Sabar Menghadapi Kematian



Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk: 1-2)


Baik kehidupan mahupun kematian, kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah swt. Dan dah tentu balasan yang baik adalah untuk orang-orang yang redha dan sabar dalam menjalani ujian-ujian tersebut. 

Kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa, suami isteri, adik atau abang memang akan menjadi antara ujian yang paling menguji hati-hati kita... namun sifat redha dan sabar dapat kita semai dalam menghadapi ujian ini dengan menyedari hakikat yang segala yang kita ada termasuklah nyawa hanyalah pinjaman dari yang Maha Kuasa semata-mata. 

Memang bukan mudah dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang tapi sedarlah hakikatnya kematian ini bukanlah bermaksud perpisahan selama-lamanya tapi merupakan perpisahan yang hanya bersifat sementara.. Di akhirat  kelak kita semua pasti akan dikumpulkan kembali dengan orang yang kita sayangi dengan syarat kita perlu mendapat keredhaan Allah swt terlebih dahulu.. Dengan ini insyaAllah kita akan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi bersama-sama mereka...

Namun, kesabaran dalam situasi ini bukanlah bererti tiadanya kesedihan dan air mata... Rasulullah saw sendiri pun menangis ketika kematian putera baginda. Apabila ditanya para sahabat Kenapa baginda menangis sedangkan baginda melarang meratapi kematian. Rasulullah s.a.w. menjawab Air mata itu bukti rahmat yang telah diletakkan Allah dalam hati (perasaan) hamba-Nya. Sesungguhnya Allah merahmati (kasih) terhadap hamba-Nya yang belas kasih sesamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perlu kita ingat, menangis bukan bermaksud meratap!!


Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: ”Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar–nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) .”(al-Bukhari)



Antara kisah kematian boleh kita lihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi yang bermaksud : 

Para malaikat turun mendatangi orang-orang yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Jika orang itu soleh, maka malaikat berkata. Keluarlah anda wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Tuhan yang redha dan tidak murka.

``Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh itu keluar. Kemudian roh dibawa naik ke langit. Pintu langit dibukakan untuknya dan ditanya, ``Roh siapa ini?'' Malaikat menjawab, ``Polan ibn Polan.'' Lalu dikatakan, ``Selamat datang wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Allah yang redha kepadamu dan tidak murka.'' Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh sampai di langit yang ketujuh. 


Apa yang harus kita buat seterusnya adalah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah..


Al-fatihah untuk Pak Long ku, Mazali bin Ali.. 






Pedang Damascus

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik King Arthur.






Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.



Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini


Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.



Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.



Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.



Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"


sumber: penpatah


WAHAI IBU BAPA




WAHAI IBU BAPA... 

Berapa ramai dari kita yang kecewa anak kita dapat kurang 'A' dalam SPM?
Berapa ramai pulak yang kecewa bila anak kurang waktu dalam solat??

Berapa ramai yang sedih bila anak ponteng sekolah?
Berapa ramai pulak yang sedih bila anak ponteng puasa??

Kenapa ramai yang marah kalau anak tak kenal A..B..C.. tak reti membaca?
Tapi kenapa rasa biasa kalau anak tak kenal Quran, tak kenal 'alif' 'ba' 'ta'..


Kalau ibu bapa pun dah tak kisah, dah tak peduli bila anak-anak berani lawan Penciptanya.. Berani ingkar pada  Allah swt.. Maka sedialah kita untuk menerima pembalasan  di akhirat kelak!!!


Allah berfirman yang bermaksud:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” 

(Surah at-Tahrim, ayat 6) 


Imam Qatadah menyatakan ayat itu adalah perintah Allah yang menyuruh golongan bapa mengajak anak, isteri dan seluruh ahli keluarganya supaya melakukan ketaatan kepada Allah serta mencegah mereka melakukan perkara maksiat dan mungkar. 


Ibn Umar berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


 “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.” 
(Hadis riwayat Muslim) 



Tukang Tatoo Yakuza Kini Seorang Imam





Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tatu’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.
“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.



Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. 
“Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.


Janji Allah Itu Pasti





Nasihat Kubur





1). Aku adalah tempat yg paling gelap
di antara yg gelap, maka terangilah aku
dengan TAHAJUD


2). Aku adalah tempat yang paling
sempit, maka luaskanlah aku dengan
ber SILATURAHMI.


3). Aku adalah tempat yang paling sepi
maka ramaikanlah aku dengan
perbanyak baca AL-QUR'AN.


4). Aku adalah tempatnya binatang2
yang menjijikan maka racunilah ia
dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur
bilamana tidak Solat, bebaskan
sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk
merendammu dg cairan yg sangat
amat sakit, bebaskan rendaman itu
dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir
bertanya, maka Persiapkanlah
jawapanmu dengan Perbanyak
mengucapkan Kalimah
"LAILAHAILALLAH"

Sampaikan pada saudara kita semampu dan
seikhlasnya, sampaikanlah walau hanya pada 1
org..


Jangan dengar syaitan yang berbisik:
"SUdahlaaaaaah tak payah di
SEBARKAN, tak penting pown, BUANG
MASA saja, tak mungkin akan di baca
"...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT
menghargainya puluhan kali ganda.





25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar



Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

Menggembirakan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dicintai Allah. Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

Dosa-dosanya Diampuni. Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)

Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

Selamat Dari Api Neraka. Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

Mendapat Ganjaran Syurga. “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).

Mengecewakan Syaitan. Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

Menyebabkan Syaitan Putus-asa. Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

Terhindar Dari Azab Api Neraka. Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

Menghilangkan Kesedihan. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Diberikan Kegembiraan. Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Melancarkan Rezeki. Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

Membersihkan Hati. Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

Mengangkat Darjat Di Syurga. Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

Mengikut Sunnah Nabi. Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

Menjadi Sebaik-baik Orang Yang Bersalah. Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

Bersifat Sebagai Hamba Allah Yang Sejati. Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

Terhindar Dari Menjadi Orang Yang Zalim. Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)

Mudah Mendapat Anak. Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

Sentiasa Diturunkan Air Hujan. Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

Bertambah Kekuatannya. Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

Bertambah Kesejahteraannya. Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).

Menjadi Orang Yang Beruntung. Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Keburukannya Diganti Dengan Kebaikan. Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).

Bercitra Sebagai Orang Mukmin. Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).

Berkeperibadian Sebagai Orang Bijak. Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).




sumber:khalifahalhidayah

Jambatan Menuju Kiamat



Tanda-tanda kiamat ni ada dua macam..yang kecil dan yang besar. Kalau yang tanda kecil kiamat ni bukan lagi banyak, tapi semuanya dah kita lalu.. Senang cerita dah khatam la.... Kalau tak percaya jom kita cek satu-satu antara tanda-tandanya: 


  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba
 Apa macam...Takut ker? atau pun kita sendiri dah rasa terbiasa dengan semua perkara kat atas ni? Kalau semua tanda-tanda kecil kiamat dah pun kita nampak, jadi sekarang tunggu apa lagi ye...

Ada satu lagi tanda kiamat yang boleh kita anggap sebagai penghubung atau jambatan antara tanda-tanda kecil dengan tanda besar kiamat. Jadi dalam masa terdekat ni haruslah kita mempersiapkan umat dan diri kita sendiri khususnya untuk menyambut kedatangan tanda yang ditunggu-tunggu ini iaitu diutuskan pada kita Imam Mahdi. 

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan 
kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Apa yang Rasulullah saw khabarkan telah betul-betul terjadi sekarang.. Orang Parti X tak boleh jumpa orang Parti Y, Parti A tuduh Parti Z kafir, Dato J maki Dato S....haish.. Gempa juga makin kerap kita dengar di media..

Diutuskan Imam Mahdi pada kita nanti bukanlah seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang melainkan hanya untuk menegakkan syahadah dan memastikan undang-undang Allah swt terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini.

Beliau akan memimpin kita dalam memerangi puak-puak kuffar sehinggalah kita bertemu pula dengan satu lagi tanda kiamat besar...iaitu Dajjal si pembawa fitnah besar. Imam Mahdi kemudiannya akan dibantu oleh nabi Isa as untuk melawan fitnah si Dajjal ini dan dengan izin Allah nanti baginda Isa as akan dapat juga membunuhnya.

Wahai saudara/saudari, mari kita mempersiapkan diri kita dalam menyambut kedatangan pembela agama Allah swt ini. Ini kerana bukanlah mudah untuk kita berjuang dalam menegakkan syariat Islam di zaman jahiliyah moden kini melainkan kita akan diuji oleh Allah swt terlebih dahulu.

Yaa Allah...Tetapkan lah iman kami, kuatkan lah hati kami supaya kami sanggup dan dapat kami berada di barisan hadapan tenteraMu nanti ya Allah...Amiin ya Rabb...



"Expanding Universe" Menurut AlQuran




Para saintis telah menemui bahawa alam semesta kita semakin berkembang  dan membesar mengikut peredaran masa. Keadaannya tidak tumpah seperti sebiji belon yang ditiup angin ke dalamnya. Rujukan boleh klik dan baca di sini. Namun semua ini telahpun  dikhabarkan pada kita oleh Allah Rabbul 'alamin di dalam Al Quran lebih 1500 tahun dahulu.

Dalam Al Qur'an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astronomi masih mundur, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini:

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al Qur'an, 51:47)

Kata "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan makna luar angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan erti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur'an dikatakan bahawa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Dan inilah kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah bahwa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Namun, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden, mendedahkan bahawa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus "mengembang".


Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium, George Lemaitre, secara teori telah menghitung dan menemukan bahwa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.

Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang astronomi Amerika, menemukan bahwa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. Sebuah alam semesta, di mana segala sesuatunya terus bergerak menjauhi satu sama lain, berarti bahwa alam semesta tersebut terus-menerus "mengembang". Pengamatan yang dilakukan di tahun-tahun berikutnya memperkokoh fakta bahwa alam semesta terus mengembang. Kenyataan ini diterangkan dalam Al Qur'an pada saat tak seorang pun mengetahuinya. Ini kerana Al Qur'an adalah firman Allah, yang mencipta, dan Pengatur keseluruhan alam semesta. Wallahu'alam..



Awas! Resepi Ini Haram!!




Alatan:
1) Periuk Negara
2) Sudu Parti Politik (X,Y,Z)
3) Mangkuk Rakyat



Bahan-bahan:
2 cawan riba
1 cawan maksiat
2 sudu besar judi
1 sudu besar rasuah

1 cubit fitnah
1 cubit zina
Sedikit hasad dengki


Cara-cara:
1) Masukkan semua bahan di atas ke dalam Periuk Negara.
2) Gaul hingga sebati dan sekata.
3) Tuang ke dalam Mangkuk Rakyat dan hirup menggunakan Sudu Parti Politik X,Y atau Z.
4) Nikmati hidangan haram bersama-sama...



Kesimpulan:

Tidak kira mana-mana sudu yang digunakan untuk menghirup makanan, rasanya akan tetap sama jika resepi yang serupa masih tetap digunakan dalam masakan. Jika lebih garam, masinlah dia...jika lebih gula, manislah dia... 

Begitulah juga, tidak kira apa juga jenis parti atau kerajaan yang memerintah, jika perkara-perkara maksiat dan mungkar masih lagi tetap diamal dan disemai pada rakyatnya..suasana kufur tetap tidak akan meninggalkan kita dan akan terus menjadi hidangan hidup kita seharian..



Ya Allah...bantulah kami dalam mempertahankan iman kami di zaman yang penuh ujian dan dugaan ini.
Amiin ya Rab..



Imam Ali Zainal Abidin



Imam Ali Zainal Abidin adalah cicit Rasulullah SAW dan anak Sayyidina Hussain ra. Beliau diberi gelaran ' Abal Hasan 'atau' Abal Hussain '. Beliau juga mendapat gelaran 'As-Sajjad' (orang yang ahli sujud). Beliau juga merupakan satu-satunya putera Sayyidina Hussain ra yang terselamat ketika tragedi Karbala, di mana bapanya, Sayyidina Hussain ra telah syahid akibat dipenggal kepalanya oleh tentera Yazid bin Muawiyah setelah dikepung dan dizalimi.

Disebabkan bonda beliau wafat ketika beliau masih kecil, beliau dibesarkan dan diasuh secara langsung oleh ibu saudara beliau sendiri. Ibu saudara beliau, Saiyyidah Zainab binti Ali bin Abu Talib ra merupakan saudara kandung Sayyidina Hasan ra dan Sayyidina Hussain ra. Ini bermakna, Imam Ali Zainal Abidin mendapat tarbiyah langsung daripada tiga orang Ahlul Bait Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hassan, Sayyidina Hussain dan Saiyyidah Zainab binti Ali radhiallahu ‘anhum.

Beliau adalah seorang yang ahli ibadah dan hamba yang amat taat kepada Allah SWT. Beliau meninggalkan segala sesuatu kecuali Tuhannya dan berpaling dari yang selain-Nya, serta yang selalu menghadap-Nya. Hati dan anggota tubuhnya diliputi ketenangan kerana ketinggian makrifahnya kepada Allah SWT, rasa hormatnya dan rasa takutnya kepada-Nya. Bercerita tentang ketaqwaan beliau, salah seorang putera beliau yang bernama Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin pernah menceritakan: “Pada saat sedang solat, ayahku demikian khusyuk berdiri hingga tak ada bezanya dengan seorang budak yang hina-dina berada di hadapan Maharaja terbesar di dunia. Begitu khusyuk ayahku solat seakan-akan sedang menunaikan solat terakhir dalam hidupnya.”

Beliau dilahirkan di kota Madinah pada tahun 33 Hijrah, atau dalam riwayat lain ada yang mengatakan 38 Hijrah. Beliau adalah termasuk generasi tabi'in. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari ayahnya (Hussain ra), bapa saudaranya  Hasan ra, Jabir ra, Ibnu Abbas ra, Al-Musawwir bin Makhromah ra, Abu Hurairah ra, Shofiyyah ra, Aisyah ra, Ummu Kalsum ra, serta para ummahatul mukminin / isteri-isteri Nabi SAW (semoga Allah SWT meredhai mereka semua). Al-Imam Ali Zainal Abidin, mewarisi sifat-sifat ayahnya (semoga Allah SWT meredhai keduanya) di dalam ilmu, sifat zuhud dan ibadah.

Berkata Yahya Al-Ansari: " Dia (Al-Imam Ali) adalah paling mulianya Bani Hasyim yang pernah saya lihat . "Berkata Zuhri:" Saya tidak pernah menjumpai di kota Madinah orang yang lebih mulia dari beliau . "Hammad berkata:" Beliau adalah paling mulianya Bani Hasyim yang saya temui yang terkini di kota Madinah . "Abu Bakar bin Abi Syaibah berkata:" Sanad yang paling dapat dipercayai adalah yang berasal dari Az-Zuhri dari Ali dari Al-Hussain dari ayahnya, Ali bin Abi Talib . "

Kelahiran beliau dan Az-Zuhri terjadi pada hari yang sama. Sebelum kelahirannya, Nabi SAW sudah menyebutkannya. Beliau solat 1000 rakaat setiap hari dan malamnya. Beliau jika berwuduk, pucat wajahnya. Ketika ditanya kenapa demikian, beliau menjawab, "Tahukah engkau kepada siapa aku akan menghadap? . "Beliau tidak suka seseorang membantunya untuk menyiramkan air ketika berwuduk. Beliau tidak pernah meninggalkan qiyamul lail, baik dalam keadaan di rumah ataupun berkelana. Beliau memuji Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Usman (semoga Allah SWT meredhai mereka semua). Ketika berhaji dan terdengar kalimat "Labbaikallah ... ", beliau pengsan.

Suatu saat ketika beliau baru sahaja keluar dari masjid, seorang laki-laki menemuinya dan mencacinya dengan keras. Spontan orang-orang di sekitarnya, baik budak-budak dan tuan-tuannya, bersegera ingin menghukum orang tersebut, akan tetapi beliau mencegahnya. Beliau hanya berkata: "Tunggulah sebentar lelaki ini." Sesudah itu beliau menghampirinya dan berkata kepadanya: " Apa yang engkau tidak ketahui dari diriku lebih banyak lagi. Apakah engkau memerlukan sesuatu sehingga saya boleh membantu?"  Beliau lalu memberinya 1000 dirham. Maka berkata laki-laki itu: " Saya bersaksi bahawa engkau adalah benar-benar cucu Rasulullah . "

Beliau berkata: " Kami ini ahlul bait, jika sudah memberi, pantang untuk mengharapkan balasan . "Beliau sempat hidup bersama datuknya Al-Imam Ali bin Abi Talib, selama 2 tahun, bersama pakciknya, Al-Imam Hasan, 10 tahun, dan bersama ayahnya , Al-Imam Hussain, 11 tahun (semoga Allah SWT meredhai mereka semua). Beliau setiap malamnya memikul sendiri karung makanan di atas punggungnya dan menyedekahkan kepada para fakir miskin di kota Madinah. Beliau berkata: “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan.” Muhammad bin Ishaq berkata: “Sebahagian dari orang-orang Madinah, mereka hidup tanpa mengetahui dari mana asalnya penghidupan(bantuan) mereka. Apabila Ali bin Al-Hussain wafat, mereka tidak lagi mendapatkan penghidupan itu.”

Amr bin Tsabit menceritakan, ketika jenazah Imam Ali Zainal Abidin dimandikan, kelihatan kulit menebal berwarna kehitam-hitaman pada punggung beliau dan mereka saling bertanya sesama sendiri. Kemudian ada yang menjawab: “Itu bekas beban berat yang dipikul beliau pada malam hari, iaitu kampit-kampit gandum yang dihantar sendiri berulang-ulang kali kepada kaum fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan di Madinah!”

Beliau jika meminjamkan wang, tak pernah meminta kembali wangnya. Beliau jika meminjamkan pakaian, tak pernah meminta kembali pakaiannya. Beliau jika sudah berjanji, tidak mahu makan dan minum, sampai beliau dapat melaksanakan janjinya. Ketika beliau berhaji atau berperang mengenderai tunggangannya, beliau tak pernah memukul tunggangannya itu. Manaqib dan keutamaan-keutamaan beliau tak dapat dihitung, selalu dikenal dan dikenang. Beliau meninggal di kota Madinah pada 18 Muharram 94 Hijrah, dan disemayamkan di perkuburan Baqi’, dekat makam dari bapa saudaranya, Sayyidina Hasan RA, yang disemayamkan di kubah Al-Abbas. Beliau meninggal dunia dengan meninggalkan 11 orang putera dan 4 orang puteri. Adapun warisan yang ditinggalkannya kepada mereka adalah ilmu, kezuhudan dan ibadah.
Wallahua'lam.



Warden Guantanamo Memeluk Islam



Seorang tentera AS, Terry Holdbrooks baru enam bulan menjalankan tugas di kem penjara Guantanamo, Cuba. Seperti warden penjara yang lain, tugasnya adalah menjaga dan mengawasi para tahanan, bersama-sama menyoal siasat tawanan, menyelia dan mengawal tahanan supaya tidak berhubungan antara satu sama lain. Tetapi pada malam itu, awal tahun 2004, Holdbrooks yang sedang bertugas pada shift malam, merasakan malam berlalu dengan begitu perlahan dan membosankan. Tetapi tiada siapa yang menduga bahawa malam itu menjadi malam bersejarah untuk dirinya.

Untuk menghilangkan rasa bosan selepas meronda dan memeriksa seluruh sel, Holdbrooks berbual-bual dengan seorang tahanan berbangsa Maghribi yang dikenali dengan gelaran "Jeneral". Meskipun baru enam bulan bertugas di kem Guantanamo, Holdbrooks telah menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan "Jeneral" yang nama asalnya ialah Ahmed Errachidi.

Perbincangannya dengan Errachidi pada malam itu membuat Holdbrooks merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kem penjara Guantanamo. Selepas itu Holdbrooks kerap memesan buku-buku tentang Arab dan Islam untuk dibacanya.


Pada malam yang lain, Holdbrook kembali berbincang dengan "Jeneral". Kali ini mengenai kalimat syahadat dalam Islam, sebagai langkah membawa dirinya menjadi seorang seorang Muslim. Malam itu, Holdbrooks memberikan pen dan sekeping kad melalui celah jeriji penjara dan meminta "Jeneral" untuk menulis kalimat syahadat dalam bahasa Arab dan maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Holdbrooks kemudiannya membaca kalimat syahadat di hadapan Jeneral. Pada masa itulah, di lorong penjara kem Delta di Guantanamo, Holdbrooks menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 2005, Holdbrooks meninggalkan bidang ketenteraan. Dalam temubualnya bersama dengan Newsweek, beliau dan beberapa bekas warden penjara kem Guantanamo mengakui akan kekerasan dan penyiksaan yang berlaku terhadap para tahanan di kem tersebut. Namun di sebalik itu, dia juga mendedahkan adanya hubungan yang baik antara beberapa orang warden dengan para tahanan. Mereka sering berbincang tentang politik, agama dan juga muzik. Perkara itu diakui oleh Errachidi yang mendiami kem Guantanamo selama lima tahun dan telah dibebaskan pada tahun 2007. 

"Para tahanan biasanya berbual dengan warden-warden yang menunjukkan sikap hormat terhadap para tahanan. Kami berbincang dan berbual tentang apa saja," kata Errachidi dalam email yang dikirimnya dari Maghribi ke majalah newsweek untuk menguatkan keterangan Holdbrooks.

Terry Holdbrooks berasal dari keluarga yang bermasalah. Beliau membesar di Phoenix bersama-sama dengan kedua orang tuanya yang ketagihan dadah. Holdbrooks adalah seorang yang ketagihkan minuman keras sebelum menyertai ketenteraan AS pada tahun 2002. Menurut TJ (panggilang mesra Holdbrooks), dia memutuskan untuk memasuki bidang ketenteraan kerana tidak mahu hidupnya seperti orang tuanya.

Holdbrooks merupakan seorang anak muda yang sering  membuat keputusan mengikut kata hati dan sedang mencari kedamaian dalam jiwanya. Seumur hidupnya, dia jarang berfikir tentang agama. Tanpa disangka, di kem Guatanamo, beliau berkawan dengan seorang tahanan yang sangat taat terhadap ajaran agamanya. "Ramai orang Amerika yang tidak peduli lagi dengan Tuhan. Tetapi di tempat seperti ini, (kem Guatanamo) para tahanan sangat taat menunaikan solat," kata TJ.



Ketika Holdbrooks menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, "Jeneral" Errachidi mengingatkannya bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah keputusan yang sangat serius, apatahlagi Holdbrooks bertugas di kem Guantanamo. "Errachidi ingin memastikan bahawa saya betul-betul faham apa yang saya katakan," kata Holdbrooks. Namun dia tetap memutuskan menjadi seorang Muslim. Keislamannya hanya diketahui oleh dua orang rakan sebilik Holdbrooks.

Tentera yang bertugas di sana mula mencium adanya perubahan pada Holdbrooks kerana mereka mendengar para tahanan memanggil Holdbrook dengan nama "Mustapha" dan melihat Holdbrooks dengan terang-terangan belajar bahasa Arab. Pada suatu malam, ketua warden memanggil Holdbrooks ke suatu tempat, di mana sudah ada lima warden lain yang menunggunya. "Mereka berteriak pada saya dan bertanya adakah saya seorang pengkhianat, adakah saya telah menjadi muslim," tutur Holdbrooks. Dan malam itu, ketua warden dan warden-warden penjara yang berada di situ telah memukulnya.

Disebabkan kejadian itu, Holdbrooks telah dipindahkan ke Ford Leonard Wood. Tetapi beberapa bulan selepas itu, dia menerima surat pemberhentian secara hormat dari ketenteraan, iaitu dua tahun sebelum kontraknya dengan ketenteraan berakhir. Pihak tentera AS tidak memberikan sebarang alasan ataupun penjelasan di atas "pemecatan" nya itu.

TJ kembali ke Phoenix dan kembali kepada rutin lamany (meminum minuman keras). Dia juga menceraikan isterinya. Ketagihan alkohol ini akhirnya membawa Holdbrooks ke hospital. Tanpa diduga, Holdbrooks bertemu kembali dengan Errachidi. Dua sahabat ini saling berkirim email dan menyambung kembali persahabatan yang terputus sekian lama.

Holdbrooks yang kini berusia 27 tahun, telah berjaya menamatkan ketagihan alkohol. Beliau juga telah bekerja sebagai perunding pendaftaran di Universiti Phoenix. Berhampiran universiti ini, terdapat sebuah masjid yang sekaligus menjadi pusat kegiatan Islam, Tempe Islamic Center. Holdbrooks kerap kali datang ke masjid itu untuk menunaikan solat berjemaah.

Ketika imam masjid Tempe Islamic Center, Amr Elsamny memperkenalkan Holdbrooks kepada seluruh jamaah dan menjelaskan bahawa Holdbrooks memeluk Islam sewaktu bertugas di kem Guantanamo, para jamaah berebut-rebut untuk bersalam dengan Holdbrooks.

Holdbrooks kini menjalankan ajaran Islam dengan taat. Bekas luka panjang di dahinya, hampir tidak kelihatan kerana tertutup dengan kopiah yang selalu dipakai. 


"Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak pernah berfikir bahawa ada tentera seperti TJ" komen Imam Amr Elsamny mengenai peribadi Holdbrooks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...