Syahid Jalan ke Syurga



Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Daripada Jabir RA katanya, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW pada hari Uhud, katakan kepadaku, kalau aku terbunuh (dalam peperangan ini), di mana aku? “Jawab baginda, “di syurga”, lalu lelaki itu segera meletakkan beberapa biji tamar yang ada di tangannya, kemudian dia berperang sehingga mati terbunuh.

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang benar niatnya untuk mati syahid akan diperkenankan Allah dengan menghasilkan apa yang diniatnya.
  2. Orang Mukmin hendaklah bersegera melakukan kebajikan.
  3. Seseorang yang mati di dalam peperangan kerana menegakkan agama Allah dia adalah mati syahid dan balasannya ialah syurga.
  4. Sesuatu perkara hendaklah dirujukkan kepada orang yang arif dan ahli mengenainya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...