Sabar Menghadapi Kematian



Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk: 1-2)


Baik kehidupan mahupun kematian, kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah swt. Dan dah tentu balasan yang baik adalah untuk orang-orang yang redha dan sabar dalam menjalani ujian-ujian tersebut. 

Kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa, suami isteri, adik atau abang memang akan menjadi antara ujian yang paling menguji hati-hati kita... namun sifat redha dan sabar dapat kita semai dalam menghadapi ujian ini dengan menyedari hakikat yang segala yang kita ada termasuklah nyawa hanyalah pinjaman dari yang Maha Kuasa semata-mata. 

Memang bukan mudah dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang tapi sedarlah hakikatnya kematian ini bukanlah bermaksud perpisahan selama-lamanya tapi merupakan perpisahan yang hanya bersifat sementara.. Di akhirat  kelak kita semua pasti akan dikumpulkan kembali dengan orang yang kita sayangi dengan syarat kita perlu mendapat keredhaan Allah swt terlebih dahulu.. Dengan ini insyaAllah kita akan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi bersama-sama mereka...

Namun, kesabaran dalam situasi ini bukanlah bererti tiadanya kesedihan dan air mata... Rasulullah saw sendiri pun menangis ketika kematian putera baginda. Apabila ditanya para sahabat Kenapa baginda menangis sedangkan baginda melarang meratapi kematian. Rasulullah s.a.w. menjawab Air mata itu bukti rahmat yang telah diletakkan Allah dalam hati (perasaan) hamba-Nya. Sesungguhnya Allah merahmati (kasih) terhadap hamba-Nya yang belas kasih sesamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perlu kita ingat, menangis bukan bermaksud meratap!!


Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: ”Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar–nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) .”(al-Bukhari)



Antara kisah kematian boleh kita lihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi yang bermaksud : 

Para malaikat turun mendatangi orang-orang yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Jika orang itu soleh, maka malaikat berkata. Keluarlah anda wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Tuhan yang redha dan tidak murka.

``Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh itu keluar. Kemudian roh dibawa naik ke langit. Pintu langit dibukakan untuknya dan ditanya, ``Roh siapa ini?'' Malaikat menjawab, ``Polan ibn Polan.'' Lalu dikatakan, ``Selamat datang wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Allah yang redha kepadamu dan tidak murka.'' Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh sampai di langit yang ketujuh. 


Apa yang harus kita buat seterusnya adalah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah..


Al-fatihah untuk Pak Long ku, Mazali bin Ali.. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...