Assalamualaikum.. Ramainya yang tanpa sedar sebenarnya telahpun mengambil sesuatu sebagai sembahan selain dari Allah subhanahu wa taala. Tapi bila kita cuba tegur dibalas pula dengan kata-kata, "Kau sapa, ustaz ke nak tegur-tegur aku?"
Tapi kalau dah pak ustaz dan pak mufti pun tak mahu tampil beri teguran..terpaksa lah pak bukan ustaz ni yang bagitahu ya..
Thaghut dalam syara' adalah sesiapa sahaja yang melampaui batas dari apa-apa hak Allah swt atau menjadikan dirinya sekutu dengan Allah swt.
Antara thaghut-thaghut:
1. Syaitan yang mengajak manusia untuk sembah selain dari Allah swt.
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Ya Siin:60)
2. Pemerintah zalim iaitu yang menukar undang-undang Allah swt. Firman Allah azawajal :
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa':60)
3. Orang yang tidak mentadbir atau berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt :
........... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(Al-Maaidah:44)
4. Orang yang mendakwa mengetahui yang ghaib kecuali yang Allah swt dan Rasulullah saw ajarkan:
Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun
(Al-Jinn:26)
5. Orang yang disembah dan gembira dengannya.
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
(Al-Anbiyaa':29)
Wajib untuk kufur pada thaghut dengan tiga cara:
1. Kufur dengan thaghut pada perbuatan.
2. Kufur dengan thaghut pada lisan.
3. Kufur dengan thaghut pada hati.
Mungkin dalam tak sedar ada yang telah pun mengambil antara thaghut-thaghut di atas sebagai sembahan-sembahan mereka.. Dan yang paling ramai sekali adalah golongan yang menyembah para pemerintah yang kufur pada ketentuan Allah swt. wallahu 'alam
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
(Al-Maidah:72)
No comments:
Post a Comment