AWAS! Ramainya Penyembah Thaghut


Assalamualaikum.. Ramainya yang tanpa sedar sebenarnya telahpun mengambil sesuatu sebagai sembahan selain dari Allah subhanahu wa taala. Tapi bila kita cuba tegur dibalas pula dengan kata-kata, "Kau sapa, ustaz ke nak tegur-tegur aku?"

Tapi kalau dah pak ustaz dan pak mufti pun tak mahu tampil beri teguran..terpaksa lah pak bukan ustaz ni yang bagitahu ya..

Thaghut dalam syara' adalah sesiapa sahaja yang melampaui batas dari apa-apa hak Allah swt atau menjadikan dirinya sekutu dengan Allah swt.


Antara thaghut-thaghut:


1. Syaitan yang mengajak manusia untuk sembah selain dari Allah swt.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Ya Siin:60) 



2. Pemerintah zalim iaitu yang menukar undang-undang Allah swt. Firman Allah azawajal :

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa':60)



3. Orang yang tidak mentadbir atau berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt :


........... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Al-Maaidah:44) 



4. Orang yang mendakwa mengetahui yang ghaib kecuali yang Allah swt dan Rasulullah saw ajarkan:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun
(Al-Jinn:26)



5. Orang yang disembah dan gembira dengannya.

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
(Al-Anbiyaa':29)




Wajib untuk kufur pada thaghut dengan tiga cara:

1. Kufur dengan thaghut pada perbuatan.
2. Kufur dengan thaghut pada lisan.
3. Kufur dengan thaghut pada hati.


Mungkin dalam tak sedar ada yang telah pun mengambil antara thaghut-thaghut di atas sebagai sembahan-sembahan mereka.. Dan yang paling ramai sekali adalah golongan yang menyembah para pemerintah yang kufur pada ketentuan Allah swt. wallahu 'alam


Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
 (Al-Maidah:72)


Kalung Fatimah Membuat Rasulullah SAW Marah


Kehidupan Fatimah Az-Zahra r.a bersama Ali kw sangatlah sederhana. Mereka tak memiliki perabot rumah tangga kecuali alat memasak saja. Mereka tak memiliki tilam kecuali sebuah ‘tilam’ tipis terbuat dari jerami gandum yang dibungkus kain kasar. Fatimah pun tak memiliki perhiasan kecuali sebuah kalung emas yang sudah lama dan jarang dipakai.

Suatu hari Fatimah datang berjumpa Rasulullah SAW. Wanita mulia bergelar Az-Zahra itu mengucap salam dan meminta izin untuk masuk. Setelah Rasulullah SAW mengizinkan, betapa bahagianya Fatimah berada di sisi ayahnya. Keduanya berbincang dengan ceria. Wajah keduanya berbinar bahagia, laksana terubatnya kerinduan kerana lama tak berjumpa.

Tiba-tiba, air muka Rasulullah SAW berubah ketika baginda tahu Fatimah mengenakan kalung emas di lehernya. Fatimah faham bahawa ayahnya sedang marah. Fatimah tak dapat berkata apa-apa. Ia keluar dari kediaman Rasulullah SAW dengan kesedihan yang menyesakkan dada. Selama ini Fatimah tak rela jika ada orang yang membuat Rasulullah SAW marah atau sedih. Namun kini, dirinya sendiri pula yang membuat Nabi berduka. Gara-gara kalung emas itu..

Fatimah tak perlu waktu lama untuk membuat keputusan. Kalung itu tak boleh ia pakai lagi, dan tak boleh ia miliki lagi. Lalu apa yang harus dia lakukan? Apakah dijual dan dibelikan hamba agar dapat membantunya? Kerana selama ini Fatimah sendiri yang mencuci, memasak dan menggiling gandum. Sebenarnya keadaan Fatimah amat memenatkan. Namun Fatimah khuatir kalau-kalau Rasulullah SAW tidak berkenan. Apalagi budak itu nanti akan mengingatkan Rasulullah SAW pada kalung itu. Namun akhirnya Fatimah memutuskan menjual kalung itu. Wangnya ia belikan juga hamba, tetapi bukan untuk membantunya. Setelah dibeli, budak itu segera dimerdekakan.


Kini Fatimah kembali menghadap Nabi SAW. Sebelum Rasulullah bertanya, Fatimah mendahuluinya dengan memberikan laporan, “Aku telah menjual kalung itu.” Fatimah berkata kepada Rasulullah yang serius mendengarkannya, “Dan wangnya ku pergunakan untuk membeli hamba yang kemudian kumerdekakan.”
Seketika wajah Nabi SAW berseri-seri. Keceriaan dan kebahagiaan kembali menghiasi wajah Rasulullah SAW yang suci.

Lalu, bagaimana dengan kita, yang selalu mempamerkan perhiasan? Bagaimana dengan cara kita mengawal marah? Bagaimana sikap kita terhadap orang tua kita…?


Saat Khadijah Jatuh Cinta Pada Muhammad SAW


Wanita mana yang tak terpikat oleh pemuda seperti ini? Ia kacak, bijak, keturunan orang terhormat, dan paling mulia akhlaknya di Semenanjung Arab. Menjelang tengah hari, sebuah kafilah dagang dari negeri Syam tiba di Makkah. Tak lama kemudian kafilah dagang itu memasuki kawasan sebuah rumah yang besar.

Dari dalam kelihatan seorang wanita berusia bergegas ke luar dan menyambut kafilah dagang yang sangat dinantikan. Dari mimik mukanya kelihatan raut kegembiraan. Tak lama kemudian, terjadi perbualan antara wanita yang bernama Siti Khadijah itu dengan Muhammad bin Abdullah, pemuda yang memimpin kafilah dagang. Didengarkannya Muhammad berbicara dengan bahasa yang begitu fasih tentang perjalanan dagangnya ke negeri Syam, serta keuntungan yang diperoleh dari perdagangan tersebut. Demikian juga, Khadijah mendengar penjelasan Muhammad tentang barang-barang dari Syam yang berjaya ia bawa dengan kafilahnya. Khadijah sangat gembira dan kelihatan bersemangat mendengar cerita tersebut .

Sesaat kemudian datanglah Maisarah, orang kepercayaan Khadijah yang menyertai Nabi Muhammad berdagang ke Syam. Ia pun menceritakan pengalaman-pengalaman selama perjalanan. Semua yang diceritakan Maisarah makin menambah pengetahuan Khadijah tentang Nabi Muhammad. Khadijah sedia tahu bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemuda yang sangat mulia akhlaknya . Dalam masa yang singkat, rasa simpati yang ada berubah menjadi rasa cinta. Khadijah tertarik untuk menjadikan Muhammad bin Abdullah sebagai pendamping hidup .

Apa yang menyebabkan Siti Khadijah simpati lalu jatuh hati pada pemuda Muhammad? Bukankah Khadijah adalah seorang tokoh wanita terkaya di Makkah saat itu, sedangkan Muhammad hanya seorang pemuda biasa? Mengapa pula Khadijah berani menjadikan Muhammad sebagai suami, bahkan ia yang melamarnya , padahal sebelum ini banyak pembesar Quraisy yang mengajukan lamaran, dan semuanya ditolak?

Ada beberapa faktor penyebab. Pertama, kesepadanan atau kesekufuan . Adalah wajar bila seseorang jatuh cinta pada orang yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya daripada perbezaan. Orang pun akan cenderung memilih pendamping hidup yang sekufu ( setaraf ), baik dari sisi harta, ideologi, gaya hidup, keilmuan, dan personaliti .

Khadijah mencintai Rasulullah SAW, boleh jadi disebabkan Rasulullah SAW mempunyai banyak persamaan dengan dirinya. Khadijah adalah wanita mulia, Nabi Muhammad SAW pun seorang lelaki mulia, sehingga Khadijah pun cenderung memilih pendamping yang akhlaknya mulia . Khadijah adalah seorang usahawan, sedangkan Rasulullah SAW seorang peniaga yang hebat . Rasulullah SAW berasal dari keturunan orang-orang terhormat, begitu juga Khadijah. Kedua watak yang mempunyai banyak persamaan ini jelas lebih mudah bersatu. 

Paras mukanya manis dan indah, tubuh badan yang sedang, tidak terlampau tinggi juga tidak pendek, dengan bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara kerinting dan lurus. Dahinya lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan, tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam dengan bulu mata yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang bercelah-celah. Berleher agak panjang dan indah. Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan badannya agak condong ke depan, melangkah pantas dan yakin. Air mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya menunjukkan kewibawaan, hingga membuat orang patuh kepadanya .

Ketampanan Rasulullah SAW terasa makin lengkap dengan gerak-geriknya yang menawan . Dikisahkan pula oleh Ummu Ma'bad bagaimana sikap beliau, tatkala ia melihat Rasulullah SAW dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah, " Aku melihat seorang lelaki dengan wajah berseri-seri dan bercahaya. Jika ia diam maka tampaklah karismanya. Jika sedang bercakap, ia tampak begitu agung dan santun. Ia kelihatan paling muda dan paling rupawan bila dipandang dari kejauhan, juga paling kacak dan menawan di antara rombongannya. Ucapannya menyejukkan, perkataannya jelas, tidak sedikit dan tidak pula panjang lebar, sebagai buah dari kecerdasan . "

Keindahan perilaku Rasulullah SAW berpunca dari kemuliaan akhlak dan kejernihan jiwa . Inilah faktor ketiga yang membuat Khadijah jatuh cinta. Muhammad adalah pemuda berakhlak mulia. Dengan kurnia Allah SWT, dalam diri baginda terkumpul semua akhlak terpuji yang dikenal manusia, kejujuran, dermawan, ataupun kelembutan. Tak ada satu sisi pun dalam diri baginda tanpa budi pekerti yang luhur . Akhlak Rasulullah SAW adalah sebuah keistimewaan, hingga beliau ' merumuskan ' misi dakwahnya dalam sebuah hadith, " Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia " ( HR Bukhari dan Hakim ) .

Adabnya adalah sifat yang paling menonjol dalam pergaulan baginda dengan para sahabat. Tawaduk, sabar, penyayang, dan mementingkan orang lain serta dermawan adalah sifat peribadinya dan menarik perhatian orang di sekitarnya. Jika bertemu dengan orang yang berbahagia kerana suatu kejayaan, maka ia menggengam tangannya dan ikut merasakan kegembiraan . Jika bersama dengan orang yang tertimpa musibah dan dirundung kesedihan, Rasulullah SAW pun ikut merasakan kesedihan mereka. Beliau sangat perasa dan pandai menghibur. Oleh itu , wanita mana yang tidak terpikat oleh pemuda seperti ini ?


-mahluktermulia-

Kesabaran Rasulullah Terhadap Isteri


Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Baginda pulang dengan diiringi oleh para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah kelihatan Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan. Rasa rindunya kepada suaminya, Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. 

Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tiba dirumah Rasulullah SAW beristirahat melepaskan lelah baginda manakala Aisyah r.a pula dibelakang rumah sibuk menyediakan minuman untuk Rasulullah saw. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW. Baginda meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tiba tiba Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Rasulullah SAW diam dan hendak menghabiskan air digelas itu. Tetapi Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku. Tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?" Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang tersisa dari gelas itu kepada Aisyah r.a.

Aisyah r.a meminum air itu namun terus memuntahkannya semula.Ternyata air itu terasa masin dan bukannya manis. Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat telah dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a segera meminta maaf kepada Rasulullah SAW. 

Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. Baginda menyedari kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, namun tidak memarahinya atau menegurnya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahawasanya akhlak yang mulia dapat kita mulai dari lingkungan terdekat dengan kita. Sebuah hadith menyebutkan, "Lelaki yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya". Semoga kita diberi taufik untuk dapat meneladani akhlak Rasulullah SAW.


Sajian Buat Rasulullah


Sebagai seorang manusia agung yang berperibadi mulia, Rasulullah saw amat dicintai oleh para sahabat baginda ketika itu. Rasa cinta mendalam kepada Nabi Muhammad SAW juga dimiliki seorang budak perempuan miskin bernama Barirah. Perempuan miskin ini berharap sekali agar Rasulullah dapat berkunjung ke pondoknya. 

Namun dia tidak sanggup untuk mengundang baginda kerana di rumah buruknya itu memang tak ada apa-apa makanan untuk dijamu nanti. Suatu hari, Barirah menerima makanan yang cukup mewah dari salah seorang sahabatnya. Makanan lazat seperti itu belum pernah ia nikmati seumur hidupnya. Sebelum enjamah makanan itu, tiba-tiba ia terfikir..Selagi ada, sebaiknya makanan ini dijamu untuk orang istimewa yang selama ini ia rindukan, Rasulullah SAW. 

Setelah diundang, Rasulullah pun datang bersama para sahabatnya. Sahabat Nabi yang menyaksikan hidangan yang serba enak dan mahal itu tiba-tiba berfikir yang budak perempuan ini tak mungkin dapat membelinya sendiri. "Wahai Rasulullah boleh jadi ini makanan zakat atau sedekah. Sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan sedekah. Jadi Engkau jangan memakannya, ya Rasulullah," kata sahabat.

Kecintaan Barirah yang terlampau membuatnya lupa bahwa Rasulullah tak menerima zakat dan sedekah. Mendengar ucapan sahabat tersebut, hati Barirah seolah-olah meledak. Perasaan takut, gelisah, malu, dan sedih kini menghapuskan kegembiraannya. Menyajikan hidangan yang diharamkan bagi Rasulullah adalah kesalahan besar. 

 Dalam keadaan ini, Rasulullah mempamerkan kemulian baginda. Dengan lembut dan bijak baginda berucap, "Makanan ini memang sedekah untuk Barirah, dan kerana itu ia sudah menjadi milik Barirah. Lalu Barirah menghadiahkannya kepadaku. Maka aku boleh memakannya." Kemudian Rasulullah SAW pun memakannya tanpa segan.


Amaran Untuk Para Pelawak


Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.

Direkodkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan dihukumkan HASAN olehnya, serta direkodkan oleh a-Nasa’i dan al-Baihaqi. (Rujuk al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-tarhib, hadis no 2994, jil 3/74)

Siapa Yang Menang?

Barisan Islam rampas depoh senjata FSA
Beirut: Puak penentang kerajaan berhaluan Islam terbesar di Syria merampas depoh senjata milik Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong negara Barat, lapor sebuah pertubuhan berpangkalan di Britain semalam.
Menurut Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia, selepas pertempuran yang berlaku hampir sepanjang malam, pejuang Barisan Islam menguasai kawasan FSA di sempadan Bab el-Hawa ke Turki dan merampas senjata mereka.
Pegawai pertubuhan itu berkata, kebanyakan senjata itu dibawa dari Turki.
“Lima pejuang terbunuh, namun tidak jelas mereka daripada kumpulan mana,” katanya.

---------------------------------------------------------------------- 

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul itu dan ulil amri di antara kalian. Kemudian jika kalian berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah perselihan itu kepada Allah dan Rasul itu, jika kalian adalah benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu kebaikan dan lebih baik akibatnya/kesudahannya. 
(An Nisaa': 59)


Ketua Pendeta Yahudi Memeluk Islam


Husen bin Salam adalah ketua pendeta Yahudi di Madinah. Walaupun penduduk Madinah berlainan agama dengannya, namun mereka tetap menghormati Husen. Kerana di kalangan mereka, ia dikenal sebagai orang yang baik hati, istiqamah dan jujur. Husen hidup dengan tenang dan damai. Baginya waktu adalah perkara yang sangat berguna. Kerana itu, ia membahagi waktunya dalam tiga bahagian. Satu pertiga ia gunakan untuk beribadah. Sepertiga lainnya ia habiskan di kebun untuk menjaga dan membersihkan tanaman. Sepertiga lagi untuk membaca Taurat dan mengajarkannya kepada orang lain. 

Setiap kali menemukan ayat Taurat yang mengkhabarkan tentang kedatangan seorang nabi di Madinah, ia akan membacanya berulang-ulang dan merenungi ayat itu. Dia mempelajari dengan lebih mendalam tentang sifat-sifat dan ciri-ciri nabi yang ditunggu-tunggunya itu. Ia sangat gembira ketika mengetahui orang yang ditunggunya itu telah muncul dan akan berhijrah ke Madinah. Kerana itu, ia selalu berdoa agar Allah memanjangkan usianya supaya dapat bertemu dengan nabi yang ditunggu-tunggunya untuk menyatakan iman. Allah memperkenankan doa dengan memanjangkan usianya dan mempertemukannya dengan penutup para nabi, Muhammad SAW. 

Ketika pertama kali mendengar kedatangan Nabi SAW, Husen bin Salam memadankan sifat-sifatnya dengan yang ia ketahui dari Taurat. Dengan persamaan-persamaan tersebut, ia yakin bahawa orang yang ia tunggu telah datang. Namun hal itu dirahsiakan terhadap kaum Yahudi. Tatkala Rasulullah ke Madinah dan tiba di Quba', seseorang mengumumkan kedatangan baginda. Saat itu Husen bin Salam sedang berada di atas pohon kurma dengan ibu saudaranya, Khalidah binti Harits, menunggu di bawah pohon tersebut. Mendengar kedatangan Rasulullah, ia menjerit, "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" Mendengar teriakan itu, Khalidah berkata, "Kamu akan kecewa. Seandainya kamu mendengar kedatangan Musa bin Imran, kamu tidak dapat berbuat apa-apa." 

"Wahai makcik, demi Allah, dia adalah saudara Musa bin Imran. Dia dibangkitkan membawa agamanya yang sama," kata Husen. "Diakah Nabi yang kau ceritakan itu?" tanya makciknya. "Benar!" jawabnya lalu bergegas menemui Rasulullah yang sedang dikerumuni orang ramai. Setelah berasak-asakan, akhirnya Husen berjaya menemui baginda. Sabda Rasulullah saw, "Wahai manusia, sebarkan salam. Beri makan orang yang kelaparan. Solatlah di tengah malam, ketika orang ramai sedang tidur nyenyak. Pasti kamu masuk syurga dengan bahagia." 

Husen bin Salam memandang Rasulullah. Ia yakin, wajah baginda tidak menunjukkan raut berbohong. Perlahan Husen mendekati baginda seraya mengucapkan dua kalimah syahadat. Rasulullah bertanya padanya, "Siapa namamu?" "Husen bin Salam," jawabnya. "Abdullah bin Salam," kata Rasulullah mengganti namanya dengan yang lebih baik. "Saya setuju," kata Husen. "Demi Allah yang mengutus engkau dengan benar, mulai hari ini saya tidak ingin lagi memakai nama lain, selain Abdullah bin Salam." Setelah itu Abdullah bin Salam pulang. Ia mengajak seluruh keluarganya termasuk Khalidah, yang saat itu sudah tua untuk memeluk Islam. Mereka menerima ajakannnya tetapi Abdullah meminta mereka untuk merahsiakan keislaman mereka dari orang-orang Yahudi hingga waktu yang tepat. 

Tak berapa lama kemudian, Abdullah bin Salam menemui Rasulullah dan berkata, "Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi suka berbohong dan sesat, saya memintamu memanggil ketua-ketua mereka, tapi jangan sampai mereka tahu kalau saya telah masuk Islam. Serulah mereka kepada agama Allah, saya akan bersembunyi di bilikmu mendengar reaksi mereka." Rasulullah menerima permintaan tersebut. Beliau memasukkan Abdullah ke dalam bilik dan mengumpulkan para ketua Yahudi. Rasulullah membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur'an dan mengajak mereka memeluk Islam. 

Namun orang-orang Yahudi itu menolak, bahkan membantah kata-kata baginda. Setelah mengetahui bahawa mereka enggan menerima seruannya, Rasulullah bertanya, "Bagaimana kedudukan Husen menurut kalian?" "Dia pemimpin kami, ketua pendeta kami dan pemuka kami," jawab mereka. "Bagaimana pendapat kalian kalau dia masuk Islam? Maukah kalian mengikutinya?" tanya Rasulullah. "Tidak mungkin! Tidak mungkin dia masuk Islam," jawab mereka serentak. 

Tiba-tiba Abdullah bin Salam keluar dari bilik Rasulullah seraya berkata, "Wahai kaum Yahudi, bertakwalah kepada Allah. Terimalah agama yang dibawa Muhammad. Demi Allah, sesungguhnya kalian sudah mengetahui bahawa Muhammad benar-benar utusan Allah. Bukankah kalian telah membaca nama dan sifat-sifatnya dalam Taurat? Demi Allah, aku mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Aku beriman kepadanya dan membenarkan segala ucapannya." "Bohong!" jawab mereka. "Kau jahat dan bodoh, tidak bisa membedakan mana yang benar dan salah!" Mereka pun meninggalkan Abdullah bin Salam dan Rasulullah SAW. 

"Kau lihat, wahai Rasulullah. Orang-orang Yahudi itu pendusta dan sesat. Mereka tidak mau mengakui kebenaran walaupun di depan mata," ujar Abdullah. Abdullah bin Salam menerima Islam seperti orang yang kehausan dan merindukan jalan ke telaga. Lidahnya selalu basah oleh untaian ayat-ayat Al-Qur'an. Ia selalu mengikuti seruan Rasulullah sehingga baginda mengkhabarinya berita gembira tentang syurga.


Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 5


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata: 


Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: 


"Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak"



Pokok Perbincangan Hadis

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

1. Dalam Ibadat :

-Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam
ibadah lain pula. 

-Ibadah yang ada perkara langsung tidak syar’ie - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya.

-Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (seperti tambah rakaat dalam solat fardhu )

-Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (seperti kurang rakaat dalam solat).


2. Dalam Muamalat :

-Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
a) Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).
b) Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).

-Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.



Pengajaran hadis:

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.

Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.

Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.

Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.

Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamaNya.

Shahih Muslim - Hadith 3


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:

"Bertanyalah kepadaku." Oleh itu, para sahabat berebut-rebut hendak bertanya. Tetapi, tiba-tiba muncul seorang lelaki lalu dia duduk dekat lutut Nabi saw dan bertanya, "Apakah yang dikatakan Islam?"

Jawab Nabi saw, "Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu, tegakkan solat, membayar zakat, dan puasa bulan ramadhan."

Kata orang itu, "Engkau benar!" Lalu dia bertanya pula, "Ya Rasulullah, apakah yang dikatakan Iman?"

Jawab Nabi saw, "Iman dengan Allah, iman dengan para malaikatNya, iman dengan kitab-kitabNya, iman hendak bertemu denganNya, iman dengan para RasulNya, iman dengan berbangkit, dan iman dengan Qadar semuanya."

"Engkau benar!" ujar orang itu. Tanyanya pula, "Ya Rasulullah, apakah yang dikatakan Ihsan?"

Jawab Rasulullah saw, "Hendaklah engkau takut pada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu."

"Engkau benar!" Katanya. Tanyanya pula, "Ya Rasulullah! Bilakah terjadinya kiamat?"

Jawab Rasulullah saw, "Orang yang ditanya tentang hal itu tidak lebih tahu dari yang menanya. Tetapi akanku terangkan kepadamu tanda-tandanya. Apabila engkau melihat budak  perempuan melahirkan majikannya, itu salah satu dari tanda-tandanya. Apabila engkau lihat orang-orang bodoh menjadi raja di muka  bumi, itu pun termasuk tanda-tandanya. Apabila engkau lihat gembala-gembala ternak telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah, yang demikian itu juga termasuk tanda-tandanya."

Kemudian ada lima perkara ghaib yang tidak dapat diketahui orang, selain Allah. Lalu Rasulullah membacakan ayat:

"Sesungguhnya Allah, hanya Dia sahajalah yang mengetahui tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(Luqman: 34)



Kemudian orang itu pergi. Maka bersabda Rasulullah saw, "Panggil orang itu kembali!" Para sahabat berusaha mencarinya tetapi mereka tidak mendapatkannya lagi. Maka bersabda Rasulullah saw, "Itulah Jibrail. Dia sengaja datang hendak mengajarkan agama kepada kamu sekalian, kerana kamu tidak menanyakannya."


Rabb, Izinkan Aku Mendampinginya di Akhirat


Pada zaman Rasulullah SAW hidup seorang pemuda bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun masih belum menikah. Suatu hari, ketika sedang mengilatkan pedangnya tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan memberi salam. Zahid terkejut dan menjawap dengan agak gugup.

 "Wahai saudaraku Zahid, selama ini engkau sendirian." Rasulullah SAW menyapa.

 "Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

 "Maksudku kenapa engkau selama ini membujang, apakah engkau tidak ingin menikah," kata Rasulullah SAW.

 Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak ada pekerjaan tetap dan tidak tampan, siapa yang mahu dengan aku ya Rasulullah?" 

"Asalkan engkau mahu, urusan itu  mudah!" kata Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh pembantunya untuk membuat surat lamaran pada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang kaya-raya dan sangat cantik jelita.

Akhirnya, surat itu dibawa oleh Zahid dibawa ke rumah Said. Oleh kerana di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid hanya memberikan surat tersebut di depan rumah Said.

 "Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku." katanya.

 Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku." Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat kerana tradisi Arab perkahwinan biasanya seorang bangsawan harus berkahwin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus berkahwin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU. 

 Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?" 

 Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong." 

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, mengapa berkeras dengan tetamu ini. Bukankah lebih baik disuruh masuk?" 

 "Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang datang melamar engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya-raya semuanya inginkan aku, aku tak mahu ayah..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina. 

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mahu, bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak." 

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa menyebut-nyebut nama Rasul?" 

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ini adalah perintah Rasulullah." 

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa tidak dari tadi ayah kata bahawa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu aku harus dikahwinkan dengan pemuda ini. Kerana ingat firman Allah dalam Al-Qur'an.

 Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. 
(QS. 24:51)

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang dan baru ini merasakan bahagia yang tiada tara dan lalu pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeza dari biasanya.  "Bagaimana Zahid?" 

"Alhamdulillah diterima ya rasul," jawab Zahid. 

"Sudah ada persiapan?"  tanya Rasulullah.

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, aku tidak memiliki apa-apa." 

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya berjumpa Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bi Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkahwinan. 

Ditengah kebahagiaannya menanti hari penuh bahagia, Rasulullah SAW menyeru perang kepada kaum muslimin untuk menghadapi kaum kafir. Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah bersiap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya, “Ada apa ini?”

Sahabat menjawab, “Wahai Zahid, hari ini kita akan melakukan perang melawan orang kafir, 
adakah engkau tidak tahu?”.


Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, “Aku akan menjual perlengkapan kahwin ini dan akan kubelikan kuda yang terbaik.”
 

Beberapa sahabat menasihatinya untuk mempertimbangkannya keputusannya itu, “Wahai Zahid, ini malam pengantinmu, kenapa engkau hendak berperang?”


Zahid menjawab dengan tegas, “Itu tidak mungkin! Tidakkah engkau ingat firman Tuhan 


“Jika bapak-bapak, anak-anak, suadara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya (dari) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik "

(QS 9:24).
 
Akhirnya Zahid maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah. Mendengar berita gugurnya calon pengantin baru, Rasulullah berkata, “Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah.”
 

Memang benar firman Allah 

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati?"


(QS 3: 169-170).

Zahid mendapat rezeki yang lebih baik lagi dari yang ditinggalkannya, sebuah kenikmatan yang hakiki, ia pun berbahagia dengan segala anugerah Tuhannya. 
 

Para sahabat menitiskan air mata sedih bercampur gembira. Dan ketika Zulfah yang cantik jelita itu mendengar khabar kesyahidan calon suaminya, ia berseru dalam doa, “Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia izinkanlah aku mendampinginya di akhirat.”



wallahu'alam..

Shahih Muslim - Hadith 2


Dari Abu Hurairah r.a, katanya, 

Pada suatu hari Rasulullah saw dilihat berkumpul dengan orang ramai. Sekonyong-konyong datang pada baginda seorang lelaki, lalu bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah yang dikatakan iman?"

Jawab Rasulullah saw, "Iman ialah iman dengan Allah, iman dengan para malaikatNya, iman dengan kitab-kitabNya, iman akan menemuiNya, iman dengan para rasulNya, dan iman dengan berbangkit diakhirat."

Dia bertanya pula, "Apakah yang dikatakan Islam?"

Jawab Rasulullah saw, "Islam ialah menyembah Allah, tidak mempersekutukanNya dengan yang lain-lain, menegakkan solat fardu, membayar zakat wajib, puasa ramadhan."

Tanyanya pula, "Ya Rasulullah, apakah yang dikatakan Ihsan?"

Jawab Nabi saw, "Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."

Tanyanya pula, "Bilakah terjadi hari kiamat?"

Jawab Nabi saw, "Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari yang menanya. Tetapi akan kuterangkan kepadamu tanda-tandanya. Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, itu adalah salah satu tandanya. Apabila orang miskin yang hina dina telah menjadi pemimpin, itu juga termasuk tanda-tandanya. Apabila gembala ternak yang hina telah bermewah-mewah di gedung nan indah, itu pun termasuk tanda-tandanya."

Selanjutnya ada lima perkara yang tidak seorangpun mengetahuinya selain Allah swt. Kemudian Rasulullah saw membacakan ayat:

"Sesungguhnya Allah, hanya Dia sahajalah yang mengetahui tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(Luqman: 34)

Kemudian orang itu berlalu. Maka bersabda Rasulullah saw, "Panggil orang itu kembali!" Para sahabat berusaha mencari orang itu untuk memanggilnya kembali, tetapi mereka tidak melihatnya lagi. Maka bersabda Rasulullah saw, "Itulah Jibrail. Dia datang mengajarkan agama kepada orang ramai."



Setelah Tuhannya Dihina...


Sudah menjadi kebiasaan penduduk Yatsrib, para pembesar membuat patung-patung tuhan kecil di rumah mereka, meskipun sudah ada berhala besar di tempat pemujaan umum. Tidak terkecuali, seorang pembesar yang satu ini. Ia juga meletakkan satu patung yang ia sembah di rumahnya.

Amr bin Jamuh, nama pembesar itu. Anaknya yang bernama Muadz bin Amr telah memeluk Islam dan ia ingin ayahnya menjadi muslim juga. Maka bersama Muadz bin Jabal ia membuat strategi dakwah untuk ayahnya, berharap agar dia meninggalkan penyembahan berhala lalu mentauhidkan Allah Ta'ala. Untuk itu, mereka akan menyedarkan ayahnya bahawa berhalanya tak mampu berbuat apa-apa.

Pada suatu malam, mereka menyelinap masuk ke rumah Amr bin Jamuh, mengambil patung tersebut lalu membuangnya ke tempat pembuangan sampah. Keesokan harinya, Amr bin Jamuh terkejut sebab tuhannya tak ada di tempat asal. Setelah mencarinya ke sana kemari, akhirnya ia menemukan tuhan itu di tempat sampah.

"Celaka kalian, siapa yang kurang ajar pada tuhanku malam tadi!" teriak Amr bin Jamuh marah. Tak ada seorangpun yang mengaku bertanggungjawab atas penghinaan berhala itu. Amr bin Jamuh kemudian mencuci berhala itu, memberinya wangian dan meletakkannya di tempatnya.

Malam berikutnya, Muadz bin Amr dan Muadz bin Jabal kembali semula ke rumah Amr bin Jamuh, mengambil patung tersebut lalu membuangnya ke tempat pembuangan sampah. Keesokan harinya, Amr bin Jamuh terkejut lagi sebab tuhannya tak ada di tempat sepatutnya. Dan dia pun menemukan tuhan itu di tempat sampah semula.

"Celaka kalian, siapa yang kurang ajar pada tuhanku malam tadi!" teriak Amr bin Jamuh marah. Tak ada seorangpun yang mengaku bertanggungjawab atas penghinaan berhala itu. Amr bin Jamuh kemudian mencuci berhala itu, memberinya wangian dan meletakkannya di tempatnya.

Kali ini Amr bin Jamuh mulai kesal. Ia pun meletakkan pedang di leher patung. "Jika engkau membawa kebaikan, lindungilah dirimu dari pedang ini!" kata Amr bin Jamuh, tanpa jawapan dari patung tersebut. Malamnya, dua pemuda muslim tersebut kembali "mengerjakan" patung itu.

Amr bin Jamuh yang sekali lagi kehilangan tuhannya segera mencarinya. Ia menemukan patung berhalanya di tempat yang sama. Bezanya, kali ini patung tuhan itu terikat pada bangkai anjing. Ia sangat marah dan kecewa.

Para pembesar Madinah yang berada di tempat itu mengajak Amr bin Jamuh menggunakan akalnya. Sambil menunjuk patung yang tak berdaya itu, mereka mengatakan betapa berhala itu tidak memiliki kekuatan apapun, bahkan untuk membela dirinya. Para pembesar Madinah yang telah memeluk Islam itu pun menjelaskan bahawa satu-satunya tuhan adalah Allah, yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa. Allah mengutus Muhammad sebagai nabi dan rasul dengan Islam sebagai agamanya. Hidayah Allah datang, Amr bin Jamuh pun menerima dakwah itu dan masuk Islam.

Episod kehidupan Amr bin Jamuh kemudian dipenuhi dengan semangat jihad. Meski kakinya cacat, ia memaksa ikut perang Uhud. Doanya,"Ya Allah, berikan aku kesyahidan. Jangan Kau kembalikan aku pada keluargaku" itupun dikabulkan Allah. Ia syahid fi sabilillah. [Abu Nida]

Ulama Yang Menentang Menteri



Ada suatu kisah tentang salah seorang menteri dari Bani Umayyah yang dikenal dengan sikap sombong dan kejam. Dia mempunyai baghal (haiwan peranakan kuda dan keldai, saiz ukurannya pun lebih besar dari keldai dan lebih kecil daripada kuda), kuda, pedang, dan dia juga memiliki sejumlah pengawal.

Pada suatu hari dia melalui suatu tempat. Secara kebetulan, seorang Ulama yang masyhur pada masa itu iaitu Imam Hasan Al Bashri rahimahullah sedang duduk-duduk di situ. Melihatkan menteri tadi, orang ramai pun berdiri kerana menghormati kedatangannya kecuali Imam Hasan Al Bashri. Beliau tetap juga duduk di tempatnya tanpa berganjak. 

Menteri itu menoleh kepada Al Hasan seraya berkata, "Kamu tidak kenal siapa saya?" 

Al Hasan berkata, "Oleh kerana saya mengenal anda, saya tidak ikut berdiri."

Menteri bertanya lagi, "Kalau begitu siapa saya?" 

Al Hasan berkata, "Kamu adalah orang yang keluar sebanyak dua kali dari tempat keluarnya air kencing dan kamu menahan rasa sakit serta perih. Kesudahanmu akan dikembalikan pada kebusukan yang kotor dan kamu berasal dari setitis air mani yang hina" 

Mendengar kata-kata dari Al Hasan itu, si Menteri pun terdiam seakan akan ada api yang menyambar mukanya.


Shahih Muslim - Hadith 1


Dari Yahya bin Ya'mar r.a katanya, 

Orang yang mula-mula bicara di Bahsrah menentang adanya 'Qadar' ialah Ma'abad Al Juhani. Maka suatu ketika, aku dan Humaid bin Abdurrahman Al Hamairi sama-sama menunaikan haji atau umrah. Kami bersepakat jika menemukan salah seorang sahabat Rasulullah saw, kami akan menanyakan mereka masalah 'qadar' itu. Kami bertemu Abdullah bin Umar bin Khattab di dalam masjid dan mendekati kiri dan kanan beliau. Dalam masa itu, aku telah menduga bahawa sahabatku Humaid akan menyerahkan pembicaraan kepadaku. 

Kataku pada Abu Abdurrahman, "Telah muncul dihadapan kita para pembaca Al Quran dan para ilmuan. Mereka mendakwa bahawa 'Qadar' itu tidak ada. Segala sesuatu terjadi menurut kudratnya tanpa didahului oleh 'Qadar' dan Ilmu Allah."

Jawab Abdullah bin Umar, "Apabila engkau bertemu mereka, katakan bahawa aku tidak sependapat dengan mereka. Demi Allah! Kalaulah mereka mempunyai sebungkal emas, kemudian emas itu dinafkahkan, maka Allah swt tidak akan menerima nafkah mereka itu sehingga mereka beriman pada 'Qadar'. Ayahku Umar bin Khattab menceritakan kepadaku berikut :

Pada suatu hari ketika kami berada di sisi Rasulullah saw, muncul dihadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak terlihatpun padanya kesan perjalanan dan kami juga tiada yang mengenalinya. Dia terus duduk dengan Rasulullah saw, menyandarkan lututnya pada lutut baginda dan meletakkan kedua tangannya pada peha baginda saw lalu berkata, " Ya Muhammad, terangkan padaku tentang Islam."

Jawab Nabi saw, "Islam ialah mengakui tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah jika engkau sanggup melaksanakannya."

"Engkau benar!" kata orang itu. Kata ayahku, "Kami hairan dengan orang itu, dia yang bertanya tapi dia pula yang membenarkannya." Kemudian orang itu bertanya pula, " Terangkanlah kepadaku tentang iman."

Jawab Nabi saw, "Iman ialah beriman dengan Allah, iman dengan para malaikatNya, iman dengan kitab-kitabNya, iman dengan para rasulNya, iman dengan Qadar baik mahupun buruk."

Kata orang itu, "Engkau benar!" Kemudian dia berkata, "Terangkanlah padaku tengtang Ihsan!"

Jawab Nabi saw, "Ihsan ialah, menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu." 

Katanya pula, "Terangkanlah kepadaku tentang kiamat!" Jawab Nabi saw, "Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari orang yang bertanya." 

Katanya lagi, "Terangkanlah padaku tanda-tandanya!" Jawab Nabi saw, "Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan majikannya, dan apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah."

Kata ayahku, "Kemudian orang itu berlalu. Tetapi tidak berapa lama antaranya, Rasulullah saw bertanya kepadaku, "Tahukah engkau, siapakah gerangan yang bertanya itu?" Jawabku, "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw, "Dia adalah Jibrail. Dia datang kepadamu mengajarkan agamamu.""


Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 4


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;

 iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam(بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).


Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :

-Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
-Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia, untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara  beransur-ansur dan tidak gopoh atau gelojoh.


2) Ditiup Ruh :

-Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
-Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari , bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).


3) Menggugurkan Janin :

-Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
-Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi
pendapat yang dhaif.


4) Keluasan Ilmu Allah

-Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan sama ada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
-Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).


Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi- rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...