MH370..Sesuatu Yang Kita TERLupa



8 MAC 2014.. Sebuah kapal terbang Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang tanpa jejak. Dari saat itu, setiap berita tentangnya telah menjadi perhatian utama bagi kebanyakan orang. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan baik dari golongan profesional hinggalah ke bomoh-bomoh..

Berita kehilangan 239 orang ni cukup-cukup memberi kesan pada ramai orang.. tangisan dan simpati manusia tiba-tiba dapat kita lihat kat mana-mana je. Buka facebook, penuh newsfeed dengan berita dan fakta tentang MH370. "Pray for MH370" kini semacam jadi trend pada ramai orang. 

Takpa..bagus la tu. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu yang manusia sekarang masih lagi ada hati dan rasa simpati pada manusia lain..baguih..

Cuma..rasa pelik datang bila kita fikir semula. Tangisan untuk 239 orang ni nampaknya macam ter'over' lah pula kan.. Padahal selama ni takde pun kita nampak masyarakat bersungguh-sungguh nak 'PRAY' untuk saudara-saudara kita yang hari-hari kena bunuh..orang Islam yang ditembak,dibom di serata dunia. YA..Kalau ada pun ikut musim je kot..

Yang lagi pelik bin ajaibnya bila dengan selambanya, tak ada sesiapa pun yang ambil peduli perihal BERBILION umat Islam sedunia yang rata-rata sedang dan telahpun 'disembelih' agama dan akidah mereka. Tanpa kita peduli perkara ni sedang terjadi di sekeliling kita hingga kita terlupa tentang penyembelihan besar-besaran ni. Alah bisa tegal biasa lah katakan.. Acaner tu...

Dalam kita sibuk-sibuk nak 'PRAY for MH370' tu, apa kata kita doa sekali agar akidah kita semua terpelihara dari segala jenis syirik..terpelihara dari menjadi munafik..terpelihara dari perbuatan kufur. 

Kat mana kapal tu hanya Allah swt je yang tahu.. tapi yang lebih penting adalah kat mana Allah swt dan RasulNya dalam hati kita. Pilih siapa yang menjadi 'ilah' kita, Allah swt ataupun para thagut itu. Siapa ikutan kita, Rasulullah saw atau pun iblis laknatullah.. Apa panduan kita, AlQuran kalamullah atau 'kitab suci' mereka perlembagaan Malaysia..

Mati itu pasti, kita pilih macam mana akhirannya..

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...