WAHAI IBU BAPA




WAHAI IBU BAPA... 

Berapa ramai dari kita yang kecewa anak kita dapat kurang 'A' dalam SPM?
Berapa ramai pulak yang kecewa bila anak kurang waktu dalam solat??

Berapa ramai yang sedih bila anak ponteng sekolah?
Berapa ramai pulak yang sedih bila anak ponteng puasa??

Kenapa ramai yang marah kalau anak tak kenal A..B..C.. tak reti membaca?
Tapi kenapa rasa biasa kalau anak tak kenal Quran, tak kenal 'alif' 'ba' 'ta'..


Kalau ibu bapa pun dah tak kisah, dah tak peduli bila anak-anak berani lawan Penciptanya.. Berani ingkar pada  Allah swt.. Maka sedialah kita untuk menerima pembalasan  di akhirat kelak!!!


Allah berfirman yang bermaksud:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” 

(Surah at-Tahrim, ayat 6) 


Imam Qatadah menyatakan ayat itu adalah perintah Allah yang menyuruh golongan bapa mengajak anak, isteri dan seluruh ahli keluarganya supaya melakukan ketaatan kepada Allah serta mencegah mereka melakukan perkara maksiat dan mungkar. 


Ibn Umar berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


 “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.” 
(Hadis riwayat Muslim) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget