Ada Apa Dengan Melayu?


Melayu.. Bangsa Melayu.. Ketuanan Melayu.. Takkan Melayu hilang di dunia.. Semua ni ungkapan yang biasa kita dengar bila kita cerita tentang 'MELAYU'. Apa tu 'MELAYU'? Dalam perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:


1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.


Maksudnya sapa-sapa pun (walaupun bangsa asalnya cina, india atau lain-lain) yang beragama Islam, bertutur bahasa melayu, mengamalkan adat melayu dan dia lahir sebelum 31 Ogos 1957 adalah seorang Melayu. 

Betul..Dulu nenek-moyang kita memang hebat.. Tapi.. apa yang ada pada Melayu kini? 

Rogol, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah.. bangsa apa yang paling ramai?? MELAYU... Jadi, apa yang ada pada Melayu??

Percayalah.. Tiada satu bangsa pun yang lebih mulia dari bangsa lain. Yang membuat sesorang itu mulia hanyalah agamanya. Orang melayu patut bersyukur sebab bangsa kita ni sangat sinonim dengan agama Islam.. Celik mata terus diazankan.. Daftar surat beranak tulis Islam.. Buat mykad agama tulis Islam..  Tapi cukup Islam kah orang melayu ni..??

Aku sendiri lahir sebagai orang melayu, tapi aku tak anggap bangsa aku ni lebih mulia dari bangsa cina, india, dusun dll.. Kenapa? Sebabnya ramai orang melayu yang kononnya Islam tetapi diorang sendiri yang menjatuhkan maruah agama yang kita semua imani, Islam. Tak kira la rakyat, bahkan para pemimpin masyarakat sendiri samaada menteri, raja, kerabat-kerabat diraja pon sama jugak.. arak, zina, maksiat dah jadi darah daging masing-masing.. Moden kononya..Puih!!


Rasulullah saw sendiri melarang asabiyah sebagaimana sabdanya: 

Bukan dari golongan kami orang yang mengajak kepada asabiyah. Bukan daripada golongan kami orang yang berperang atas asabiyah. Dan bukan dari golongan kami orang yang mati atas asabiyah
( Riwayat Abu Daud )


Tak salah kita nak cinta pada bangsa kita, tapi biarlah berpada-pada.. Jangan sampai bangsa tu mendahului agama. Kata 'Biar mati anak, jangan mati adat' ada baiknya kita ganti dengan 'Biar mati adat, jangan mati iman'. Biarlah cinta kita pada Melayu ni betul-betul menjadikan bangsa kita sebagai bangsa yang Islamik. Dalam hadis yang lain yang aku jumpa:


"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)



Takkan Islam Hilang Di Dunia!!!


3 comments:

  1. Membaca satu amalan mulia9 June 2014 at 12:58

    Betul itu. Zaman ini, orang bukan Melayu/Islam sibuk menimba ilmu manakala orang Melayu Islam ini asyik sibuk dengan jenayah seks, maksiat, dadah, rompak dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman saya di PLKN dan di sekolah pun pelajar-pelajar bukan Melayu/Islam gara-gara pelajar cemerlang dan baik adabnya, manakala pelajar Melayu Islam ni ramai juga yang rosak, kaki ponteng, hisap rokok, berzina, kaki buli dan macam-macam lagi masalah disiplin. Apa yang bangga sangat dengan Melayu ni, sampai bangsa lain pun dah jauh mengatasi Melayu ni.

    ReplyDelete
  2. Membaca satu amalan mulia9 June 2014 at 12:58

    Pemimpin-pemimpin Melayu Islam setiap hari asyik laung slogan hidup Melayu, kononnya Melayu ni merempat disebatkan kejayaan bukan Melayu/Islam, padahal geng-geng kroni Melayu Islam mereka sendiri juga yang hidup kaya raya, orang Melayu dibiarkan merempat begitu sahaja. Orang Melayu harus mula berinisiatif untuk nak berjaya dalam hidup, jangan hari-hari duk harapkan suapan kerajaan sahaja. Lihatlah bangsa lain, mereka tidak mempunyai apa-apa hak istimewa malah mengalami macam-macam penindasan tapi tetap berjaya dalam hidup. Orang Melayu kalau nak maju kena mula usaha sendiri. Orang Melayu jugak digesa supaya tidak percaya kepada propaganda-propaganda hidup Melayu semua tu kerana semua tu sekadar politik perkauman murahan pemimpin politik Melayu untuk meraih undi sahaja.

    ReplyDelete
  3. Membaca satu amalan mulia9 June 2014 at 13:02

    Tidak lupa juga buanglah sifat hasad dengki tipikal orang Melayu tu. Tak payah nak iri hati, tak payah nak benci, tak payah nak membuli, sesungguhnya bangsa lain mahupun sesama Melayu sendiri berjaya atas sebab hasil usaha sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget