Israel Resah di Sebalik Konflik

Visual-visual pembantaian Israel ke atas bumi Gaza terus tersebar ke seluruh dunia. Pembunuhan beramai- ramai ini berlaku setelah Israel membunuh pemimpin tertinggi tentera Hamas iaitu Ahmad al Jaabari di Gaza pada Rabu 14 November 2012 yang lepas.

Jabaari adalah ketua Izz el-Deen Al Qassam, iaitu sayap ketenteraan Hamas. Kejadian ini telah menamatkan gencatan senjata yang telah ditaja oleh Mesir diantara Hamas dan Israel yang baru sahaja dicapai pada  minggu sebelumnya. Kerajaan Israel menyatakan bahawa pembunuhan dan kempen pengeboman adalah respon kepada roket yang telah dilancarkan oleh Hamas. Pengeboman yang terus menerus yang dinamakan “Operation Pillar of Cloud” yang melibatkan  jet F-16, helikopter Apache dan UAV menggegarkan Gaza. Manakala tentera laut Israel  membedil rakyat awam dari perairan Gaza.

Israel telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza sejak tahun 2006 apabila Israel mengundurkan semua penempatan haramnya di Semenanjung Gaza. Sejak itu, Israel telah menetapkan sekatan ke atas bahan binaan, bekalan makanan dan perubatan sehingga menjadikan Gaza seperti sebuah “penjara terbuka”. Semenjak “Operation Cast Lead” pada tahun 2008 yang menyaksikan lebih 700 kaum muslimin terkorban, Israel tidak pernah menghentikan sekatan ekonomi sehinggalah ke hari ini. Jadi, mengapa Israel mesti menganggap Gaza sebagai ancaman yang besar sehingga melancarkan serangan yang dahsyat? Serangan-serangan ini sebenarnya adalah petanda kepada kelemahan serta rasa tidak selamat mereka.

Kebangkitan Arab telah menghapuskan pelan yang telah lama melindungi dan menjaga kewujudan Israel. Pemimpin Mesir sebelum ini yang silih berganti bertindak sebagai barisan pertama yang mempertahankan Israel dan memudarkan cita- cita umat untuk membebaskan Al Quds dengan memastikan tiada serangan langsung ke atas Israel. Pemimpin-pemimpin ini juga memastikan tentera Mesir kekal di kem- kem tentera tetapi mereka bertugas mengintip rakyatnya sendiri. Setelah umat turun dijalanan untuk menggulingkan pemerintah mereka, pemimpin Israel terpaku dengan apa yang berlaku setelah pencerobohan yang mereka lakukan ke atas umat selama berdekad di rantau tersebut. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan kebimbangannya semasa beliau melancarkan kajian terhadap strategi pertahanan Israel. “Kita mesti bersedia untuk segala perubahan ancaman yang ditujukan ke atas negara Israel. Kita mesti memandangnya dengan melihat bahawa keselamatan yang kita nikmati selama tiga setengah tahun yang lepas terus mengalami perubahan” 

Israel sentiasa menjadikan agenda pertahanan negara sebagai satu-satunya perkara yang paling penting berbanding hal-hal lain- iaitu untuk memastikan  negara Israel terus wujud. Israel sebenarnya hanyalah sebuah negara yang sangat kecil yang tidak memiliki kedudukan stretegik. Jet pejuang biasa mampu terbang melintasi ruang udara Israel (dengan jarak 40 batu nautika daripada Sungai Jordan ke Laut Mediterranean) dalam masa empat minit. Mereka juga tidak mampu untuk mengumpulkan kekuatan tentera yang ramai kerana populasinya yang sedikit dan hanya bergantung kepada tentera simpanan. Populasi Israel yang sedikit juga telah meningkatkan kebimbangan mereka akan kehilangan rakyat dan tentera. Untuk menyokong kelemahan ini, Israel terus cuba mengekalkan tahap kesiap-siagaannya serta sifatnya yang agresif. Pasukan Pertahanan Israel – IDF, menopang kekurangan jumlah tenteranya dengan meningkatkan kehebatan senjata dan kemampuannya untuk menggerakkan tentera dengan pantas serta khidmat perisikan yang cekap. Realiti Israel pada hari in ialah, mereka boleh sahaja di serang, di serang hendap atau dijajah oleh penduduk yang berjumlah 250 juta di rantau itu pada bila- bila masa sahaja.

Di awal penubuhannya, jumlah rakyat Israel sangat kecil berbanding dengan negara-negara Islam di sekelilingnya. Jadi, ia perlu bergantung kepada penghijrahan orang-orang Yahudi ke dalamnya. Sebagai permulaan, Yahudi Eropah berhijrah ke Israel setelah peristiwa Holocaust. Sepanjang 1960-an, ramai Yahudi daripada Soviet Union telah berhijrah ke Israel disusuli pelbagai Yahudi lain daripada Ethiopia antara 1980-an dan 1990-an. Perkembangan ini memastikan populasi Israel berkembang secara konsisten. Walaubagaimanapun, di dalam dekad yang terakhir ini, sekurang- kurangnya 50 000 penduduk Israel telah memohon kewarganegaraan EU. Malah, seramai suku juta telah mendapat passport kedua mereka. Ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara lain di dunia di mana terdapat peratusan besar imigran yang baru, telah bersedia untuk meninggalkan negara tempat mereka berhijrah. Ini semua adalah disebabkan kebimbangan akan keselamatan mereka, jumlah rakyat Israel yang hendak meninggalkan Isreal ke Eropah dan AS adalah lebih ramai berbanding sebaliknya.

Dengan fakta-fakta di rantau tersebut yang tidak berpihak kepada Israel, maka terpulanglah kepada kepimpinan baru Mesir untuk menggerakkan tenteranya di kawasan tersebut untuk mengakhiri pencerobohan ini. Malah, mana-mana tentera dari negeri kaum Muslimin mampu untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran di Palestin ini. Semua angkatan tentera di dunia Arab mesti berdiri teguh dan sedar bahawa tugas mereka adalah untuk Allah S.W.T dalam menyelamatkan nyawa kaum muslimin di Palestin. Ini bukannya masa lagi untuk mengadakan mesyuarat, persidangan dan genjatan senjata, kerana Israel akan terus menumpahkan darah kaum muslimin dan Allah telah memerintahkan jihad sebagai penyelesaian untuk membalas tindakan pengecut mereka itu. Tentera sepatutnya menyahut seruan Allah apabila ia berfirman:

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar
 [An-Nisaa, 4:95]



HTM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...