Sapa Taksub?



Takut digelar taksub? Sapa yang bagi gelaran tu ye..
Cuba kalau diberi pilihan, kita nak digelar taksub ke..munafik ke..musyrik ke.. pilihan mana yang kita akan buat?

Taksub ni adalah salah satu gelaran yang diberi oleh golongan tertentu untuk menyekat atau menentukan satu limit/batas kepada satu golongan lain dalam sesuatu perkara. 

Contohnya.. Sesetengah orang yang tidak minat dengan muzik mungkin akan menggelar orang yang betul-betul cinta dan ghairah tentang muzik sebagai taksub atau fanatik muzik. Sama juga dengan orang yang tidak atau kurang cinta dengan agama akan menggelar orang yang betul-betul inginkan agama, sebagai fanatik atau taksub pada agama.

Sungguh, orang yang masih yang masih hidup di kalian setelahku akan melihat perselisihan yang cukup banyak, maka wajib atas kalian untuk berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa Rosyidin Al- Mahdiyin (para khalifah yang terbimbing lagi mendapat petunjuk). Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah atasnya dengan gigi-gigi geraham kalian. Dan berhati-hatilah kalian terhadap perkara-perkara baru dalam agama. Karena sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat.
(Hr Abu Dawud, At Tirmizi, Ibnu Majah)


Akan datang kepada manusia suatu masa yang ketika itu orang yang sabar di atas agamanya seperti menggenggam bara api.
(Hr At Tirmizi)

Jadi, pilihan ada pada kita.. pegang lah pada al Quran dan sunnah-sunnah baginda saw, demi Allah kita tak akan sesat selama-lamanya. Buat lah pilihan.. nak pilih Allah swt dan Rasulullah saw, atau pun nak pilih ulama-ulama suk yang nabi dah pesan sebagai sejahat-jahat manusia. Pilih nak digelar 'taksub' oleh manusia atau pilih nak digelar munafik, musyrik, dan fasik oleh Allah swt... wallahu'alam.


AWAS! Ramainya Penyembah Thaghut


Assalamualaikum.. Ramainya yang tanpa sedar sebenarnya telahpun mengambil sesuatu sebagai sembahan selain dari Allah subhanahu wa taala. Tapi bila kita cuba tegur dibalas pula dengan kata-kata, "Kau sapa, ustaz ke nak tegur-tegur aku?"

Tapi kalau dah pak ustaz dan pak mufti pun tak mahu tampil beri teguran..terpaksa lah pak bukan ustaz ni yang bagitahu ya..

Thaghut dalam syara' adalah sesiapa sahaja yang melampaui batas dari apa-apa hak Allah swt atau menjadikan dirinya sekutu dengan Allah swt.


Antara thaghut-thaghut:


1. Syaitan yang mengajak manusia untuk sembah selain dari Allah swt.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Ya Siin:60) 



2. Pemerintah zalim iaitu yang menukar undang-undang Allah swt. Firman Allah azawajal :

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa':60)



3. Orang yang tidak mentadbir atau berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt :


........... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

(Al-Maaidah:44) 



4. Orang yang mendakwa mengetahui yang ghaib kecuali yang Allah swt dan Rasulullah saw ajarkan:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun
(Al-Jinn:26)



5. Orang yang disembah dan gembira dengannya.

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
(Al-Anbiyaa':29)




Wajib untuk kufur pada thaghut dengan tiga cara:

1. Kufur dengan thaghut pada perbuatan.
2. Kufur dengan thaghut pada lisan.
3. Kufur dengan thaghut pada hati.


Mungkin dalam tak sedar ada yang telah pun mengambil antara thaghut-thaghut di atas sebagai sembahan-sembahan mereka.. Dan yang paling ramai sekali adalah golongan yang menyembah para pemerintah yang kufur pada ketentuan Allah swt. wallahu 'alam


Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
 (Al-Maidah:72)


Kalung Fatimah Membuat Rasulullah SAW Marah


Kehidupan Fatimah Az-Zahra r.a bersama Ali kw sangatlah sederhana. Mereka tak memiliki perabot rumah tangga kecuali alat memasak saja. Mereka tak memiliki tilam kecuali sebuah ‘tilam’ tipis terbuat dari jerami gandum yang dibungkus kain kasar. Fatimah pun tak memiliki perhiasan kecuali sebuah kalung emas yang sudah lama dan jarang dipakai.

Suatu hari Fatimah datang berjumpa Rasulullah SAW. Wanita mulia bergelar Az-Zahra itu mengucap salam dan meminta izin untuk masuk. Setelah Rasulullah SAW mengizinkan, betapa bahagianya Fatimah berada di sisi ayahnya. Keduanya berbincang dengan ceria. Wajah keduanya berbinar bahagia, laksana terubatnya kerinduan kerana lama tak berjumpa.

Tiba-tiba, air muka Rasulullah SAW berubah ketika baginda tahu Fatimah mengenakan kalung emas di lehernya. Fatimah faham bahawa ayahnya sedang marah. Fatimah tak dapat berkata apa-apa. Ia keluar dari kediaman Rasulullah SAW dengan kesedihan yang menyesakkan dada. Selama ini Fatimah tak rela jika ada orang yang membuat Rasulullah SAW marah atau sedih. Namun kini, dirinya sendiri pula yang membuat Nabi berduka. Gara-gara kalung emas itu..

Fatimah tak perlu waktu lama untuk membuat keputusan. Kalung itu tak boleh ia pakai lagi, dan tak boleh ia miliki lagi. Lalu apa yang harus dia lakukan? Apakah dijual dan dibelikan hamba agar dapat membantunya? Kerana selama ini Fatimah sendiri yang mencuci, memasak dan menggiling gandum. Sebenarnya keadaan Fatimah amat memenatkan. Namun Fatimah khuatir kalau-kalau Rasulullah SAW tidak berkenan. Apalagi budak itu nanti akan mengingatkan Rasulullah SAW pada kalung itu. Namun akhirnya Fatimah memutuskan menjual kalung itu. Wangnya ia belikan juga hamba, tetapi bukan untuk membantunya. Setelah dibeli, budak itu segera dimerdekakan.


Kini Fatimah kembali menghadap Nabi SAW. Sebelum Rasulullah bertanya, Fatimah mendahuluinya dengan memberikan laporan, “Aku telah menjual kalung itu.” Fatimah berkata kepada Rasulullah yang serius mendengarkannya, “Dan wangnya ku pergunakan untuk membeli hamba yang kemudian kumerdekakan.”
Seketika wajah Nabi SAW berseri-seri. Keceriaan dan kebahagiaan kembali menghiasi wajah Rasulullah SAW yang suci.

Lalu, bagaimana dengan kita, yang selalu mempamerkan perhiasan? Bagaimana dengan cara kita mengawal marah? Bagaimana sikap kita terhadap orang tua kita…?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...