Kubur Masing-Masing

"Kubur masing-masing"
"Aku punya dosa, aku tanggung"
"Tak payah nak nasihat orang, dah baik sangat ker?"

Selalukan kita dengar ayat-ayat yang macam ni.... Sesetengah orang mungkin terlupa yang dunia ni bukanlah satu garisan penamat bagi kita, tapi ia adalah persinggahan yang sangat-sangat sementara. Atau mungkin saja mereka ni jahil, degil, sombong, bongkak, ataupun angkuh untuk menerima teguran-teguran ikhlas saudara seagama mereka. 

"Memanglah dosa kau, tapi betul ke kau je yang tanggung akibatnye??" 

Sabda Nabi SAW: 

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” (HR Ahmad)

Nabi dah bagitau...nak tak nak kita kene lah tegur juga. Ini memang tanggungjawab kita sebagai umat Islam, bukan hanya pada bahu ulama atau para ustaz saja. Jadi tidak patut timbul lagi isu 'jaga tepi kain sendiri' dalam hidup bermasyarakat.


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ

لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 


“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan di
tengah-tengah masyarakat manusia untuk mengajak
mereka ke arah yang ma’ruf dan mencegah mereka
dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah S.W.T.”

(Surah Ali Imran : 110)
 



Sabda Rasulullah S.A.W : 
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah mencegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati. Ini adalah selemah-lemah iman”.

Tapi kalau kita hanya cegah dengan menggunakan hati sedangkan kita ini mampu untuk mengubah, sampai bila saudara kita nak terus lakukan perkara yang buat Allah murka pada dia?? Kesian dia kan... Jadi kene lah tegur jugak la.

Tanpa amar ma’ruf dan nahi mungkar,manusia akan kehilangan pedoman, akhlak kian terhakis dan akidah akan terancam. Sikap ‘jaga tepi kain sendiri’ perlu dihapuskan serta merta sebab sikap ini amatlah bahaya kerana membuka satu laluan yang amat selesa kepada Syaitan dan Nafsu untuk merampas takhta.

Ada satu kisah,umat Islam umpama orang yang menjaga sebuah kapal. Sebahagiannya ditentukan berada di bawah kapal iaitu yang lebih berbahaya, manakala sebahagian penumpang yang lain ditempatkan di atas. Setiap kali orang di bawah mahukan air, akan melalui orang di atas dan menyusahkan mereka. Lalu sebahagian orang yang di bawah itu berkata: "Mengapa tidak kita tebuk sahaja lubang di bahagian kita ini (di bawah kapal) supaya kita boleh mendapatkan air tanpa perlu menyusahkan orang di atas."  Seandainya mereka tidak mencegah orang di bawah itu daripada melakukannya, nescaya akan tenggelamlah mereka semua. Sekiranya mereka halang perbuatan itu, nescaya akan selamatlah kesemuanya.

Kalau nak cerita pasal kubur, memanglah kubur masing-masing (Tak kan dalam kubur pun nak suruh orang teman...melampau) Tapi kubur masing-masing pun orang lain juga yang tolong gali kan...orang lain juga yang timbuskan...Awat hang tak timbus sendiri??Hahaha

Bila tiba hari perhitungan nanti, masa itulah kita akan mula tuding-menuding jari ke arah orang lain sebab takut dicampakkan ke dalam Neraka. NAUZUBILLAH!! Dosa sendiri dah tak tertanggung..inikan pula nak tanggung dosa awak..tak nak lah.
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.” 
(Al Anfaal: 25)


Kesimpulannya... Bila kita tegur suatu perbuatan munkar tu,secara automatik tanggungjawab kita sedikit sebanyak sudah terlaksana. Penting!!! Supaya kita tak ditarik atau disedut ke dalam neraka kelak oleh sebab dosa orang lain yang kita pandang sebelah mata dulu. 



والله أعلم                                                                                                                       .


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...