Sajian Buat Rasulullah
Sebagai seorang manusia agung yang berperibadi mulia, Rasulullah saw amat dicintai oleh para sahabat baginda ketika itu. Rasa cinta mendalam kepada Nabi Muhammad SAW juga dimiliki seorang budak perempuan miskin bernama Barirah. Perempuan miskin ini berharap sekali agar Rasulullah dapat berkunjung ke pondoknya.
Namun dia tidak sanggup untuk mengundang baginda kerana di rumah buruknya itu memang tak ada apa-apa makanan untuk dijamu nanti. Suatu hari, Barirah menerima makanan yang cukup mewah dari salah seorang sahabatnya. Makanan lazat seperti itu belum pernah ia nikmati seumur hidupnya. Sebelum enjamah makanan itu, tiba-tiba ia terfikir..Selagi ada, sebaiknya makanan ini dijamu untuk orang istimewa yang selama ini ia rindukan, Rasulullah SAW.
Setelah diundang, Rasulullah pun datang bersama para sahabatnya. Sahabat Nabi yang menyaksikan hidangan yang serba enak dan mahal itu tiba-tiba berfikir yang budak perempuan ini tak mungkin dapat membelinya sendiri. "Wahai Rasulullah boleh jadi ini makanan zakat atau sedekah. Sedangkan engkau tidak boleh memakan zakat dan sedekah. Jadi Engkau jangan memakannya, ya Rasulullah," kata sahabat.
Kecintaan Barirah yang terlampau membuatnya lupa bahwa Rasulullah tak menerima zakat dan sedekah. Mendengar ucapan sahabat tersebut, hati Barirah seolah-olah meledak. Perasaan takut, gelisah, malu, dan sedih kini menghapuskan kegembiraannya. Menyajikan hidangan yang diharamkan bagi Rasulullah adalah kesalahan besar.
Dalam keadaan ini, Rasulullah mempamerkan kemulian baginda. Dengan lembut dan bijak baginda berucap, "Makanan ini memang sedekah untuk Barirah, dan kerana itu ia sudah menjadi milik Barirah. Lalu Barirah menghadiahkannya kepadaku. Maka aku boleh memakannya." Kemudian Rasulullah SAW pun memakannya tanpa segan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment