Jin, syaitan dan
iblis adalah makhluk ciptaan Allah swt yang telah dicipta sebelum manusia. Ia
dicipta daripada api seperti termaktub dalam al-Quran melalui firman bermaksud:
"Dan Dia menciptakan jin dari api." (Surah ar-Rahman, ayat 15).
Iblis pula telah memainkan watak yang amat penting sejak awal kewujudan manusia bagi menyesatkan dan menjahanamkan akidah kita. Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk
mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." (Sad:81).
Kebanyakan ulama tafsir menyatakan iblis adalah bapa kepada semua jin dan syaitan. Ia juga terdiri daripada yang beriman dan kafir. Ia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia. Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncunya dapat melihat kamu
sedangkan kamu tidak dapat melihat mereka." (al-A'raf:27).
Iblis dan syaitan berasal daripada jin yang bernama Azazil yang ingkar pada perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam. Dikatakan juga bahawa Jin Afrit adalah yang paling aktif dan cerdik seperti sejarah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis dari Yaman.
Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud:
"Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa
benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai."
(Hadis riwayat Hakim dengan sanad
sahih).
Walaupun demikian,
terdapat satu lagi golongan yang termasuk dalam kategori syaitan. Mereka ialah
manusia yang berada dalam keadaan kufur dan dusta seperti dalam ayat :
Dan demikianlah Kami jadikan bagi
tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya
membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah
susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah
mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka
ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
(Al-An'aam:112)
Antara peranan
jahat syaitan ialah:
* Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu." (Surah Al-Maidah, ayat 91).
* Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."
* Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).
* Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).
* Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: "Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).
* Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
* Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
* Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya." (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
* Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: "Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).
Justeru, sesiapa yang ingkar mengenai kewujudan jin dan keturunannya adalah kafir kerana menolak apa yang terdapat dalam al-Quran daripada nas yang jelas.

No comments:
Post a Comment