Taubat Tapi Berdosa


Banyaknya dosa kita.... Semua orang tahu kalau kita ada buat dosa, taubat adalah satu-satunya jalan untuk menyucikan diri kita semula. Allah itu maha penerima taubat..tapi adakah Allah akan terima taubat kita sedangkan kita masih lagi ingkar padaNya, masih lagi kufur padaNya? Apa maksud taubat, kat sini kita kongsi sama-sama tentang maksud taubat ye..


Dari segi bahasa, taubat ni maksud dia adalah kembali.. Kalau dari segi istilah pula maksud taubat ialah kembali pada Allah swt setelah kita jauh daripadaNya, menyesal akan dosa-dosa yang lepas dan azam yang kita akan berubah serta tak akan mengulangi dosa itu lagi.


Yang jadi masalah pada kebanyakan kita ni adalah... memanglah kita tak buat perkara yang kita taubat kan tu, tapi pada masa yang sama dosa-dosa lain masih lagi kita amalkan. Nak contoh?? Ok..


Abu seorang budak yang hobinya mencuri. Satu hari, si Abu ni pergi la mencuri duit tabung kat masjid At-Taqwa Kota Masai.. Malang nasib dia hari tu, si Abu ditangkap oleh Pak Cik Nordin masa dia sedang mengorek tabung masjid itu. Maka masuk lah Abu ke dalam lokap..
Dengan penuh penyesalan, Abu bertaubat dan berjanji yang dia tidak akan mencuri lagi seumur hidupnya. Masalahnya..si Abu bukan saja tak mencuri, solat pun tak jugak!! Rasa-rasanya Allah terima tak taubat dia tadi ye..

Benda sama pun jadi pada  umat hari ini. Walaupun kita cakap yang kita dah taubat atas dosa-dosa kita, hari-hari kita minta ampun pada Allah swt... Tapi pada masa yang sama kita sebenarnya masih lagi ingkar pada perintah-perintah Allah swt yang lain. Buat separuh.. ingkar separuh..

Perintah dan suruhan Allah tak terhad pada solat, puasa dan zakat je.. cuba kita buka semula Al Quran dan baca betul-betul. Banyak lagi perintah Allah yang dah kita tinggalkan. Dekat bawah ni ada beberapa perkara dan dalil dari AlQuran sikit..
  

1. Berapa ramai yang berani tegur kalau kita nampak perkara mungkar berlaku di depan mata kita? Berani pun mungkin pada setengah orang je, kalau orang yang buat salah tu bos ker.. YB ker.. menteri ker.. memang tak de la nak tegur kan.. Kalau dia raja/sultan tak payah nak cakap la.. daulat tuanku memanjang je la.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li 'Imraan-104)


2. Berapa ramai pulak daripada kita yang amalkan perbuatan riba? Susah nak jawab kan... Baik kita tanya 'Berapa ramai daripada kita yang TAK ambil riba?' Bak kata Nabil, lu fikir la sendiri..

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
(Al-Baqarah-275)


3. Perkara yang ketiga ni memang dah jadi trend.. Pakaian anak-anak perempuan kita dari hari ke hari semakin singkat, semakin jarang. Tutup aurat pada sesetengah orang adalah perbuatan yang kolot katanya. Astaghfirullahaladzim... 

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzaab-59)


4. Yang ke empat ni boleh kita kata seluruh umat dah langgar dan ingkar. Tidak ada satu kerajaan pun yang menjalankan pemerintahan/pentadbiran mengikut hukum Allah swt dan berpandukan Al-Quran. Kalau ada pun macam yang aku cakap tadi la, ambil separuh buang separuh..


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka  dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

(Al-Maidah-49)


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah-208)



Memang tak semua benda mampu kita buat..lebih-lebih lagi perkara yang keempat dekat atas. Tapi selemah-lemah iman adalah dengan kita membenci sistem yang sedang kita amalkan sekarang pada hati kita. Dan sekurang-kurangnya jika ada pihak yang ingin menegakkan hak-hak Allah swt di muka bumi ini, janganlah kita tentang dan fitnah mereka demi mempertahankan sistem yang di cipta oleh musuh-musuh kita sendiri.

 Apa yang ditulis atau ditaip ni tak lain hanyalah peringatan untuk diri aku sendiri. Dan kalau ada orang lain yang baca dan ambil manfaat pun alhamdulillah...berpesan-pesan pada kebenaran.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...