Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak."
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi:
"Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak"
Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :
1. Dalam Ibadat :
-Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam
ibadah lain pula.
-Ibadah yang ada perkara langsung tidak syar’ie - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya.
-Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (seperti tambah rakaat dalam solat fardhu )
-Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (seperti kurang rakaat dalam solat).
2. Dalam Muamalat :
-Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
a) Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).
b) Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
-Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.
Pengajaran hadis:
lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamaNya.
No comments:
Post a Comment