Thalut, Daud vs Jalut


Thalut adalah raja utusan Allah swt untuk kaum bani israel setelah mereka meminta supaya diberi seorang pemimpin. Tetapi pada mulanya apabila Allah swt melantik Thalut sebagai raja mereka, kebanyakan dari mereka ingkar dan tidak mahu taat kepadanya hanya kerana Thalut ialah seorang yang tidak berharta. Namun Allah swt lebih berhak memuliakan siapa yang dikehendakiNya.

Pada suatu ketika, tanah air kaum bani israel telah ditawan oleh Jalut. Jalut ialah seorang raja kepada puak Balthaha yang amat kejam dan sangat memusuhi bani israel. Mereka mendiami kawasan berdekatan pantai jajahan Rom, diantara Palestin dan Mesir. Mereka menakluk banyak kawasan bani israel dan memperhambakan anak dan isteri mereka.

Raja Thalut dan bala tenteranya bersiap siaga menuju ke medan perang untuk mendapatkan semula tanah air mereka dan menyelamatkan anak-anak serta isteri mereka daripada kekejaman Jalut. 

Sebelum berangkat, Thalut berpesan pada bala tenteranya, 
"Kita akan menyeberangi sebatang sungai pada waktu panas terik nanti. Sesiapa yang benar-benar menjadi bala tenteraku dilarang untuk minum darinya melainkan menceduk-ceduk tangan sahaja. Sesiapa yang ingkar aku tidak mengharapkan apa-apa hasilpun dari mereka didalam peperangan yang kita lalui ini."

Setibanya di sungai yang disebut tadi, Thalut memerhatikan bala tenteranya. Ramai diantara mereka yang ingkar dan tidak patuh pada arahan raja mereka. Hanya sedikit sahaja yang patuh pada arahan Thalut dan hal ini membuatkannya sebagai pemimpin berasa khuatir akan sikap mereka. Namun, Thalut meneruskan perjalanan bersama bala tenteranya menuju ke medan perang sehinggalah berlaku pertempuan antara mereka dengan tentera Jalut.

Peperangan yang dihadapi dirasakan amat sukar dan payah. Tentera Thalut berpecah menjadi dua golongan..golangan yang patuh dan yang ingkar tadi. Golongan yang ingkar tadi kelihatan amat lemah, berputus asa dan sering mengeluh. Sementara itu, golongan yang patuh tetap bersemangat dan gagah kerana mereka tahu bahawa Allah swt pasti akan membantu mereka untuk menang dalam peperangan tersebut walaupun jumlah mereka yang amat sedikit berbanding tentera Jalut yang jauh lebih ramai.

Berita tentang kesukaran ini sampai ke pengetahuan seluruh bani israel. Seorang lelaki tua telah menghantar tiga orang anaknya termasuk Daud yang masih berumur sembilan tahun. Tetapi Daud tidak dibenarkan berperang kerana usianya yang terlalu muda namun, dia tetap mahu turut serta bejuang bersama mereka.

"Kau masih kecil wahai Daud."kata Thalut.

"Janganlah membandingkan besar atau kecil seseorang. Sekalipun aku masih kecil, tetapi aku suah cukup kuat untuk berperang. Pernah seekor singa hendak menyerang kambing kami dan aku telah mengalahkannya." balas Daud.

Akhirnya Daud telah dibenarkan untuk turut berperang dan dia diberi tombak dan lembing. Oleh kerana dia terlalu kecil, Daud hanta membawa beberapa biji batu dan seutas tali sahaja. Raja Thalut berasa pelik dan menanyakan tentang batu dan tali itu.

"Tuhan telah melindungiku daripada singa dengan tali dan batu. Dia juga akan menolongku dalam peperangan dengan ini."jawab Daud.

Di medan peperangan, Daud telah  berhadapan dengan Jalut. Jalut ingin menyerang nya tetapi Daud terlebih dahulu bertinak melontarkan batu kepada Jalut menggunakan talinya. Batu itu tepat mengenai kepala Jalut dan dia pun rabah lalu mati.

Melihat perkara itu, tentera Jalut menjadi huru-hara dan berpecah. Tentera Thalut terus menyerang mereka dan akhirnya memenangi peperangan tersebut. Keberanian Nabi Daud a.s memang telah ada pada baginda sejak kecil lagi. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud a.s telah dilantik sebagai raja dan peminpin kepada bani israel.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget