Perkara Yang Membatalkan Puasa ialah:
1. Makan dengan sengaja.
2. Minum dengan sengaja. Jika orang yang sedang
berpuasa, makan atau minum kerana lupa, maka itu tidak membatalkan
puasanya.
3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang
terbuka dengan sengaja, sama ada melalui lubang telinga,
lubang susu, lubang kemaluan dan sebagainya dan sama ada
benda itu cair atau beku.
4. Muntah dengan sengaja.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Kedatangan haid.
7. Nifas (beranak).
8. Mabuk sepanjang hari.
9. Pengsan sepanjang hari.
10. Gila walau sekejap.
11. Melakukan sesuatu yang membinasakan Islam - yang
menyebabkan orang itu menjadi murtad, sama ada dengan tutur kata -
pengakuan atau dengan amal perbuatan ataupun dengan cita-cita dan
iktikad kepercayaan.
12. Berjimak (diwajibkan qadha dan dikenakan kifarat)
No comments:
Post a Comment