Binaan Kubur Haram


Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah  yang bermesyuarat pada 25 Mei 2010 telah memutuskan bahawa tetap berpegang dengan keputusan yang telah dibuat pada 26 Mei 1976 berkaitan hukum membuat binaan di atas  kubur iaitu:

1. Harus

Hukum membuat sebarang binaan di atas kubur adalah harus dengan syarat ianya bagi menyelamatkan kubur daripada kejadian tanah runtuh ataupun kerana mengelak digali binatang buas (kubur berdekatan habitat binatang buas)

2. Makruh

Makruh hukumnya jika binaan dibuat di atas kubur dengan syarat binaan itu dibina oleh pemilik tanah berkenaan.(Tanah kubur adalah milik persendirian)

3. Haram


Haram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan selepas hancurnya mayat meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...