Kisah Tiga Lelaki


Satu riwayat menceritakan bahawa suatu hari tiga orang lelaki berjalan di depan masjid ketika Rasulullah SAW sedang berceramah menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia. Salah seorang daripada tiga orang itu berjalan begitu sahaja, ia tidak tertarik untuk mendengar apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, sementara dua daripadanya memutuskan untuk singgah, mendatangi majlis Nabi SAW, salah seorang memilih tempat kosong di celah-celah majlis dan seorang lagi memilih untuk duduk di belakang. 

Apabila selesai daripada ceramah, Rasulullah SAW bersabda, mahukah aku beritahu perihal ketiga-tiga orang ini? Salah satu daripada mereka datang kepada Allah SWT, maka Allah SWT menyambutnya. Salah seorang merasa malu-malu, maka Allah pun malu kepadanya. Adapun seorang yang berpaling daripada Allah SWT, maka Allah berpaling daripadanya. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...