Malaikat Utusan (Dalil)

Ingat!! Ajal maut boleh datang pada bila-bila masa. Mungkin esok, mungkin juga lusa, boleh jadi juga sekarang..



وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ 

 Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). 
(Al-Anaam: 61)


Tombo Ati (Ubat Hati)



Tombo ati iku limo perkarane

Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
 
Kaping pindo sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng ingkang luwe

Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo bisa ngelakoni

Mugi-mugi gusti Allah nyembadani


Bahasa Melayu

Ubat hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Quran dan maknanya

Yang kedua solat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi


10 Perkara Sia-Sia



Imam Ibnu Qoyyim Al Jauziyah mengatakan bahwa ada sepuluh hal yang tidak bermanfaat dan sia-sia.

Pertama: Memiliki ilmu namun tidak diamalkan.

Kedua : Beramal namun tidak ikhlas dan tidak mengikuti tuntunan nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Ketiga : Memiliki harta namun enggan untuk menginfakkan. Harta tersebut tidak digunakan untuk hal yang bermanfaat di dunia dan juga tidak diutamakan untuk kepentingan akhirat.

Keempat: Hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah.

Kelima: Badan yang lalai dari taat dan mengabdi pada Allah.

Keenam: Cinta yang di dalamnya tidak ada redha dari yang dicintai dan cinta yang tidak mau patuh pada perintah-Nya.

Ketujuh: Waktu yang tidak diisi dengan kebaikan dan pendekatan diri pada Allah.

Kelapan: Fikiran yang selalu berputar pada hal yang tidak bermanfaat.

Kesembilan: Pekerjaan yang tidak membuatmu semakin mengabdi pada Allah dan juga tidak memperbaiki urusan duniamu.

Kesepuluh: Rasa takut dan rasa harap pada makhluk yang dia sendiri berada pada genggaman Allah. Makhluk tersebut tidak dapat melepaskan bahaya dan mendatangkan manfaat pada dirinya, juga tidak dapat menghidupkan dan mematikan serta tidak dapat menghidupkan yang sudah mati.


Itulah sepuluh hal yang melalaikan dan sia-sia. Di antara sepuluh hal tersebut yang paling berbahaya dan merupakan asal muasal segala macam kelalaian adalah dua hal yaitu:

HATI YANG SELALU LALAI DAN WAKTU YANG TERSIA-SIAKAN. Hati yang lalai akan membuat seseorang mengutamakan dunia daripada akhirat, sehingga dia cenderung mengikuti hawa nafsu. Menyia-nyiakan waktu pula akan membuat seseorang dalam kerugian. Sedangkan segala macam kebaikan ada kerena mengikuti al huda (petunjuk) dan selalu menyiapkan diri untuk berjumpa dengan Rabb semesta alam.

Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Kehidupan Dunia (Dalil)


Surah Al-Anaam ayat 32:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُون
َ
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

via iQuran


Raja Thailand Dan Respon Dari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II



BANGKOK - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 85, telah dibenarkan keluar dari hospital dan kembali ke istananya di wilayah Hua Hin selepas menerima rawatan di sana selama empat tahun.
Baginda dikatakan keluar dari Hospital Siriraj bersama permaisurinya, Ratu Sirikit, 80, yang turut dirawat di hospital sama selama setahun.
"Saya telah mendapat pengesahan daripada Biro Istana Diraja bahawa Raja Bhumibol Adulyadej akan meninggalkan Bangkok hari ini pada pukul 4 petang.
"Saya menganggarkan lebih 10,000 penduduk Hua Hin akan keluar menyambut raja mereka," kata Gabenor wilayah Prachuap Khiri Khan, Weera Sriwathanatrakoon.
Televisyen tempatan menunjukkan jalan-jalan di Hua Hin dipenuhi kain rentang mengenai kepulangan Raja Bhumibol Adulyadej.
Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 67 tahun mengalami pelbagai penyakit selepas dimasukkan ke hospital sejak September 2009 akibat masalah pernafasan.



Respon Dari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II

Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej juga telah sampai masanya beliau turun dari takhta dan serahkan kuasanya setelah 4 tahun terlantar di hospital sejak bermulanya tarikh perjanjian 10-3-2009 @ 100 tahun itu tamat. Alhamdulillah kini baru beliau boleh keluar dari hospital...Dengan izinAllah dan PerencanaanNya setelah MEMO UMUM itu di keluarkan kesihatan Raja Bhumibol Adulyadez ini yang juga bersaudara dengan Tunku Abdul Halim Sultan Kedah dan YDP Agong Malaysia sekarang ini dan juga ada hubungan darah dengan Beta mereka berdua ini. 



sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#.Ufs5bieZ9RE.facebook#ixzz2anwjtAuq


PENTING!! Empayar Langkasuka Nusantara











Pelik Tapi Benar!!


Al kisah... sekarang kecoh satu Malaya tentang satu video perempuan yang beraya dengan anjing. Bila nampak video tentang perempuan yang bagi anjing makan..cuci kaki anjing.. semua orang sibuk nak share sambil buat tajuk "Wanita Hina Islam". Tak kisah lah siapa-siapa pun..baik yang tak pernah cerita pasal agama pun boleh transform menjadi alim ulama untuk mengulas pasal tentang video tersebut.



Yang buat aku musykil.................................satu video perempuan pegang anjing yang belum tentu haram habis di kutuk-kutuk, report sana, report sini, sampailah perempuan tu kena tangkap (kena faham ye..hukum pegang anjing bukan haram walau pun sifatnya najis) yang konfem haram macam iklan syampu, iklan kurus tayang perut, iklan raya (belakon bapak peluk anak, anak peluk mak), filem-filem, drama-drama dan banyak lagi lah. Tapi tiada pula pihak yang nak buat report tentang diorang, tiada juga orang yang nak sibuk sembang tentang halal haramnya. Yang ada hanyalah komen-komen yang baik-baik belaka, "Hensemnye Harun Hazim.." "Sweetnya Liza Surisuri.."  

Aduh, pening...... Sedarlah saudaraku, bukan orang yang merosakkan agama kita melainkan diri kita sendiri. Jangan sibuk tuding jari pada perkara yang belum pasti halal haramnya tapi betulkan dulu dan laksanakan dulu kewajipan yang dituntut pada kita. Macam mana kita nak sebarkan Islam jika Islam tiada pada diri?? 

Kita marah orang bagi anjing makan, tapi kita sedar atau tidak apa yang dia buat tu adalah sedekah? Salah kah dia cuba untuk menjaga kebersihan dengan mencuci kaki makhluk Allah tu..cuma ada sedikit kesilapan dalam pendekatan yang dia guna mungkin disebabkan dangkalnya ilmu agama dia. Tapi apa yang lebih baik untuk kita lakukan adalah menegur dan memberi nasihat serta tujuk ajar, bukan menghina dan memaki hamun yang makin merosakkan identiti umat Islam tu sendiri...

Wallahu a'lam...


Qotzman Si Pahlawan Neraka



Setelah berjihad dalam perang Uhud, Muhammad s.a.w dan para sahabat telah berkumpul dan membincangkan tentang pertempuran yang telah mereka lalui. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di dalam benak mereka. 

Dalam perbincangan itu, mereka sangat kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka, yaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor harimau lapar yang ingin terus memangsa musuh. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah bibir di kala itu.


“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”

Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w itu. Mereka berasa hairan dan terkejut apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. Bagi mereka adalah mustahil untuk seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah berani menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. 

Rasulullah s.a.w sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan cerita baginda, lalu baginda berkata,


“Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...