Ulama Yang Menentang Menteri



Ada suatu kisah tentang salah seorang menteri dari Bani Umayyah yang dikenal dengan sikap sombong dan kejam. Dia mempunyai baghal (haiwan peranakan kuda dan keldai, saiz ukurannya pun lebih besar dari keldai dan lebih kecil daripada kuda), kuda, pedang, dan dia juga memiliki sejumlah pengawal.

Pada suatu hari dia melalui suatu tempat. Secara kebetulan, seorang Ulama yang masyhur pada masa itu iaitu Imam Hasan Al Bashri rahimahullah sedang duduk-duduk di situ. Melihatkan menteri tadi, orang ramai pun berdiri kerana menghormati kedatangannya kecuali Imam Hasan Al Bashri. Beliau tetap juga duduk di tempatnya tanpa berganjak. 

Menteri itu menoleh kepada Al Hasan seraya berkata, "Kamu tidak kenal siapa saya?" 

Al Hasan berkata, "Oleh kerana saya mengenal anda, saya tidak ikut berdiri."

Menteri bertanya lagi, "Kalau begitu siapa saya?" 

Al Hasan berkata, "Kamu adalah orang yang keluar sebanyak dua kali dari tempat keluarnya air kencing dan kamu menahan rasa sakit serta perih. Kesudahanmu akan dikembalikan pada kebusukan yang kotor dan kamu berasal dari setitis air mani yang hina" 

Mendengar kata-kata dari Al Hasan itu, si Menteri pun terdiam seakan akan ada api yang menyambar mukanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...