Pelik Tapi Benar!!


Al kisah... sekarang kecoh satu Malaya tentang satu video perempuan yang beraya dengan anjing. Bila nampak video tentang perempuan yang bagi anjing makan..cuci kaki anjing.. semua orang sibuk nak share sambil buat tajuk "Wanita Hina Islam". Tak kisah lah siapa-siapa pun..baik yang tak pernah cerita pasal agama pun boleh transform menjadi alim ulama untuk mengulas pasal tentang video tersebut.



Yang buat aku musykil.................................satu video perempuan pegang anjing yang belum tentu haram habis di kutuk-kutuk, report sana, report sini, sampailah perempuan tu kena tangkap (kena faham ye..hukum pegang anjing bukan haram walau pun sifatnya najis) yang konfem haram macam iklan syampu, iklan kurus tayang perut, iklan raya (belakon bapak peluk anak, anak peluk mak), filem-filem, drama-drama dan banyak lagi lah. Tapi tiada pula pihak yang nak buat report tentang diorang, tiada juga orang yang nak sibuk sembang tentang halal haramnya. Yang ada hanyalah komen-komen yang baik-baik belaka, "Hensemnye Harun Hazim.." "Sweetnya Liza Surisuri.."  

Aduh, pening...... Sedarlah saudaraku, bukan orang yang merosakkan agama kita melainkan diri kita sendiri. Jangan sibuk tuding jari pada perkara yang belum pasti halal haramnya tapi betulkan dulu dan laksanakan dulu kewajipan yang dituntut pada kita. Macam mana kita nak sebarkan Islam jika Islam tiada pada diri?? 

Kita marah orang bagi anjing makan, tapi kita sedar atau tidak apa yang dia buat tu adalah sedekah? Salah kah dia cuba untuk menjaga kebersihan dengan mencuci kaki makhluk Allah tu..cuma ada sedikit kesilapan dalam pendekatan yang dia guna mungkin disebabkan dangkalnya ilmu agama dia. Tapi apa yang lebih baik untuk kita lakukan adalah menegur dan memberi nasihat serta tujuk ajar, bukan menghina dan memaki hamun yang makin merosakkan identiti umat Islam tu sendiri...

Wallahu a'lam...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget