ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'ILMU MUSTHALAH HADITH
Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:
1. Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.
2. Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."
3. Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
4 Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.
5. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.
6. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.
7. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.
8. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.
9. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.
10. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.
11. Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.
No comments:
Post a Comment