Boikot Sampai Bila???


"The nation demands WAR now!!!"
"Respect to IDF..(Israel Defence Forces)"
"Eradicate Gaza...Eradicate Gaza..!!!"

Itu adalah antara laungan-laungan biadab yang keluar dari mulut para musuh Islam di Israel terhadap saki baki umat Islam yang masih tinggal di wilayah yang telah mereka cerobohi berdekad dulu. Tidak cukup hanya dengan kecaman dan ugutan...para penceroboh ini turut menuntut agar seluruh penduduk Gaza dihapuskan dan dibunuh oleh tentera zionist laknatullah.

Apakah yang mampu kita lakukan? Atau lebih tepat lagi, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi manusia-manusia biadab ini? Cukupkah sekadar dengan aktiviti-aktiviti memboikot jenama atau produk yang didakwa telah menyumbang kepada ekonomi Israel walhal kita sendiri tidak pasti tentang kesahihannya. Jika benar sekalipun, adakah ini dapat melumpuhkan ekonomi mereka sekaligus menjahanamkan pihak musuh?

Pada pendapat aku...((peringatan!! Ini sekadar pendapat peribadi aku)) tindakan memboikot ini bukanlah satu tindakan yang boleh di ambilsewenang-wenangnya terhadap mereka tanpa bukti yang kukuh. Jika perkara ini di ambil mudah, banyak lagi masalah yang akan menyusul hasil dari perbuatan boikot tersebut. Aku akan bagi contoh rentetan masalah yang aku fikir tidak mustahil akan terjadi, seperti..:


Seperti yang kita maklum, pihak luar akan sentiasa cuba untuk mencari kelemahan umat Islam dan menggunakannya sebagai senjata untuk menyembelih kita  samaada secara halus ataupun terang-terangan. Mungkinkah senjata umat Islam hari ini sudah tumpul atau berkarat??Apabila umat Islam di Palestin dibunuh dan diperangi, mereka mampu lakukan hanyalah memboikot produk-produk si musuh. Apakah agaknya pemboikotan yang dilakukan ini, walau secara besar-besaran sekalipun akan dapat menghentikan serangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin?


Sejak berpuluh tahun lamanya, setiap kali umat Islam diperangi oleh AS ataupun Yahudi, maka laungan penyelesaisan “boikot” barangan Amerika sering dilagukan. Sudah berapa kali siri pemboikotan dilakukan, apa yang nyata adalah, nyawa umat Islam semakin banyak yang melayang dan ekonomi AS dan Yahudi masih tetap kukuh. Benar,ekonomi mereka memang semakin goyang, namun hakikatnya, apa yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi AS sekarang ini pun langsung tidak ada kena-mengena dengan pemboikotan oleh negara umat Islam, ia adalah krisis dalaman yang berakar umbi dari sistem ekonomi yang mereka amalkan itu sendiri – inilah yang menyebabka kejatuhan ekonomi Amerika, dan bukannya pemboikotan barangan mereka oleh negara luar.

Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain hanya memboikot barangan Amerika dan Yahudi?Atau apakah yang kita harapkan? Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau apa???

Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa, saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari tentera-tentera umat Islam!

Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan dari kudrat tenaga kita, bukannya bantuan simpati kemanusiaan semata-mata. Dan mereka tidak menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang menyembelih mereka, satu demi satu, hari demi hari. 

Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat kita fikirkan. 

Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam. 

Pemerintah 'negara Islam'  masih berpegang erat dengan segala produk pemikiran kufur di atas sehingga menyebabkan tidak ada seorang pun pemimpin yang kembali kepada Islam dan cuba menyelesaikan masalah Gaza dengan cara yang lebih keras.  Apa guna memboikot produk fizikal Amerika dan Yahudi walhal produk pemikiran kufur mereka dipegang erat dan dijaga rapi!!! Produk pemikiran ini jauh lebih berbahaya dan inilah yang menyebabkan Gaza terus bermandi darah, kerana para pemimpin yang ada masih berpegang teguh dengannya.

Produk pemikiran kufur menyatakan bahawa Malaysia ada batas sempadan negara sendiri (yang telah ditetapkan oleh Britsh), maka akal para pemimpin dan ulama juga ternyata ‘terbatas’ pemikiran mereka oleh sempadan yang dicipta British. Mereka sudah tidak nampak dan tidak boleh pergi lebih jauh sedikit bahawa sempadan palsu ini hanyalah rekaan British semata-mata. Sesungguhnya sempadan ini langsung tidak wujud dan umat Islam adalah umat yang satu. 


”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” (At-Taubah :29).


Bukan salah memboikot....tapi mengapa tidak kita cantas saja akar umbi yang menyebabkan masalah ini terus tumbuh dan membiak??? Renung-renungkan...dan selamat beramal.


Idea dicetus oleh HTM.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...