Kisah Aku Dan Guru Pesantren

Hari: Jumaat
Masa: Selepas solat jumaat
Lokasi: Masjid


Khutbah hari ini tentang hijrah dan pembangunan umah menjelaskan tentang pentingnya umat islam untuk berhijrah dari satu perkara ke perkara yang lebih baik lagi...Namun bukan itu cerita yang aku nak kongsikan hari ini tapi kisah aku dengan seorang tenaga pengajar dari pesantren di Indonesia.(katanya).



Semua bermula apabila mata aku terpandang sesuatu yang aneh waktu aku bangkit dari sujud untuk duduk di antara dua sujud ketika solat jumaat tadi.(kiranya solat aku jadi tak berapa khusyu' la....) Seorang pakcik yang solat di depan saf aku masih lagi bersujud tetapi kaki beliau aku lihat seolah-olah tergantung dan tidak langsung mencecah karpet masjid yang lembut dan cantik itu. 



Dalil hadith: 

dari Ibn Abbas ra: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud, di atas dahi (Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki,” 
(HR Bukhari dan Muslim)


Wajib dibengkokkan jari kaki, minima satu jari wajib dibengkokkan menurut Jumhur fuqaha.



Rakaat yang kedua bermula tapi aku masih lagi tidak puas hati dengan apa yang aku lihat tadi. Selepas saja tuan imam sujud, aku lambatkan sujud aku untuk melihat bagi memastikan yang kaki pakcik tadi memang tergantung atau tidak. Dan apa yang aku rasa tadi memang betul kerana kakinya langsung tidak mencecah lantai hatta sebatang jari sekalipun. Ah..mungkin dia sakit kaki kot. Tapi kalau tidak, terbatallah solat dia.

Salam diberi..Doa di baca...Tapi aku masih lagi serba salah antara untuk menegur pakcik tadi atau biarkan saja dia. Atau mungkin saja beliau memegang fahaman dari mazhab Maliki yang mewajibkan dahi sahaja sebagai anggota sujud. Tapi jika tidak, aku rasa sudah menjadi kewajipan aku untuk menegur beliau sebagai saudara seagama. (kalau tidak, sia-sia saja solat aku jadi tak khusyu' tadi)

Dengan perlahan, aku hulurkan tangan aku sambil memberi salam kepada pakcik tadi. 

"Pakcik sakit kaki ke?" tanya aku.

"Tidaklah..."jawabnya pantas.

"Maaf ye pakcik, tapi mata saya terpandang yang kaki pakcik tergantung waktu sujud  tadi. Saya rasa anggota sujud termasuk tapak kaki kan?" tanya aku lembut dan perlahan.

"Hahaha.. Kamu tinggal mana?" pakcik tadi membalas tanpa menjawab soalanku tadi.

"Saya tinggal dekat-dekat sini je.. Pakcik tinggal mana?"tanya aku lagi.

"Tidak apa..saya nak pergi kem lepas ni ( mungkin kem tentera berdekatan) Saya ni dari pesantren di Indonesia. Tenaga pengajar dari pesantren di Indonesia." ujar pakcik tadi kepada aku lalu dia pun beredar meninggalkan aku  dengan salam.

Mungkin dia tidak dapat menerima teguran dari aku tadi. Teguran dari anak muda yang mentah sedangkan beliau pula merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah pesantren di Indonesia.

Namun, aku tetap dengan pegangan aku..."Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.."




Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian

Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh

Dan berpesan-pesan pada kebaikan

Dan berpesan-pesan pada kesabaran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget