Senario zaman sekarang.. belajar dari tadika sampailah sekolah menengah. Kalau ada tuah dapatlah masuk universiti, tapi tak cukup duit pula nak bayar yuran dan duit belanja nanti. Mohon PTPTN, ambil la riba.... Tamat belajar, paling kurang dapat diploma masing-masing dah dikira berjaya dah... mak bapak masa tu bangga bukan main lagi anak-anak kononnya berjaya dalam hidup mereka.
Habis belajar, menganggur berbulan-bulan sambil cari kerja. Dapat je kerja terus terfikir nak beli kereta, katanya barulah senang nak ke tempat kerja nanti. Atas jasa baik bank-bank yang sudi keluarkan loan, lepas tiga bulan kerja nampaklah kereta idaman masing-masing bergerak. Riba lagi.....aduh.
Lepas beberapa tahun, hati terasa kosong pula. Teringin rasanya hidup berteman. Tapi bila dah kahwin nanti tak kan nak duduk rumah mak bapak lagi... Takpe, skim rumah pertamaku kan ada. Tapi kalau ikut skim ni kena lah beli rumah harga minimum RM100 000. Apa susahnye...riba kan ade. Ops, loan kan ade.. Terima kasih keRajaan.
Kitaran ini akan terus berjalan dan berulang-ulang selagi sistem ekonomi kita masih lagi dikuasai oleh sistem-sistem kufar ataupun boleh kita gelar dengan sistem dajjal ini. Riba akan terus menerus menjadi sumber utama untuk kita bergerak dalam zaman jahiliyah moden masa kini.
Namun.. pusingan ini hanya dapat kita hentikan dengan kita kembali pada hukum-hukum yang dengan jelas telah Allah swt nyatakan dalam al kitab iaitu alQuran. Tinggalkan riba!!!
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
(al Baqarah: 275-276)
Benar...memang susah untuk kita mengelak dosa riba ini kerana kita sedang hidup dalam sistem yang dicipta oleh musuh-musuh Allah swt. Oleh itu, menjadi satu kewajipan bagi kita untuk berusaha dan berjuang untuk menjahanamkan sistem-sistem kufar ini baik dari segi ekonomi, pentadbiran mahupun perundangan dan segera kembali pada hukum-hukum yang telah diamanahkan pada kita.
Selagi mana diri kita masih akur untuk terus diperhambakan oleh musuh-musuh Allah swt, selagi itulah kita akan berada dalam kekufuran ini saudara-saudaraku. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment