Penyakit Umat Dahulu Kembali Menyerang



Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah :
Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat dahulu. Sahabat bertanya : “ Wahai Rasulullah! Apakah penyakit umat dahulu itu?”. Lalu nabi menjawab : Terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, saling dengki sehingga timbulnya zalim-menzalimi.

1.Terlalu banyak berseronok
Tak salah untuk kita berseronok...cuma jangan melampau-lampau la. Sekarang ni bleh kita tengok kat mana-mana pun, kat tv..konsert..teater..panggung.. banyak program-program yang menghasilkan rasa seronok yang melebih-lebih. Jadi, memang benar kata Rasulullah saw...

2.Terlalu mewah
Mungkin kita tak perasan. Mungkin kita rasa hidup kita sekarang belum cukup senang.. Sebab ape?? Sebab kita dah biasa dimanjakan dengan kemewahan hidup.. Celik mata dah ada rumah. Nak makan bukak je peti sejuk. Nak mandi pulak masuk bilik air, bukak paip je dah keluar air.. Tak payah nak angkut-angkut air.. Tak perlu nak mengais-ngais cari makanan..

3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
Belajar untuk ape?? Kerja... Kerja untuk apa?? Cari duit.. Duit dan harta dah jadi satu subjek utama untuk kita belajar dan bekerja. Walhal belajar dan kerja tu sendiri boleh jadi satu ibadah kalau niat kita lakukannya untuk dapatkan keredhaan Allah swt. Kalau harta dah jadi subjek utama yang kita kejar, ,maka bila ada apa-apa perkara yang mungkin memerlukan kita untuk korbankan sedikit harta, kita akan jadi berat dan tak ikhlas untuk melakukannya. Jangan jadi Qarun ye..rugi.

4. Tipu menipu dalam merebut harta
Contoh yang paling selalu kita dapat tengok hal ni adalah melalui testimoni-testimoni palsu oleh produk-produk tertentu. Situasi dia macam ni... 
Ameng nak jual ubat putihkan kulit. Dia pun amik gula-gula mentos pastu bungkus cantik-cantik, tulis kat luar bungkusan tu 'Ubat Ajaib Kasi Putih Kulit'. (padahal kalau kulit macam aku ni makan sebakul pun gerenti tak akan putih la..) Si Ameng tadi pun panggil la seorang budak perempuan, nama dia Siti untuk jadi duta produk dia. Siti ni pula lahir-lahir je dah memang putih, bukan sebab makan ubat ajaib tadi.. Tapi demi mempromosikan produk si Ameng, lahirlah testimoni penipu berikut... "Sejak saya menggunakan 'Ubat Ajaib Kasi Putih Kulit' ini, kulit saya kini menjadi cerah dan putih macam liquid paper.." 

5. Saling memarahi
Haa...yang ni memang kene lah dengan orang zaman sekarang. Ramai sangat yang nak jadi actor KL Gengster kononnye.. Pantang laga bahu sikit, dia punya marah macam kawan tu gigit telinga dia.. Kene tenung sikit je tapi dia punya angin macam dah kene sawan labi-labi.. Sabar kawan, marah tu api syaitan.. padamlah dengan wuduk, solat, zikir.. insyaAllah akan tenang..

6. Dengki hingga timbul zalim menzalimi
Tak payah cakap banyak... baca ni.
Dalam satu hadith Qudsi daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah saw, Allah swt berfirman,
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
(hr muslim)


Wallahu'alam...



3 comments:

  1. Samalah jugak dgr ceramah ustaz sebab sonok nk dengarv ust melawak, memaki org. Pastu tny soklan yg ngarut.
    Ulamak pun byk buat lawak dr smpaikan ilmu.
    Dulu zaman nabi, menangis2 nak dekatkan diri dengan Allah. Skrg, bg alasan knon crmh lawak nak tarik audiens. Phui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lawak tu cara diorang nak tarik perhatian orang yang jauh dari agama..bagi kita yang betul-betul nak belajar, lebih baik cari majlis yang serius dan kurang gelak ketawa. Bab maki-memaki ni pulak memang amalan jahiliyah la,xbleh nak ckap apa-apa dh..

      Delete
  2. Dalam mencari maklumat di internet, banyak yang menyimpang dari
    isu sebenar... tahniah kepada admin... pos awak memang menarik dengan
    idea yang tulin... tahniah sekali lagi..

    my page ... Buat Duit Di Rumah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget