Jambatan Menuju Kiamat



Tanda-tanda kiamat ni ada dua macam..yang kecil dan yang besar. Kalau yang tanda kecil kiamat ni bukan lagi banyak, tapi semuanya dah kita lalu.. Senang cerita dah khatam la.... Kalau tak percaya jom kita cek satu-satu antara tanda-tandanya: 


  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba
 Apa macam...Takut ker? atau pun kita sendiri dah rasa terbiasa dengan semua perkara kat atas ni? Kalau semua tanda-tanda kecil kiamat dah pun kita nampak, jadi sekarang tunggu apa lagi ye...

Ada satu lagi tanda kiamat yang boleh kita anggap sebagai penghubung atau jambatan antara tanda-tanda kecil dengan tanda besar kiamat. Jadi dalam masa terdekat ni haruslah kita mempersiapkan umat dan diri kita sendiri khususnya untuk menyambut kedatangan tanda yang ditunggu-tunggu ini iaitu diutuskan pada kita Imam Mahdi. 

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan 
kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Apa yang Rasulullah saw khabarkan telah betul-betul terjadi sekarang.. Orang Parti X tak boleh jumpa orang Parti Y, Parti A tuduh Parti Z kafir, Dato J maki Dato S....haish.. Gempa juga makin kerap kita dengar di media..

Diutuskan Imam Mahdi pada kita nanti bukanlah seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang melainkan hanya untuk menegakkan syahadah dan memastikan undang-undang Allah swt terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini.

Beliau akan memimpin kita dalam memerangi puak-puak kuffar sehinggalah kita bertemu pula dengan satu lagi tanda kiamat besar...iaitu Dajjal si pembawa fitnah besar. Imam Mahdi kemudiannya akan dibantu oleh nabi Isa as untuk melawan fitnah si Dajjal ini dan dengan izin Allah nanti baginda Isa as akan dapat juga membunuhnya.

Wahai saudara/saudari, mari kita mempersiapkan diri kita dalam menyambut kedatangan pembela agama Allah swt ini. Ini kerana bukanlah mudah untuk kita berjuang dalam menegakkan syariat Islam di zaman jahiliyah moden kini melainkan kita akan diuji oleh Allah swt terlebih dahulu.

Yaa Allah...Tetapkan lah iman kami, kuatkan lah hati kami supaya kami sanggup dan dapat kami berada di barisan hadapan tenteraMu nanti ya Allah...Amiin ya Rabb...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget