Kisah Peminta Sedekah

Hari : Ahad
Masa : Tengah hari
Lokasi : Kedai makan (Sandakan)

Sedang aku menyuap nasi ke mulut, seorang kanak-kanak perempuan menyapa aku sambil menadah tangannya meminta sesuatu dariku. Simpati menerjah di hati, namun beberapa kisah dan pengalaman segera menahan aku dari menghulurkan wang dari saku. Bukan kedekut atau bakhil, cuma aku tidak mahu menyuap pada mulut musang dan lintah moden...


"Lapar?" tanya aku pada budak itu namun hanya dibalas dengan gelengan kepala sahaja, mungkin malu kot...

"Kak, bagi budak ni nasi sepinggan.." kata aku pada tuan punya kedai.

" Memang hari-hari dia minta sedekah area sini dik, dia bukan nak makan." jawabnya.


Aku teringat pada berita-berita yang sering aku baca di akhbar dulu, berita tentang sindiket yang memperalatkan golongan yang tidak berdaya untuk meminta sedekah. Mungkin adik tadi juga salah seorang mangsa sindiket-sindikit di luar sana.Hmmm..

Abah aku seorang peniaga pasar malam dan telah menjadi rutin mingguan aku waktu dulu untuk menolong beliau berniaga. Di tempat kami berniaga dulu sering didatangi oleh seorang peminta sedekah yang kudung kakinya. Dengan baju lusuh, dia akan berulang-kali mengesot dan merangkak-rangkak di hadapan gerai kami untuk menagih simpati orang ramai. Melihat keadaan kakinya yang kudung, aku jangka dia adalah mangsa pergolakan dan peperangan di tanah air nya. Mungkin dia warga Kemboja atau Vietnam...

Pada satu hari ketika berniaga, aku kehabisan duit kecil untuk dibuat sebagai baki wang pelanggan. Kebetulan pula.....si peminta sedekah tadi sedang lalu di depan gerai kami.

"Long, pergi tukar duit kecik kat dia dulu." kata abah pada aku.


Aku bawa beberapa keping not merah bersama untuk di tukar dengan si peminta sedekah tadi dan mula mengira wang yang diberikan nya kepada aku. Sempat juga aku menjeling tempat simpanan duit dia...beratus juga kot... Dalam tempoh 2-3 jam mengesot, hasil yang dia dapat memang lumayan. senang keje woo....


Dalam jam 10 mlm, kami mula mengemas untuk pulang ke rumah.. Tak ketinggalan juga si peminta sedekah tadi. Dalam sibuk kami mengemas, dia juga sibuk menyalin baju dan seluar yang lebih baru dan cantik. Dengan baju baru itu, si peminta sedekah nampak seperti sedang menunggu seseorang di lorong belakang kedai dan....

Sebuah van telah datang menjemput  si peminta sedekah dan aku percaya bukan hanya dia seorang saja melakukan aktiviti ini. Aku pasti ada orang lain yang sedang mengaut untung dan mengambil kesempatan terhadap orang-orang sepertinya di luar sana.


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh
(Al Munafiqun: 10)

Tidak aku kata yang kita tidak boleh bersedekah pada golongan seperti ini, malah kita amatlah dituntut untuk membantu setiap insan yang memerlukan pertolongan tapi pastikah kita yang mereka benar-benar akan mendapat munafaat dari sedekah kita itu? Kerana itu aku tidak gemar untuk mengeluarkan wang dari saku aku untuk orang-orang seperti ini dan memilih untuk memberi mereka makanan dan minuman yang konfem akan masuk ke perut kosong mereka sendiri.


Sikap dan sifat pemurah itu mulia, tetapi memberi tanpa sebarang curiga boleh dan telah menyuburkan penyakit sosial yang memalukan dan seolah-olah menggalakkan kejadian hina di kalangan manusia.

Adalah keji bagi sendiket yang memperalatkan orang-orang susah dan malang itu untuk mengemiskan dan menyerahkan pungutan mereka kepada sendiket. Pengemis hanya diberi upah mengikut pungutannya tetapi yang mengaut keuntungannya ialah sendiket.

Meski pun ada pengemis bebas yang mendapat pungutan lumayan untuk dirinya, meneruskan perbuatan hina itu disebabkan ia satu cara yang senang mendapat kehidupan mewah, tetapi ada juga orang-orang malang itu dijadikan hamba dengan upah yang ala kadar dan terus kekal sebagai hamba yang diperas selama-lamanya.


Bagi aku adalah tidak mustahil untuk kita menghapuskan dan menangani permasalahan ini jika pihak kerajaan benar-benar telus dalam menjalankan tanggungjawab untuk meyampaikan bantuan samaada dalam bentuk kewangan ataupun kemudahan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Jika kita menjadikan Al Quran dan As Sunah sebagai panduan dalam pentadbiran, bukan saja masalah ini yang akan selesai...Malah tidak akan timbul isu kontroversi bantuan dari gereja seperti yang di uar-uarkan kebelakangan ini.



Mengapa di bawah Khaifah Umar Abdul Aziz tiada orang mahu menerima zakat? Zakat adalah hak untuk asnafnya. Asnaf itu seolah-olah sifar di zamannya. Ia adalah disebabkan keadilan sempurna pentabirannya, bukan saja kemiskinan terhapus, bahkan menolak menjadi orang yang meminta. Keadilan yanag wujud menyebabkan pemerintahan dan rakyatnya mendapat barakah. Itulah yang menjadikan ia sifar penerima zakat dan peminta sedekah.

Saidina Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kerajaan apabila anaknya mahu bercakap masalah peribadi dengannya. Beliau tidak menggunakan langsung kemudahan kerajaan.

Adakah kerajaan sudah mengkaji punca penyakit sosial itu dan kerajaan tidak langsung menyalah gunakan amanah yang diberi kepadanya? Adakah Raja-Raja, Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai awam bebas dari menggunakan kedudukan masing-masing untuk diri?


Orang Islam tidak boleh berhenti memberi kerana orang yang memerlukan itu sentiasa ada. Bukan tugas orang Islam bertanya pengemis itu jujur atau tidak. Tugas orang Islam yang berada adalah memberi pertolongan walau dalam apa bentuk sekalipun.

Membasmi pengemis adalah tugas pemimpin. Pemimpin mesti memastikan ekonomi negara begitu stabil dan kuat sehingga tiada lagi orang yang mahu meminta sedekah. Riba, judi, rasuah, pecah amanah dan banyak lagi penyakit-penyakit sosial harus di benteras. Golongan pemerintah juga janganlah begitu tamak sehingga sanggup menghisap darah rakyat sendiri.

Kalau Umar Abdul Aziz berjaya, mengapa pemimpin di Malaysia tidak berjaya? Pemimpin kah atau sistem kah yang bersalah???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...