Wasiat Ulama ( Islam Itu Melayu, Melayu Itu Islam )


ASSYAHID TUAN GURU MURSYID AL-ALLAMAH HAJI AHMAD JUNAIDDIN BIN CHE DIN

     


   Gagasan Melayu Islam perlu merangka satu formula untuk dicadangkan kepada umat manusia di Nusantara bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

   lanya penting bagi memperkasakan bangsa dan negara dengan mendukung serta mempertahankan hak ketuanan Melayu, kekuatan perpaduan Melayu, institusi kesultanan Raja-Raja Melayu dan kedaulatan negara pada setiap masa.

   Kita perlu memperjuangkan pengekalan dalam negara masyarakat Melayu supaya melaksanakan cara hidup Islam atas aliran mazhab yang rojeh (4 Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah)


  • Tauhid - Aliran Imam Abu Mathuridi atau Imam Abu Hassan As-Syaari 


  • Feqah - Salah satu daripada Imam berikut tanpa pertindihan (Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi)


  • Akhlak (tasauf) - mana-mana ulama muktabar yang ahli (faham) dalam babnya (bidangnya) umpamanya Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Imam AI-Ghazali, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Abdullah Ahmadul Badawi (murid Syeikh Abdul Qadir Jilani) dll.

   Kita perlu bermuafakat dalam menyampaikan seruan agama Islam hingga tercapainya kefahaman hakikat tauhid yang sah dan jelas.

   Kita perlu menyatukan fahaman dan amalan untuk kekal hidup di bawah naungan Allah S.W.T. yang Maha Esa, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W., Kitabullah dan Kiblat yang satu.

   Kita perlukan kaedah dakwah dalam ilmu dan amalan serentak rohani dan jasmani umat manusia, beristiqamah dengan berpegang teguh kepada hukum tertinggi - AI-Qur'an, Hadis, ljmak dan Qias.

   Kita perlu berusaha untuk mendapat kerjasama supaya dibukakan ruang seluas—Iuasnya bagi mengumpul seberapa ramai umat Melayu Islam supaya bersatu dalam memperbaiki tumpuan pelaksanaan kerja dalam kehidupan kepada keperkasaan diri, bangsa dan negara sehingga mampu mengubah tamadun manusia.

   Bangsa hendaklah menerima agama Islam makajadilah bangsa itu bangsa beragama. Tempat Ietak agama pada diri seseorang itu ialah Iidah, anggota dan hatinya.

   Seseorang yang menerima Islam dengan yakin, waij fardhu ain menjaga agama yang ada pada dirinya pada biIa-bila masa dan di mana-mana.

   Ilmu dan amalan seseorang menjadi baja yang menyuburkan agama Islam yang ada pada dirinya selagi ilmu dan amal itu berada atas dasar agama dan diambil serta dipelajari dari mereka yang ahli pada babnya.

   Agama Islam akan keluar daripada diri seseorang itu setelah menerimanya di atas nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq.

   Ilmu dan amalan seseorang menjadi racun yang membunuh agama yang ada pada dirinya sekiranya ilmu dan amalan Itu tersasar dari dasar agama atau diambil serta dipelajari pula dari orang yang telah rosak akidah, syariat, akhlak, jihadu bi nafsi dan jihadu bil mal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget