Hadith: Sebaik-baik Jiran Tetangga


Riwayat: 
 Muslim

Hadith: 
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya (kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”. 
 
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”.

Huraian Hadith: 
Satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan jiran ialah dengan menghadiahkan sebahagian makanan yang kita makan khususnya makanan yang mempunyai bau yang kuat dan jiran itu berhajat kepadanya.
Islam mengajar umatnya supaya mengambil tahu hal jirannya.
Islam mengajar dan menyuruh umatnya supaya berbaik-baik dengan jiran.
Islam menyuruh umatnya mewujudkan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget