NAZAK



Orang yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir kebiasaannya didatangi beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di antara tanda-tanda tersebut ialah :


  • Tapak kakinya lurus 
  • Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
  • Sendi pergelangan tangan renggang 
  • Keningnya luas tergonggong biji mata
  • Lidah kelu dan tertutup selera
  • Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga dengan penglihatan (kabur penglihatan)
  • Perubahan tabiat
  • Terlalu dahaga sentiasa minta air
  • Meminta sesuatu yang ganjil
  • Mata selalu tenung ke atas
  • Tidak ada timbal balik pernafasan.


Amalan Sunat

Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat melakukan :

1. Ajar mengucap ditelinganya  La ilaha illallah setelah ia mengucap, maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
2. Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : 
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
3. Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...