerana didedahkan dengan semangat jihad sejak kecil lagi, semangat Amir bin Abdullah untuk turut sama berjuang semakin berkobar-kobar.

Setelah dewasa, dengan semangat jihad yang tinggi, Amir akan sentiasa menyertai setiap peperangan bersama para sahabat r.a. Apabila tentera islam berjaya menawan Parsi, harta rampasan perang ketika itu amatlah banyak dan Amir merupakan orang yang membuka pintu harta kerajaan Parsi pada masa itu.Walaupun tentera islam amat kaya dengan harta rampasan perang, beliau tetap tidak memandang pada harta keduniaan. Amir memilih untuk tetap dengan kezuhudannya dan berjuang hanya untuk mengejar syahid di jalan Allah swt. Bahkan, pada setiap malam dalam peperangan ketika orang lain sudah melelapkan mata, beliau memilih untuk sujud pada penciptanya sendirian.Walaupun beliau banyak beribadah, Amir tidak pernah memandang rendah pada orang lain.

Sebagai seorang yang sangat zuhud, beliau selalu berpesan supaya tidak sekali-kali mendekati para penguasa supaya tidak terleka dengan pangkat dan harta. Tetapi kenyataan Amir telah diputar belit dan beliau telah difitnah sehingga menyebabkan beliau dihalau supaya berpindah ke Syam. 

Sekalipun demikian, beliau tidak berasa marah malah berdoa, "Ya Allah, siapa jua yang telah mendustakan aku, menyebabkan keluarnya aku dari kota ini dan memisahkanku daripada sahabat-sahabatku, telah aku maafkan. Maka berilah mereka 'afiat di dunia dan akhirat. Matikanlah kami dalam rahmat dan keampunanmu."

Amir bin Abdullah telah meninggal dunia di bumi Palestin. Ketika hampir pergi, beliau berkata sambil air matanya berlinang, "Alangkah panjangnya perjalanan dan alangkah sedikitnya bekal." Jika seorang seperti beliau masih lagi mengalirkan air mata kerana risau akan amalannya, adakah amalan kita sekarang sudah cukup untul menjadi bekal diakhirat kelak? Wallahu'alam.

Thalut, Daud vs Jalut


Thalut adalah raja utusan Allah swt untuk kaum bani israel setelah mereka meminta supaya diberi seorang pemimpin. Tetapi pada mulanya apabila Allah swt melantik Thalut sebagai raja mereka, kebanyakan dari mereka ingkar dan tidak mahu taat kepadanya hanya kerana Thalut ialah seorang yang tidak berharta. Namun Allah swt lebih berhak memuliakan siapa yang dikehendakiNya.

Pada suatu ketika, tanah air kaum bani israel telah ditawan oleh Jalut. Jalut ialah seorang raja kepada puak Balthaha yang amat kejam dan sangat memusuhi bani israel. Mereka mendiami kawasan berdekatan pantai jajahan Rom, diantara Palestin dan Mesir. Mereka menakluk banyak kawasan bani israel dan memperhambakan anak dan isteri mereka.

Raja Thalut dan bala tenteranya bersiap siaga menuju ke medan perang untuk mendapatkan semula tanah air mereka dan menyelamatkan anak-anak serta isteri mereka daripada kekejaman Jalut. 

Sebelum berangkat, Thalut berpesan pada bala tenteranya, 
"Kita akan menyeberangi sebatang sungai pada waktu panas terik nanti. Sesiapa yang benar-benar menjadi bala tenteraku dilarang untuk minum darinya melainkan menceduk-ceduk tangan sahaja. Sesiapa yang ingkar aku tidak mengharapkan apa-apa hasilpun dari mereka didalam peperangan yang kita lalui ini."

Setibanya di sungai yang disebut tadi, Thalut memerhatikan bala tenteranya. Ramai diantara mereka yang ingkar dan tidak patuh pada arahan raja mereka. Hanya sedikit sahaja yang patuh pada arahan Thalut dan hal ini membuatkannya sebagai pemimpin berasa khuatir akan sikap mereka. Namun, Thalut meneruskan perjalanan bersama bala tenteranya menuju ke medan perang sehinggalah berlaku pertempuan antara mereka dengan tentera Jalut.

Peperangan yang dihadapi dirasakan amat sukar dan payah. Tentera Thalut berpecah menjadi dua golongan..golangan yang patuh dan yang ingkar tadi. Golongan yang ingkar tadi kelihatan amat lemah, berputus asa dan sering mengeluh. Sementara itu, golongan yang patuh tetap bersemangat dan gagah kerana mereka tahu bahawa Allah swt pasti akan membantu mereka untuk menang dalam peperangan tersebut walaupun jumlah mereka yang amat sedikit berbanding tentera Jalut yang jauh lebih ramai.

Berita tentang kesukaran ini sampai ke pengetahuan seluruh bani israel. Seorang lelaki tua telah menghantar tiga orang anaknya termasuk Daud yang masih berumur sembilan tahun. Tetapi Daud tidak dibenarkan berperang kerana usianya yang terlalu muda namun, dia tetap mahu turut serta bejuang bersama mereka.

"Kau masih kecil wahai Daud."kata Thalut.

"Janganlah membandingkan besar atau kecil seseorang. Sekalipun aku masih kecil, tetapi aku suah cukup kuat untuk berperang. Pernah seekor singa hendak menyerang kambing kami dan aku telah mengalahkannya." balas Daud.

Akhirnya Daud telah dibenarkan untuk turut berperang dan dia diberi tombak dan lembing. Oleh kerana dia terlalu kecil, Daud hanta membawa beberapa biji batu dan seutas tali sahaja. Raja Thalut berasa pelik dan menanyakan tentang batu dan tali itu.

"Tuhan telah melindungiku daripada singa dengan tali dan batu. Dia juga akan menolongku dalam peperangan dengan ini."jawab Daud.

Di medan peperangan, Daud telah  berhadapan dengan Jalut. Jalut ingin menyerang nya tetapi Daud terlebih dahulu bertinak melontarkan batu kepada Jalut menggunakan talinya. Batu itu tepat mengenai kepala Jalut dan dia pun rabah lalu mati.

Melihat perkara itu, tentera Jalut menjadi huru-hara dan berpecah. Tentera Thalut terus menyerang mereka dan akhirnya memenangi peperangan tersebut. Keberanian Nabi Daud a.s memang telah ada pada baginda sejak kecil lagi. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud a.s telah dilantik sebagai raja dan peminpin kepada bani israel.


Wajib Zakat





Dari segi bahasa, zakat bermaksud berkat, suci, bersih dan berkembang.

Dari aspek istilah pula maksudnya  ialah mengeluarkan sejumlah harta yang telah Allah swt tentukan nilainya sebagai hak kepada golongan-golongan tertentu. 

Diwajibkan mengeluarkan zakat apabila..:

1. Islam
2. Merdeka
3. Milikan sempurna
4. Cukup haul
5. Cukup nisab


Zakat akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat: 

1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya.

2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya.

3. Amil - Orang yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.

4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam.

5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.

6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya

7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.

8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.



Hidup Umpama Pelayaran



Daripada al-Nu'man bin Bashir, Rasulullah saw bersabda,


"Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian daripada mereka memperolehi tempat di bahagian atas manakala sebahagian lain di bahagian bawah.

Apabila orang yang berada di bawah mahukan air, mereka naik ke atas dan mengganggu orang yang di atas. Kemudian orang yang tinggal di atas berkata, "Kami tidak akan benarkan kamu naik menyakiti kami,"  Lalu orang yang berada di bawah pula berkata, " Kami akan menebuk lubang pada bahagian bawah kapal untuk mengambil air." Kalau mereka menahan tangan mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam kesemuanya."
(at-Tarmizi)

Keadaan ini sama sahaja dengan apa yang kita alami sekarang. Mengapa umat islam kini sedang dan semakin 'tenggelam' ke dalam lautan maksiat dan kebinasaan?

Jawapannya senang.. semua ini kerana kebanyakan golongan yang berada di atas khasnya para pemimpin dan ulama sendiri tidak berani mencegah umat daripada melakukan kerosakan pada aturan kehidupan yang Allah swt telah tentukan. Bahkan merekalah pihak yang bertanggungjawab dalam mencabul hak-hak Allah itu sendiri..

Jadi, pilihan itu berada pada tangan kita..diam atau menentang? Wallahu'alam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...