BETAPA LUASNYA NERAKA ITU
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'
Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').
Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.
Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
sumber: Tahukah anda
12 Orang Isteri Rasulullah saw
1.Khadijah binti Khuwailid
Dinikahi oleh Nabi Muhammad ketika Nabi berusia 25 tahun manakala Khadijah 40 tahun. Mahar kahwinnya sebesar 12.5 uqiah emas. Sehingga Khadijah meninggal dunia, Nabi Muhammad tidak mengahwini wanita lain. Dia meriwayatkan sebuah hadis sahaja.
2.Saudah binti Zam’ah
Dinikahi oleh Nabi Muhammad pada tahun kesepuluh selepas kenabian. Sebelumnya, Saudah isteri kepada sepupunya sebelum bercerai. Nabi Muhammad pernah mahu menceraikannya ketika menikahi Aisyah tetapi dia tidak melakukannya. Dia meninggal dunia semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah
3.Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq
Dinikahi oleh Nabi Muhammad di Mekah ketika berusia enam tahun dan hidup bersama ketika berusia sembilan tahun. Mas kahwinnya bernilai 400 dirham. Merupakan isteri yang paling di cintai oleh Nabi Muhammad. Dia meriwayatkan 1210 hadis dan meninggal dunia ketika berusia 57 tahun. Jenazahnya disembahyangkan oleh Abu Hurairah dan dikebumukan di al-Baqi’ pada waktu malam
4.Hafsah binti Umar
Dinikahi pada bulan Syaaban, kira-kira 30 bulan selepas hijrah. Bapanya ialah Umar bin Khattab, manakala ibunya ialah Zainab binti Mazh’un. Hafsah dilahirkan lima tahun sebelum kenabian dan dinikahi dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dia meriwayatkan sebanyak 60 hadis. Meninggal dunia pada bulan Syaaban, 45H. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam, Gabenor Mekah pada waktu itu.
5.Zainab binti Khuzaimah
Dinikahi pada tahun ketiga hijrah dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dua tiga bulan selepas bernikah, dia meninggal dunia pada usia 30 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Nabi Muhammad dan dikebumikan di al-Baqi’.
6.Hindun binti Abu Umaymah bin al Mughirah
Bernikah dengan Nabi pada akhir bulan Syawal tahun keempat Hijrah (ada yang mengatakan tahun kedua). Anaknya sendiri yang menikahkannya dengan Nabi sekaligus menunjukkan bahawa anak boleh menjadi wali pernikahan ibunya. Namun ini dikatakan bertententangan dengan Mazhab Syafie. Hindun meriwayatkan 328 hadis. Dia meninggal dunia pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah pada tahun 60H ketika berusia 84 tahun. Dia dikebumikan di al-Baqi’.
7.Zainab binti Jahsy
Zainab merupakan hamba kepada Umaymah binti Abdul Muthalib. Nabi menikahkannya dengan Yazid bin Harithah. Setelah Yazid menceraikannya, Nabi menikahi Zainab pada tahun ke-5H dengan mahar 400 dirham. Ketika itu Zainab berusia 35 tahun. Zainab meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia pada tahun ke-20H ketika berusia 53 tahun. Jenazahnya di solatkan oleh Umar al-Khattab dan dikebumikan di al- Baqi’
8.Juwairiyah binti al-Harith
Juwairiyah ialah dari Bani Musthaliq. Dia merupakan hamba kepada Tsabit bin Qays. Nabi membelinya dari Tsabit, memerdekakannya dan menikahinya dengan mahar 400 dirham. Juwairiyah meriwayatkan 7 hadis dan meninggal dunia di Madinah pada bulan Rabiulawal 56H ketika berusia 70 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam.
9.Rayhanah binti Yazid
Rayhanah ialah dari Bani Nadhir. Dia adalah antara tawanan Bani Quraizah yang kemudiannya dipilih oleh Nabi bagi menjadi isterinya. Rayhanah seorang yang cantik dan berakhlak mulia. Apabila menjadi tawanan dia diberi pilihan sama ada mahu memeluk Islam atau tetap dengan agamanya. Dia memilih Islam lalu dimerdekakan dan dinikahi oleh Nabi pada tahun ke-6H. Dia pernah diceraikan oleh Nabi kemudian rujuk semula. Dia meninggal dunia apabila Nabi pulang dari haji wida’ dan dikebumikan di al Baqi’
10.Umm Habibah binti Ramlah
Nabi mengutuskan Amr bin Umayyah ke Najasyi untuk menikahi Umm Habibah. Raja Najasyi memberikan mahar sebanyak 400 dinar. Khalid bin Said menjadi wali Umm Habibah kerana dia merupakan anak pakciknya. Raja Najasyi kemudian membawanya kepada Nabi pada tahun ke-7H. Dia meninggal dunia pada tahun 44H
11.Safiyyah binti Hayyi
Safiyyah bukan berbangsa Arab. Dia dari bani Nadhir, dari bani Israil dan berketurunan Harun bin Imran. Bapanya merupakan seorang tokoh bani Nadhir yang berperang melawan bani Quraizah. Dia menjadi tawanan ketika perang Khaibar dan dipilih sendiri oleh Nabi dan dinikahinya selepas dia merdeka. Pembebasannya itu dijadikan sebagai mahar. Dia seorang yang cantik dan ketika itu belum berusia 17 tahun. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’
12.Maimunah binti al Harith
Asalnya dia bernama Barrah dan Nabi memberi nama Maimunah. Ibunya bernama Hindun binti Awf bin Zuhayr. Maimunah meriwayatkan 76 hadis. Dia meninggal dunia ketika berusia 80 ahun pada tahun 51H. Dia ialah isteri terakhir yang Nabi nikahi dan paling akhir meninggal dunia.
Sabar Menghadapi Kematian
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk: 1-2)
Baik kehidupan mahupun kematian, kedua-duanya adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah swt. Dan dah tentu balasan yang baik adalah untuk orang-orang yang redha dan sabar dalam menjalani ujian-ujian tersebut.
Kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa, suami isteri, adik atau abang memang akan menjadi antara ujian yang paling menguji hati-hati kita... namun sifat redha dan sabar dapat kita semai dalam menghadapi ujian ini dengan menyedari hakikat yang segala yang kita ada termasuklah nyawa hanyalah pinjaman dari yang Maha Kuasa semata-mata.
Memang bukan mudah dalam menghadapi kematian orang yang kita sayang tapi sedarlah hakikatnya kematian ini bukanlah bermaksud perpisahan selama-lamanya tapi merupakan perpisahan yang hanya bersifat sementara.. Di akhirat kelak kita semua pasti akan dikumpulkan kembali dengan orang yang kita sayangi dengan syarat kita perlu mendapat keredhaan Allah swt terlebih dahulu.. Dengan ini insyaAllah kita akan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi bersama-sama mereka...
Namun, kesabaran dalam situasi ini bukanlah bererti tiadanya kesedihan dan air mata... Rasulullah saw sendiri pun menangis ketika kematian putera baginda. Apabila ditanya para sahabat Kenapa baginda menangis sedangkan baginda melarang meratapi kematian. Rasulullah s.a.w. menjawab Air mata itu bukti rahmat yang telah diletakkan Allah dalam hati (perasaan) hamba-Nya. Sesungguhnya Allah merahmati (kasih) terhadap hamba-Nya yang belas kasih sesamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Perlu kita ingat, menangis bukan bermaksud meratap!!
Dari Abdullah r.a katanya, Nabi SAW bersabda: ”Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar–nampar pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan jahiliyyah (kerana meratapi mayat) .”(al-Bukhari)
Antara kisah kematian boleh kita lihat dalam sebuah hadis sahih riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi yang bermaksud :
Para malaikat turun mendatangi orang-orang yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Jika orang itu soleh, maka malaikat berkata. Keluarlah anda wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Tuhan yang redha dan tidak murka.
``Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh itu keluar. Kemudian roh dibawa naik ke langit. Pintu langit dibukakan untuknya dan ditanya, ``Roh siapa ini?'' Malaikat menjawab, ``Polan ibn Polan.'' Lalu dikatakan, ``Selamat datang wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Allah yang redha kepadamu dan tidak murka.'' Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh sampai di langit yang ketujuh.
Para malaikat turun mendatangi orang-orang yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Jika orang itu soleh, maka malaikat berkata. Keluarlah anda wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Tuhan yang redha dan tidak murka.
``Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh itu keluar. Kemudian roh dibawa naik ke langit. Pintu langit dibukakan untuknya dan ditanya, ``Roh siapa ini?'' Malaikat menjawab, ``Polan ibn Polan.'' Lalu dikatakan, ``Selamat datang wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Allah yang redha kepadamu dan tidak murka.'' Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh sampai di langit yang ketujuh.
Apa yang harus kita buat seterusnya adalah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah..
Al-fatihah untuk Pak Long ku, Mazali bin Ali..
Subscribe to:
Posts (Atom)



