“Kesian dato seri….. Hari-hari tanggung
dosa. Didiklah keluarga dulu, barulah pimpin negara."
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
“Ini bukan riba encik…tapi faedah”.Ciss……
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan
mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti
riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. [al-Baqarah: 275]
Tahniah rakyat Malaysia! Industri pelancongan kita
semakin maju. Kasino Genting telah memenangi pelbagai anugerah antaranya World’s
Leading Casino Resort, World Travel Award 2005/2007/2008/2009/2010, Asia’s
Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[Al-Maaidah: 90]
Pemimpin turun padang, perihatin nasib
rakyat. (drama 2-3 bulan sebelum pilihan raya)
Daripada Muawiyah bin Abu Sufian r.a
berkata ia : Sabda Rasulullah SAW :”Tiada seorang imam (pemimpin) yang menutup
pintunya untuk menghalang orang yang berhajat , yang memerlukan , dan orang
miskin ,melainkan Allah menutup pintu – pintu langit , tidak memenuhi keperluan
dan kemiskinannya .
(Hadis riwayat : At-Tirmizi ,Hakim dan Ahmad).
Abu
Bakar Assidiq menolak wang sara dari baitul mal.. Dato’, TanSri, Tuanku
sekalian???
Mengikut
Anas apabila Abu Bakar meninggal, yang ada padanya hanyalah seekor unta betina,
sebuah mangkuk dan seorang hamba. Kata sahabat-sahabatnya yang lain dia telah
meninggalkan juga sehelai hamparan. Apabila Umar menggantinya sebagai Khalifah,
barang-barang ini semuanya diserahkan kepadanya. Umar berkata: "Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat atas Abu Bakar. Dia
telah menunjukkan jalan yang sukar diikuti oleh pengganti-penggantinya."
“Saya
sambut Hari raya, Depavali, Chinese New
Year, Krismas. 1Malaysia ma….”
"Barangsiapa di kalangan kaum
muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia
dikalangan mereka( orang-orang kafir)."
(HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu
Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)
“Kutuk sikit-sikit je…gurau.hehehe”
DALAM satu hadis Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama
Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat."
No comments:
Post a Comment