Asal Usul Khurafat



Khurafah  adalah seorang lelaki arab dari puak Bani Uzrah

Beliau telah diculik oleh 3 ekor  jin dan diletakkan dalam satu kurungan. Namun berlaku perbalahan di antara 3 ekor  jin tersebut tentang apa hendak lakukan kepada mangsa culik mereka tadi.

Jin pertama berpendapat dibunuh sahaja khurafat. Jin kedua mencadangkan agar lelaki itu dijadikan hamba manakala jin ketiga mahu khurafat dipulangkan sahaja  kepada kaumnya.

Semasa mereka berbalah datang pula jin keempat dan mennyatakan hasratnya untuk berkongsi sama dengan ketiga-tiga jin itu. Pada mulanya mereka tidak setuju tapi setelah jin keempat menawarkan untuk menceritakan satu kisah pelik maka mereka bertiga pun bersetuju.

Berkata jin keempat :

Ketika aku masih remaja, aku bersama tujuh orang saudaraku dalam perjalanan untuk meminang sepupu kami. Kami pergi dengan membawa seekor anak lembu sebagai tanda pinangan kami. Akan tetapi ketika kami sedang duduk berehat, lembu ini telah terlepas. Pak cik ku telah memberi amanat bahawa barangsiapa dapat mengembalikan lembu itu maka dia yang layak  mengahwini anak perempuannya. Namun hingga  usiaku menjangkau 70 tahun aku masih tidak mampu menangkapnya. Setiap kali aku berhenti nescaya lembu ini berhenti sama dan apabila aku bergerak maka lembu ini segera melarikan diri.

Kemudia kata jin keempat : “Adakah aku boleh berkongsi menikmati darah manusia ini?”.

Mendengar kisah pelik tadi ketiga-tiga ekor jin itu setuju untuk berkongsi.

Akan tetapi mereka masih lagi berbalah apa yang patut mereka lakukan pada mangsa culik mereka hinggalah datang jin kelima.

Jin kelima itu pun berminat untuk berkongsi sama menikmati darah manusia tadi. Dia berkata : Adakah jika aku menceritakan sebuah kisah pelik kamu setuju berkongsi darah manusia ini bersamaku?.
Keempat-empat jin itu berkata :” Ya kami setuju”.

Jin kelima mula menceritakan kisahnya :

Aku hidup dalam keadaan sangat dhoif sekali. Kemudian aku meninggalkan kediamanku dan cuba merantau ke tempat lain. Hinggalah aku sampai ke sebuah perigi di tengah-tengah padang pasir. Aku terlalu dahaga dan turun ke dalam perigi tersebut. Semasa aku turun aku dengar suara menjerit dari atas perigi  seolah melarangku dari minum air perigi. Aku naik ke atas perigi tetapi tidak melihat sesiapa pun. Aku turun semula ke dalam perigi dan begitulah kali kedua dan ketiga aku dengar suara menjerit melarang tetapi bila aku naik ke atas perigi aku tidak melihat sesiapa pun berada di atas perigi tersebut.

Kali ketiga aku terus minum air di dalam perigi walaupun ada suara menjerit kepadaku. Kemudian aku mendengar suara itu berdoa : Ya Allah jika sesiapa di bawah perigi ini lelaki engkau jadikan dia perempuan dan jika dia perempuan engkau jadikanlah dia lelaki”.

Akhirnya aku menjadi jin perempuan dan meneruskan perjalananku hingga sampai sebuah bandar. Di sana aku berkahwin dan melahirkan dua orang anak.

Hingga pada suatu hari aku merasa rindu ke pada kampung asalku dan pulang mengikut jalan yang sama. Ketika sampai ke perigi aku pun turun untuk mengambil airnya. Akan tetapi perkara yang sama berlaku. Aku dengar ada seorang menjerit dari atas perigi. Apabila aku naik , tiada siapa di atas perigi itu. Akhirnya kali ketiga aku turun aku terus minum air tanpa mempedulikan amaran suara tadi. Setelah aku minum air perigi, aku dengar ada suara berdoa : Ya Allah jika sesiapadi bawah perigi ini lelaki engkau jadikan dia perempuan dan jika dia perempuan engkau jadikanlah dia lelaki”

Kemudian aku kembali ke tempat asalku dengan jantina asalku iaitu jin lelaki. Di kampungku aku bernikah dan mendapat dua orang anak.

Mendengar kisah jin kelima mereka berkata : "Pelik sungguh kisah kamu dan bolehlah kamu berkongsi dengan kami darah manusia ini”.

Mereka kemudian kembali berbalah tentang manusia tadi hinggalah datang jin yang keenam yang sedang menunggang seekor baghal bersama dengan seorang hambanya yang juga sedang menaiki seekor baghal lain.

Jin keenam berkata : aku ada satu kisah pelik untuk aku ceritakan pada kamu semua. 

Aku sebenarnya adalah anak kepada salah seorang raja jin. Akan tetapi setelah ayahku mati , ibuku telah berlaku curang dengan seorang hambanya. Apabila hambaku yang sedang menaiki baghal ini mengetahui kecurangan ibuku dengan hambanya, ibuku dengan hambanya cuba untuk menyihir aku dan hambaku ini. Akan tetapi kami berjaya membuat helah dan lepas dari sihir. Bahkan ibuku terkena sumpah dan bertukar menjadi baghal yang aku tunggang ini.

Kemudian jin keenam melontarkan soalan kepada baghal yang dinaikinya : Adakah benar kisahku ini?”.

Baghal itu mengangguk kepalanya dan kelihatan air mengalir dari matanya.

“Hamba ibuku pula bertukar kepada baghal yang sedang dinaiki oleh hambaku ini, adakah benar wahai baghal? “ Kata jin keenam sambil menoleh kepada baghal yang dinaiki hambanya.

Bahgal yang dinaiki oleh hamba jin keenam  itu mengangguk sambil bergenangan air matanya.

Setelah itu semakin lama semakin ramai jin-jin lain yang datang dan menceritakan kisah-kisah yang pelik dan akhirnya mereka bersepakat untuk melepaskan Khurafat.

Apabila Khurafat sampai kepada kaumnya dia menceritaka segala-galanya apa yang dialamai dan didengarinya. Aakhirnya tersebarlah kisah-kisah ini dan dikaitkan segala kisah khayalan kepada kisah khurafat.


Aisyah r.a meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Pada suatu malam, Rasullah SAW bercerita kepada isteri-isteri beliau. Seorang dari mereka berkata, 'Cerita itu hanya dongeng (khurafah).' . Maka Rasullah SAW bertanya, 'Tahukah kalian apa itu khurafah? Khurafah adalah seorang laki-laki dari suku Udzrah (suku terkenal di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin hingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia sehingga dia menceritakan kepada orang-orang tentang keanehan-keanehan yang ia lihat di dunia jin. Maka orang-orang kemudian berkata, 'Itu hanya cerita Khurafah'."
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)


sumber: ustfuadosman

Kerinduan Bilal Pada Rasulullah SAW


Bilal bin Rabah r.a merupakan antara sahabat yang rapat dengan baginda Rasulullah saw. Beliau seorang lelaki berkulit hitam, namun hatinya putih dengan wudu’ yang sentiasa dijaga. Semasa Isra’ dan Mikraj juga Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.

Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Beliau pernah menjadi hamba kepada seorang kafir, Umayyah bin Khalaf yang sangat membenci Islam. Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Bilal diterlanjangkan dan dijemur di bawah kepanasan padang pasir. Tak cukup dengan itu, sebiji batu besar di hempap pula ke atas dada Bilal. Namun, apa yang keluar dari mulut beliau pada masa itu hanyalah “ahad, ahad dan ahad”, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.

Abu Bakar As-Siddiq R.A berasa sangat kasihan dengan kezaliman itu telah membeli Bilal dan memerdekakannya. Umayyah telah dibunuh Bilal dalam peperangan Badar. Umayyah terbunuh dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti bilal yang diseksanya dahulu.

Sejak Islam, Bilal terlalu rapat dengan Nabi SAW. Walaupun kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.

Di saat azan disyariatkan, Bilal dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin. Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.

Selepas kewafatan Nabi, Bilal berasa sedih yang teramat sangat sehingga beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila melihat ke Makam nabi, pasti matanya menitiskan air.

Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah dan meminta izin untuk berpindah ke negara lain. Dia tidak sanggup untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.

Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.

Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Dengan kebenaran Umar, dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.

Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.

Sedar dari mimpi, Bilal berasa sangat sedih. Rinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinahuntuk menziarahi makam Nabi SAW untuk menghilangkan rinduannya terhadap Rasulullah SAW.

Sesampai di Madinah, Bilal meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata Bilal menitis.. Dia berjumpa dengan cucu Nabi SAW, Hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.

Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung dan memulakan laungan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan seluruh madinah kaku. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.

Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” keadaan kaku madinah itu telah bertukar dengan tangisan manusia.

Tangisan yang berpunca dari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. Kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.

Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.

Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.

Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.



Penyakit Umat Dahulu Kembali Menyerang



Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah :
Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat dahulu. Sahabat bertanya : “ Wahai Rasulullah! Apakah penyakit umat dahulu itu?”. Lalu nabi menjawab : Terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, saling dengki sehingga timbulnya zalim-menzalimi.

1.Terlalu banyak berseronok
Tak salah untuk kita berseronok...cuma jangan melampau-lampau la. Sekarang ni bleh kita tengok kat mana-mana pun, kat tv..konsert..teater..panggung.. banyak program-program yang menghasilkan rasa seronok yang melebih-lebih. Jadi, memang benar kata Rasulullah saw...

2.Terlalu mewah
Mungkin kita tak perasan. Mungkin kita rasa hidup kita sekarang belum cukup senang.. Sebab ape?? Sebab kita dah biasa dimanjakan dengan kemewahan hidup.. Celik mata dah ada rumah. Nak makan bukak je peti sejuk. Nak mandi pulak masuk bilik air, bukak paip je dah keluar air.. Tak payah nak angkut-angkut air.. Tak perlu nak mengais-ngais cari makanan..

3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
Belajar untuk ape?? Kerja... Kerja untuk apa?? Cari duit.. Duit dan harta dah jadi satu subjek utama untuk kita belajar dan bekerja. Walhal belajar dan kerja tu sendiri boleh jadi satu ibadah kalau niat kita lakukannya untuk dapatkan keredhaan Allah swt. Kalau harta dah jadi subjek utama yang kita kejar, ,maka bila ada apa-apa perkara yang mungkin memerlukan kita untuk korbankan sedikit harta, kita akan jadi berat dan tak ikhlas untuk melakukannya. Jangan jadi Qarun ye..rugi.

4. Tipu menipu dalam merebut harta
Contoh yang paling selalu kita dapat tengok hal ni adalah melalui testimoni-testimoni palsu oleh produk-produk tertentu. Situasi dia macam ni... 
Ameng nak jual ubat putihkan kulit. Dia pun amik gula-gula mentos pastu bungkus cantik-cantik, tulis kat luar bungkusan tu 'Ubat Ajaib Kasi Putih Kulit'. (padahal kalau kulit macam aku ni makan sebakul pun gerenti tak akan putih la..) Si Ameng tadi pun panggil la seorang budak perempuan, nama dia Siti untuk jadi duta produk dia. Siti ni pula lahir-lahir je dah memang putih, bukan sebab makan ubat ajaib tadi.. Tapi demi mempromosikan produk si Ameng, lahirlah testimoni penipu berikut... "Sejak saya menggunakan 'Ubat Ajaib Kasi Putih Kulit' ini, kulit saya kini menjadi cerah dan putih macam liquid paper.." 

5. Saling memarahi
Haa...yang ni memang kene lah dengan orang zaman sekarang. Ramai sangat yang nak jadi actor KL Gengster kononnye.. Pantang laga bahu sikit, dia punya marah macam kawan tu gigit telinga dia.. Kene tenung sikit je tapi dia punya angin macam dah kene sawan labi-labi.. Sabar kawan, marah tu api syaitan.. padamlah dengan wuduk, solat, zikir.. insyaAllah akan tenang..

6. Dengki hingga timbul zalim menzalimi
Tak payah cakap banyak... baca ni.
Dalam satu hadith Qudsi daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah saw, Allah swt berfirman,
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
(hr muslim)


Wallahu'alam...



H7N9 Senjata Biologi AS?



CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 yang telah mengorbankan 18 orang dan 95 kes jangkitan dilaporkan sejak Mac lalu.

"Susulan daripada insiden itu, pegawai tentera tempatan dengan lantang, menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadi dalang melancarkan perang biologi ke atas negara itu.

Menerusi kenyataan dipaparkan laman blog mikro, Sina Weibo dan turut mendapat perhatian media di Asia baru-baru ini, Kolonel Dai Xu mendakwa AS telah menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jason Rebholz menafikan tuduhan itu yang kononnya dianggap sebagai tidak berasas.

Ogos lalu, akhbar Global Times menyiarkan kenyataan beliau menggesa China melancarkan peperangan dengan AS atas tindakan mereka menyokong Jepun bagi menuntut Pulau Senkaku yang menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam kenyataan terbarunya, Xu turut mendakwa Pentagon kini sedang cuba menjalinkan hubungan ketenteraan lebih rapat dengan China.

Selain itu, beliau menyatakan virus H7N9 itu dicipta sebagai senjata biologi sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang dibangunkan oleh AS dan menyerang negara tersebut pada 2003.

“Pada masa itu, AS sedang melakukan pencerobohan di Iraq dan mereka khuatir kami akan menggunakan peluang tersebut untuk mengambil tindakan.

Bertitik-tolak daripada itu, AS bertindak menggunakan senjata biologi untuk menentang China,” katanya.

Beliau turut mendakwa AS mahu menggunakan taktik sama ketika ini dan China sepatutnya berwaspada dan cuba menangani masalah tersebut dengan tenang.

“AS juga telah menggunakan krisis bersama Korea Utara untuk merenggangkan hubungan Beijing dengan sekutunya menerusi tawaran ‘kerjasama’ mereka.

Selain itu, Xu juga mendedahkan teori plot negara Barat untuk mengancam pihak lain dengan cara mendedahkan maklumat yang diperoleh bertujuan untuk menjejaskan reputasi sesebuah negara.

Kenyataan lantang Xu tersebut mendapat maklum balas negatif banyak pihak dan sehari selepas itu beliau sekali lagi mengemas kini status dengan mendakwa sekumpulan individu di China telah disuntik dengan ‘toksin mental’ oleh AS berikutan pendirian mereka yang terus menyokong kuasa besar terbabit.

Sementara itu, penganalisis memaklumkan lebih 945,600 pengguna blog mikro memperkatakan mengenai isu penularan H7N9 tersebut antara 8 dan 9 April lalu.

Sejak ia mula tersebar secara meluas di media, antara 1.3 dan tiga juta pengguna Sina Weibo dan QQ Weibo mengemas kini status mereka, selain memberi maklumat terkini berhubung kes tersebut.

Puluhan ribu pengguna turut menyatakan keraguan mereka terhadap pegawai perbandaran Shanghai yang menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden  khinzir ditemui mati terapung di Sungai Huangpu, bulan lalu.

Susulan daripada itu, ada spekulasi yang mendakwa kematian misteri lebih 16,000 khinzir di sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Shanghai tersebut mencetuskan penyebaran virus pembawa maut terbabit.

Menurut khabar angin, seorang daripada mangsa yang dijangkiti H7N9 itu adalah penyembelih khinzir.

Selesema burung itu dikatakan sama seperti wabak sebelum tetapi dengan perbezaan ketara; virus terbaru  menyebabkan sukar mengenal pasti haiwan ternakan yang dijangkiti kerana ia tidak membunuh haiwan tersebut.  

Difahamkan, China mengesahkan kes pertama jangkitan H7N9 kepada WHO pada 31 Mac lalu dan pihak berkuasa dipercayai mengambil masa 20 hari untuk membuat pengumuman itu

Menjelang 5 April, sebanyak 14 kes dilaporkan dan enam daripadanya membawa maut.

Pada masa ini, virus H7N9 tersebut  telah tersebar ke banyak kawasan termasuk di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Walaupun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia tidak boleh disebarkan oleh manusia, namun banyak pihak khuatir jika virus itu mengalami mutasi yang akan menyebabkan ia menjadi lebih berbahaya.

Pihak berkuasa China juga cuba untuk meredakan kebimbangan penduduk dengan meyakinkan kepada mereka bahawa tiada bukti menunjukkan manusia boleh menjadi penyebar virus tersebut melainkan jika mereka terdedah dengan haiwan ternakan atau burung yang dijangkiti H7N9.

Difahamkan, sampel virus itu telah dihantar ke makmal di beberapa negara termasuk Netherlands dan Britain bertujuan untuk penyelidikan bagi menghasilkan vaksin yang sesuai.



sumber: sinar harian

Ada Apa Dengan Melayu?


Melayu.. Bangsa Melayu.. Ketuanan Melayu.. Takkan Melayu hilang di dunia.. Semua ni ungkapan yang biasa kita dengar bila kita cerita tentang 'MELAYU'. Apa tu 'MELAYU'? Dalam perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:


1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.


Maksudnya sapa-sapa pun (walaupun bangsa asalnya cina, india atau lain-lain) yang beragama Islam, bertutur bahasa melayu, mengamalkan adat melayu dan dia lahir sebelum 31 Ogos 1957 adalah seorang Melayu. 

Betul..Dulu nenek-moyang kita memang hebat.. Tapi.. apa yang ada pada Melayu kini? 

Rogol, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah.. bangsa apa yang paling ramai?? MELAYU... Jadi, apa yang ada pada Melayu??

Percayalah.. Tiada satu bangsa pun yang lebih mulia dari bangsa lain. Yang membuat sesorang itu mulia hanyalah agamanya. Orang melayu patut bersyukur sebab bangsa kita ni sangat sinonim dengan agama Islam.. Celik mata terus diazankan.. Daftar surat beranak tulis Islam.. Buat mykad agama tulis Islam..  Tapi cukup Islam kah orang melayu ni..??

Aku sendiri lahir sebagai orang melayu, tapi aku tak anggap bangsa aku ni lebih mulia dari bangsa cina, india, dusun dll.. Kenapa? Sebabnya ramai orang melayu yang kononnya Islam tetapi diorang sendiri yang menjatuhkan maruah agama yang kita semua imani, Islam. Tak kira la rakyat, bahkan para pemimpin masyarakat sendiri samaada menteri, raja, kerabat-kerabat diraja pon sama jugak.. arak, zina, maksiat dah jadi darah daging masing-masing.. Moden kononya..Puih!!


Rasulullah saw sendiri melarang asabiyah sebagaimana sabdanya: 

Bukan dari golongan kami orang yang mengajak kepada asabiyah. Bukan daripada golongan kami orang yang berperang atas asabiyah. Dan bukan dari golongan kami orang yang mati atas asabiyah
( Riwayat Abu Daud )


Tak salah kita nak cinta pada bangsa kita, tapi biarlah berpada-pada.. Jangan sampai bangsa tu mendahului agama. Kata 'Biar mati anak, jangan mati adat' ada baiknya kita ganti dengan 'Biar mati adat, jangan mati iman'. Biarlah cinta kita pada Melayu ni betul-betul menjadikan bangsa kita sebagai bangsa yang Islamik. Dalam hadis yang lain yang aku jumpa:


"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)



Takkan Islam Hilang Di Dunia!!!


Panduan Solat Jamak Dan Qasar


Islam memberi kemudahan kepada orang mukmin meringkas atau memendek solat dalam pelayaran,ketika sakit,dalam peperangan atau lain-lain keadaan darurat . Dalam istilah fiqh solat seperti ini dipanggil "Solat Qasar". 

Kemudahan lain mengenai kewajipan solat dalam keadaan-keadaan tertentu ialah mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu, dipanggil "Solat Jamak" 


Solat Qasar 

Kemudahan mengqasar solat bagi para musafir di sebut dalam al-Quran ayat 101 Surah An-Nisa : 


Beberapa Hadis Rasullulah saw dan para sahabat juga menjelaskan antara lain : 


Saidina Umar Al Khattab berkata : 
"Solat Jumaat dua rakaat dan solat musafir dua rakaat , sempurna bukan qasar . Demikian diperintah oleh Allah atas lidah Nabi-Mu" (Riwayat An-Nasaai) 


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Yazir , katanya : 
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang qasar solat , maka Anas menerangkan : "Adalah Nabi saw apabila pergi 3 batu atau satu farsakh nescaya baginda solat 2 rakaat (qasar solatnya) . 

Dalam riwayat lain yang disebut oleh Ibnu Umar : 
"Walaupun jika saya safar satu batu saya akan qasarkan solat" 

Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata : 
"Ketika Rasullulah saw menakluk kota Makkah , baginda tinggal di sana 19 hari , dan selama itu baginda solat 2 rakaat."

Daripada beberapa riwayat di atas orang ulama termasuk Ibnu Hazam berpendapat bahawa perjalanan yang paling dekat boleh dinamakan safar iaitu perjalanan sejauh 1 batu  (lebih kurang 1.8km) 

Namun para ulama lain menjelaskan bahawa untuk lebih selamat , perjalanan yang paling dekat dipanggil safar iaitu 3 farsakh atau kira-kira 3 batu (5.4km). 

Sebahagian ulama lain berkata perjalanan yang paling pendek boleh dipanggil safar iaitu sejauh 2 marhalah atau 3 marhalah atau jarak berjalan kaki sehari malam. 

Dari pendapat ulama yang terakhir ini, maka perjalanan yang boleh dipanggil safar ialah sejauh 80.6km yang menyamai kira-kira 50 batu walaupun jarak safar yang paling pendek menurut para sahabat hanya 3 batu atau 4.8km sahaja. 

Lain-lain syarat yang membolehkan solat qasar dalam safar ialah ; 
1- Tujuan perjalanan bukan kerana maksiat. 
2- Solat yang dikerjakan ialah solat tunai bukan solat qada'
3- Niat qasar hendaklah ketika takbiratul ihram. 
4- Dibolehkan qasar solat 4 rakaat iaitu zohor,asar dan isyak. Solat subuh dan maghrib tidak boleh qasar. 


Solat Jamak

Kemudahan solat, dengan menggumpulkan 2 solat dalam satu waktu (solat jamak dan qasar) juga berdasarkan Hadis dan Sunnah Rasullulah saw.

Menurut satu riwayat dari Anas menerusi Bukhari dan Muslim: 
"Dari Anas, katanya: Rasullulah saw apabila berangkat dalam perjalanan sebelum waktu zohor ke waktu Asar, kemudian baginda
berhenti dan jamakkan (zohor dengan asar).Jika telah masuk waktu zohor sebelum berangkat baginda solat zohor dahulu."

Dalam riwayat lain dari Muaz menerusi Imam Tirmizi dan Abu Daud disebut bahawa dalam peperangan Tabuk Rasullulah saw mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor. Baginda juga mentakhirkan solat zohor dengan asar pada waktu asar. 
Apabila baginda solat maghrib pada waktu maghrib, baginda sertakan solat isyak bersama solat maghrib . Dan apabila baginda takhirkan Maghrib pada waktu isyak bersama maghrib. 

Ibnu Abbas ra meriwayatkan menerusi Bukhari: 
"Rasullulah saw sering menjamak zuhor dan asar apabila baginda dalam pelayaran. Begitu juga, diantara Maghrib dan Isyak." 

Dalam hadis tadi jelaslah bahawa solat jamak boleh dibahagikan kepada 2 iaitu: 

1- Jamak taqdim (didahulukan) 
2- Jamak takhir (dikemudiankan) 


Lebih jelas lagi , jamak taqdim ialah mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor, dan solat maghrib bersama isyak pada waktu maghrib. 

Solat jamak takhir pula ialah mengerjakan solat isyak bersama maghrib pada waktu isyak.

*solat subuh (2 rakaat) tidak boleh dijamakkan samada jamak takdim atau jamak takhir. 


Syarat-syarat lain tentang solat jamak taqdim ialah : 

1. Hendaklah dimulai dengan solat pertama; iaitu zohor diikuti solat Asar atau Maghrib diikuti dengan isyak.
2. Berniat jamak ketika takbiratul ikram. 
3. Berturut-turut seolah-olah kedua-dua solat itu adalah satu solat sahaja. 

*Jika seorang musalli yang mengerjakan solat jamak dan qasar , hendaklah disertakan juga niat solat qasar dan jamak ketika takbiratul ikram. 


Bagaimanapun sebahagian ulama termasuk Ibnu Taimiyah berpendapat niat jamak dan qasar tidak perlu dalam solat yang diqasarkan sepanjang pelayaran, kerana rasullulah saw ketika dalam pelayaran telah mengerjakan solat jamak dan qasar tanpa menyuruh para sahabatnya berniat jamak dan qasar. 

Dalam kata lain, menurut mereka solat jamak dan qasar dalam pelayaran adalah satu rukhsah atau kemudahan tabi'in bagi para musafir dan mereka tidak perlu berniat untuk menjamak dan menqasarkan solat mereka ketika takbiratul ikram. 

Sebahagian mereka juga berkata , syarat berturut-turut (mualat) dalam solat jamak juga tidak perlu kerana syarat itu menghilangkan sifat rukhsahnya. 

Dalam sebahagian kitab fikh, solat jamak dibolehkan dalam beberapa keadaan : 

1- Ketika berada di Arafah dan Muzdalifah. 
2- Safar dalam pelayaran. 
3- Kerana hujan lebat
4- Kerana sakit atau uzur 
5- Kerana hajat.

Niat Solat Jamak dan Qasar

1-Contoh Niat Qasar Zohor (dipendekkan)

"Sahaja aku solat fardu zuhor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

2-Contoh Niat Jamak Maghrib di dalam waktu isyak (jamak takhir)
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamak dengan isyak kerana Allah Taala"

Sumber ; 

Petikan "Buku Solat Rasullulah" 
Halaman 100-110
Mustafa Suhaimi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...