Dari Bonda..


Dari bonda...

Hari ini bila kita nak mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yg kita suka. Selepas itu kita ke almari dan pilih baju apa yg kita nak pakai dan apa warna yg kita suka.

Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yg kita kita mahu. Apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
Selepas sembahyang kita boleh pergi kemana sahaja kita nak pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

TETAPI... Suatu hari nanti...
Kita x mampu nak mandi dan kita akan dimandikan..

Kita dah x boleh pakai pakaian yg kita suka KECUALI kain kapan yg berwarna putih..

Tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...

Dan di waktu itu bukan kita sendiri nak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...

Selepas disembahyangkan, kita dah x boleh pergi mana2 KECUALI kita akan diusung ke rumah yg kekal abadi utk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

Diwaktu itu barulah kita tahu dan sedar bahawa apa yg ada selama ni adalah bersifat sementara dan kita baru sedar yg kita selama ini terpadaya dgn keindahan DUNIA.

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 

(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".

~Surah Al-'Asr.

P/s : silakan share kepada saudara se-ISLAM kita ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...