Sultan Mahmud Ghazni


 



 Mahmud Ghazni ada juga mengenalinya Sultan Mahmud Ghazni/Ghaznawi adalah seorang sultan Turkment sekarang wilayah tersebut dikenali sebagai Turkmenistan. Tidak perlu kita membahaskan mengenai bagaimana baginda menakluk negara India dan meluaskan Empayar Islam. Perkara yang wajib kita ambil pengajaran ialah BAGAIMANA ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA SEORANG RAJA YANG ZALIM INI.

  Terkenal dengan sikap kaki perempuan, kaki judi, kaki botol dan pelbagai jenis kaki lagi tidak menghalang Mahmud Ghazni menyimpan perasaan ingin mengubah kehidupan menjadi hamba yang soleh. Begitu juga manusia kebanyakkan kini yang semacam hanyut dalam gelora ombak kemaksiatan juga tidak terlepas dari naluri suci asal manusia yang dambakan kepada KEBAIKAN YANG HAKIKI.

  Pada satu masa, terdetik di hati sang raja ingin menakluk dan meluaskan empayarnya. Baginda berhasrat menakluk negara India dan menjadikan negara tersebut di bawah kekuasaan ISLAM. Dalam usaha meluaskan empayar kerajaannya, Mahmud Ghazni mengumpulkan 12,000 orang bala tentera bagi melanggar dan menakluk India. Beliau meminta 12 orang Ulama yang serban tebal, janggut lebat yang hafal al-Quran dan Hadis Sunan Sittah bagi memimpin bala tenteranya. Setiap seorang ulama dibekalkan dengan 1000 orang tentera yang dilatih khas dengan peperangan gerila dan tempur dalam keadaan puasa pada siang hari dan bangun bertahajjud pada malam hari. 

  Manakala sang raja yang banyak dosa merantau mencari guru Mursyid yang sampai kepada Murabbi di tempat terpencil. Nama guru tersebut Abu Hasan al-Khalqani seorang ulama yang mendapat keilmuan bukan dengan mempelajari dari mana-mana ulama lain melainkan hanya menjadi seorang penjaga kepada Makam Wali terkenal iaitu Abu Yazid al-Bisthami selama 48 tahun sejak berusia 8 tahun. Hal keadaan cara Syeikh Abu Hasan al-Khalqani mendapat ilmu itu pelik bin ajaib, maka ramai ulama-ulama duniawi yang tidak kenal darjah dan makam syeikh Abu Hasan al-khalqani ini memulau dan meminggirnya. Mahmud Ghazni berjumpa Abu Hasan al-Khalqani bertujuan menjadi murid kepada Wali yang mustajab doa tersebut semoga dengan harapan segala dosa-dosanya yang lepas diampunkan oleh Allah dan niatnya menawan negara India dimakbulkan Allah. Sebelum berpisah gurunya memberi secebis keratan jubah gurunya sebagai ingatan dan tautan kasih sayang antara murid dan guru tersebut.


  Selama 40 hari tenteranya dilatih 12 orang ulama dan selama itu juga Mahmud Ghazni dilatih oleh gurunya Syeikh Abu Hasan al-Khalqani. Selepas menjalani latihan tersebut, berjumpalah semula Mahmud Ghazni dengan bala tenteranya di tempat yang dijanjikan. Mereka berkumpul dan sama-sama berbaiah tidak akan lari dari medan peperangan melainkan dengan menang atau syahid. 12000 ribu tentera tersebut yang dilatih dengan bertempur dalam keadaan berpuasa siang hari dan bertahajjud di malam hari itu akan berdepan dengan 200000 tentera Sami Hindu yang handal dalam sihir-sihir peringkat tinggi seperti yang dilihat dalam ritual perayaan thaipusam.


  Selama 6 bulan berturut-turut berlaku pertempuran sehinggalah kelihatan tentera di sebelah pihak Islam mengalami kekalahan yang teruk. Maka berkumpul semula 12 orang ulama tadi dan mengeluarkan fatwa bahawa mereka hanya mencampak diri dalam kebinasaan sekiranya meneruskan lagi peperangan. Mustahil kemenangan di pihak Islam dan mencadangkan kepada Sultan Mahmud Ghazni supaya berundur berdasarkan ayat;


"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan"


  Sultan tidak bersetuju kerana pada awalnya sudah sama-sama menetapkan Syahid atau Kemenangan sahaja yang akan membawa mereka pulang. Oleh kerana sudah ramai tentera yang termakan dengan hasutan untuk pulang, maka Sultan memerintah setiap tenteranya meninggalkan segala kelengkapan peperangan dan senjata dan biarkan Sultan mereka seorang diri memerangi tentera Sami Hindu tersebut. Apabila segala kelengkapan ditinggalkan maka Sultan Mahmud Ghazni menghampar permaidani sejadah lalu mengeluarkan cebisan jubah gurunya, lalu solat hajat dua rakaat dan berdoa;


" Ya Allah, dengan berkat dan doa yang tidak pernah putus dari si pemilik cebisan jubah ini, berilah aku kemengangan ke atas tentera hindu Majusi ini"



  Selesai sahaja berdoa, Allah menghantar ribut salji yang menenggelamkan tentera sami hindu tersebut dan kemengangan dicapai Sultan Mahmud Ghazni seorang diri. Maka terbukalah kota-kota seperti New Delhi, Islamabad dan Ahmedabad yang dibuka oleh Sultan Mahmud Ghazni dan populasi Muslim di India sekarang adalah warisan daripada generasi Sultan Mahmud Ghazni tersebut.


  Apabila pulang semula ke Turkment, maka bertanyalah ulama 12 orang tersebut apa yang didoakan Sultan Mahmud Ghazni sehingga Allah memberi kemenangan sedangkan mereka juga berdoa namun tidak dikurniakan kemenangan. Jawab Sultan Mahmud Ghazni, beliau didoakan oleh Gurunya Syeikh Abu Hasan al-Khalqani dengan Seluruh hati dan jasad manakala kamu wahai para Ulama hanya berdoa kepada Allah dengan hujung lidah. Mana sama dengan doa gurunya Abu Hasan al-Khalqani.


  Nilai pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, Allah menyediakan pengampunan seumpama bayi yang baru dilahirkan kepada hambaNya sekiranya hamba tersebut benar-benar menyesali walau dosa-dosa seperti Mahmud Ghazni. Doa yang diucap dibibir juga tidak dimakbulkan Allah melainkan Doa-doa yang menyerahkan seluruh jiwa dan jasad kepada Allah. Dalam peperangan tidak ada jalan pulang melainkan Syahid atau kemenangan dan perit dalam peperangan adalah bentuk ujian bagi melatih hamba itu sendiri.


"Berapa banyak tentera yang jumlah sedikit yang mendapat kemenangan dengan izin Allah?"

Wasiat Ulama ( Islam Itu Melayu, Melayu Itu Islam )


ASSYAHID TUAN GURU MURSYID AL-ALLAMAH HAJI AHMAD JUNAIDDIN BIN CHE DIN

     


   Gagasan Melayu Islam perlu merangka satu formula untuk dicadangkan kepada umat manusia di Nusantara bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

   lanya penting bagi memperkasakan bangsa dan negara dengan mendukung serta mempertahankan hak ketuanan Melayu, kekuatan perpaduan Melayu, institusi kesultanan Raja-Raja Melayu dan kedaulatan negara pada setiap masa.

   Kita perlu memperjuangkan pengekalan dalam negara masyarakat Melayu supaya melaksanakan cara hidup Islam atas aliran mazhab yang rojeh (4 Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah)


  • Tauhid - Aliran Imam Abu Mathuridi atau Imam Abu Hassan As-Syaari 


  • Feqah - Salah satu daripada Imam berikut tanpa pertindihan (Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi)


  • Akhlak (tasauf) - mana-mana ulama muktabar yang ahli (faham) dalam babnya (bidangnya) umpamanya Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Imam AI-Ghazali, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Abdullah Ahmadul Badawi (murid Syeikh Abdul Qadir Jilani) dll.

   Kita perlu bermuafakat dalam menyampaikan seruan agama Islam hingga tercapainya kefahaman hakikat tauhid yang sah dan jelas.

   Kita perlu menyatukan fahaman dan amalan untuk kekal hidup di bawah naungan Allah S.W.T. yang Maha Esa, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W., Kitabullah dan Kiblat yang satu.

   Kita perlukan kaedah dakwah dalam ilmu dan amalan serentak rohani dan jasmani umat manusia, beristiqamah dengan berpegang teguh kepada hukum tertinggi - AI-Qur'an, Hadis, ljmak dan Qias.

   Kita perlu berusaha untuk mendapat kerjasama supaya dibukakan ruang seluas—Iuasnya bagi mengumpul seberapa ramai umat Melayu Islam supaya bersatu dalam memperbaiki tumpuan pelaksanaan kerja dalam kehidupan kepada keperkasaan diri, bangsa dan negara sehingga mampu mengubah tamadun manusia.

   Bangsa hendaklah menerima agama Islam makajadilah bangsa itu bangsa beragama. Tempat Ietak agama pada diri seseorang itu ialah Iidah, anggota dan hatinya.

   Seseorang yang menerima Islam dengan yakin, waij fardhu ain menjaga agama yang ada pada dirinya pada biIa-bila masa dan di mana-mana.

   Ilmu dan amalan seseorang menjadi baja yang menyuburkan agama Islam yang ada pada dirinya selagi ilmu dan amal itu berada atas dasar agama dan diambil serta dipelajari dari mereka yang ahli pada babnya.

   Agama Islam akan keluar daripada diri seseorang itu setelah menerimanya di atas nama murtad, munafiq, zalim dan fasiq.

   Ilmu dan amalan seseorang menjadi racun yang membunuh agama yang ada pada dirinya sekiranya ilmu dan amalan Itu tersasar dari dasar agama atau diambil serta dipelajari pula dari orang yang telah rosak akidah, syariat, akhlak, jihadu bi nafsi dan jihadu bil mal.

Sahabat Ini Bermimpi Dibawa Malaikat Ke Neraka


Pada zaman Rasulullah SAW jika para sahabat bermimpi, biasanya mereka akan menceritakannya kepada Baginda Rasul S.A.W. Suatu malam, seorang sahabat nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra., pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca Al-Quran hingga keletihan. Setelah membaca Al-Quran, dia bersiap untuk tidur.

Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan berwudhu, kemudian baring dan berdoa, "Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu; ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati." Sambil memejamkan mata, Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah S.W.T hingga akhirnya terlelap.

Di dalam tidurnya, dia bermimpi. Dalam mimpinya, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka. Dalam mimpinya, neraka itu bagai lembah yang menyalakan api berkobar-kobar dengan luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang yang dikenalnya. Mereka terpanggang dan menanggung siksa yang tiada tara pedihnya.

Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu, Abdullah bin Umar berdoa, "A'udzubillahi minannaar. Aku berlindung kepada Allah dari api neraka." Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, "Kau belum terjaga dari api neraka!"

Pagi siang harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingat mimpi yang dialaminya. Lalu, dia pergi ke rumah Hafshah binti Umar, isteri Rasulullah SAW. Dia menceritakan mimpinya itu dengan hati yang cemas. Setelah itu, Hafsah menemui Baginda Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu pada baginda.

Seketika itu, Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar kalau dia mahu melakukan solat malam!"

 Mendengar sabda Nabi itu, Hafshah bergembira. Dia terus menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata, 

"Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu solat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terjaga dari api neraka. Itu karena kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin terselamatkan dari api neraka, dirikanlah salat tahajud setiap malam. Jangan kau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu di mana Allah S.W.T memanggil-manggil hamba-Nya; waktu ketika Allah mendengar doa hamba-Nya." 

Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud hingga akhir hayatnya. Bahkan, kerap kali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis di hadapan Allah S.W.T. Setiap kali mengingat mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka. Dia juga ingat sabda baginda Nabi SAW, 

"Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia merasa tidak ada orang lain yang lebih berat siksanya daripada dia. Padahal, sesungguhnya siksa yang ia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka." 

Dia berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada Allah, mencari redha Allah, agar termasuk hamba hamba-Nya yang terhindar dari siksa neraka dan memperoleh kemenangan syurga. Akhirnya, dia dapat merasakan betapa nikmatnya solat tahajud. Betapa agung keutamaan solat tahajud. Tidak ada yang lebih indah dari saat-saat ia sujud dan menangis kepada Allah S.W.T. pada malam hari.


(Mesti Baca) Cerita Lucu Akhir Zaman


Lucu...
Kalau dulu Rasulullah S.A.W  bersungguh-sungguh sebarkan kalimah Allah pada manusia..
Pada akhir zaman ini kita pula bersungguh-sungguh melarang orang lain dari mempertuhankan Allah S.W.T.

Lucu...

Kalau dulu Rasulullah S.A.W. bermati- matian menyeru agar umat patuh pada aturan Al Quran..
Ulama kini bermati-matian meyeru umat patuh pada perlembagaan..

Sungguh lucu...

Rasulullah S.A.W dulu membawa umat taat pada perintah dan titah Allah S.W.T....

Ulama akhir zaman ini pula membawa umat patuh pada raja...pada pemimpin yang membelakangkan titah Allah azzawajal..

Lebih lucu lagi...

Dulu Rasulullah S.A.W. menyebarkan perpaduan pada umat baginda..

Kini ulama sendiri yang membawa perpecahan pada umat..

Sibuk bertelagah..

Menyesatkan yang lain hanya kerana perbezaan pada fahaman dan mazhab..

Sedangkan perpecahan dan pencabulan pada agama berleluasa di hadapan mereka..

Demokrasi.. Pluralisma.. Kapitalisma.. Sekularisma.. Ashabiah.. Riba.. Semua jadi halal pada mereka asalkan namanya diubah..

Yang pluralisma digelar satu malaysia.. Yang ashabiah digelar patriotisma.. Sekularisma dipandang moden.. Riba pula digelar bunga dan faedah..

Celakalah sejahat-jahat makhluk.. Dari mereka fitnah datang dan pada mereka fitnah dikembalikan. Membawa umat kepada neraka.

Ulama dan orang awam kini sudah jadi semacam kasta.. Yang padanya terletas hanya pada sekeping tiket kertas yang digelar sijil, diploma dan ijazah..

Lucukan?? Jom gelak...hahahaha...

Ini Dia Manusia Yang Paling Kedekut Di Dunia



Hussain bin Ali R.A memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah S.A.W. meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tidak ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”

(At-Tirmizi, Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Uwais Al-Qarni Si Penghuni Langit


Rasulullah Saw bercerita kepada para sahabat, 

"Sungguh, kelak ada orang yang termasuk tabi'in terbaik yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, kalau dia berdoa kepada Allah S.W.T, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Dia mempunyai sedikit bekas penyakit kusta. Oleh karena itu, perintahkan dia untuk berdoa, niscaya dia akan meminta ampun untuk kalian." 
(Muslim)

Bernama Uwais Al-Qarni, ia tinggal bersama ibunya di negeri Yaman. Setiap hari ia menggembala kambing milik orang lain. Upah yang diterimanya cukup untuk menampung hidup bersama ibunya. Bila ada lebihan dari upahnya itu, dia akan berikan kepada jirannya yang kekurangan. Beliau termasuk antara orang yang taat beribadah dan mengamalkan ajaran yang dibawa Rasulullah S.A.W. 

Beliau mempunyai suatu keinginan yang belum tercapai sejak sekian lama aitu bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Keinginan itu kian memuncak setiap kali melihat jirannya yang baru pulang dari Madinah dan sempat bertemu Rasulullah S.A.W. Tetapi apakan daya, ibunya sudah tua dan sangat lemah. Uwais amat menyayanginya sehingga tak sanggup meninggalkannya sendiri.

Semakin hari kerinduan bertemu Rasulullah S.A.W makin bertambah. Beliau sangat gelisah mengingatkan hal itu. Suatu hari kerinduannya sudah tak tertahan, ia memberanikan diri memberitahu perasaan itu kepada ibunya. Mendengar curahan hati anaknya, ibunya terharu, ia pun diizinkan menemui Rasulullah S.A.W. 

Namun kerinduan itu tidak terubat kerana saat ia datang, Rasulullah S.A.W. tidak berada di rumah. Beliau ingin menunggu Rasulullah S.A.W, tetapi ia teringat pesan ibunya untuk segera pulang. Ia pun memilih taat pada ibunya dan segera mengucap selamat tinggal pada ‘Aisyah. 

Ketika Rasulullah S.A.W. kembali, Baginda bertanya jika ada sesiapa mencari Baginda. ‘Aisyah menjelaskan tentang kedatangan Uwais. Kemudian Rasulullah S.A.W mengatakan Uwais yang taat pada ibunya itu adalah penghuni langit. Rasulullah Saw meneruskan keterangan tentang Uwais kepada para sahabat. Seraya memandang Ali dan beliau mengatakan, "Suatu ketika jika kalian bertemu dengan Uwais mintalah doa dan istighfar darinya.

Taghut Dalam Kehidupan Kita


Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. 
( An Nisa : 60 )

Rasulullah S.A.W telah tinggalkan pada kita dua perkara, Al Quran dan sunnah-sunnah baginda S.A.W. sebagai pegangan hidup kita. Baik dalam hal keduniaan mahupun akhirat, dua elemen ini tidak harus kita tinggalkan dan abaikan.

Point penting dalam ayat di atas ialah:

1. Golongan munafik
-Manusia yang cuba menipu diri sendiri dan Allah S.W.T. dengan keimanan palsu mereka padahal ketaatan mereka bukan lagi pada Al Quran dan sunnah, tetapi pada para Taghut yang kufur (menolak) hukum-hukum Allah S.W.T.

2. Golongan Taghut
-Makhluk yang melampaui batas dan kedudukan mereka sebagai hamba. Mereka cuba mengambil alih hak Allah S.W.T sebagai Khalik iaitu menetapkan hukum dan peraturan dalam kehidupan. Para taghut ini menjalankan hukum dan peraturan mengikut kemahuan mereka masing-masing.

3. Syaitan
-Makhluk yang sentiasa menyesatkan kedua golongan di atas supaya kufur pada Allah S.W.T. Syaitan menjalankan tipu dayanya supaya manusia merasakan perbuatan mereka (kufur) sebagai sesuatu yang tidak salah dan menganggap ianya sebagai kebebasan memilih dan bersuara.

Perintah Allah S.W.T. dalam ayat di atas adalah supaya kita menentang para taghut ini dan kembali berhukum menurut apa yang telah diturunkan oleh Nya. Siapa taghut di dalam kehidupan kita kini? Raja? Sultan? Menteri? Fikir sendiri ok... Pastikan supaya kita terlepas dari tergolong dalam mana-mana golongan di atas. InsyaAllah..

Cara Rasulullah S.A.W Berwuduk



Sejauh mana kesempurnaan wuduk kita selama ini? Di atas merupakan cara dan tertib wuduk yang dikatakan diwarisi dari guru-guru hingga terus kepada Rasulullah S.A.W. 

Semoga kita mendapat syafaat Baginda dengan mengikuti segala sunah-sunah dan beribadat mengikut apa yang diajar Baginda S.A.W. kepada kita. InsyaAllah..

Lima Perkara Yang Allah SWT Rahsiakan Dari Kita


Antara lima perkara yang Allah SWT rahsiakan dari kita...

1.Umur kita
~oleh itu gunakan lah hidup kita dengan penuh manfaat sebaik-baiknya.

2.Ajal kita
~oleh itu perbanyakkan lah amalan sebagai persediaan menghadapinya.

3.Rezeki kita
~oleh itu sentiasa lah bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan pada kita.

4.Jodoh kita
~oleh itu bersedialah dengan ilmu rumah tangga agar kita dapat membimbing pasangan kita kelak.

5.Mizan(Timbangan amalan kita)
~oleh itu perbanyak lah istighfar agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita.

Wallahu'alam..

Demokrasi-Amalan Syirik Global



dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(Al-Maaidah 5:44)

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
(Al-Maaidah 5:50)



Dosaku Dan Rahmat Allah SWT

 
Kuakui bahawa dosaku banyak sekali. Tapi, aku sedar, sesungguhnya rahmat Allah lebih luas dan lebih besar dari dosa-dosaku.

Filme Islamik 'Sangat...'

*Amir Mustaqim

Syaitan Jin Dan Syaitan Manusia


 وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ 

 Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. 
(Al-Anaam :112)

Kecintaan Imam Malik Pada Ilmu


Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir bin Amar bin Harits, dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah. Moyangnya Abu Amir berasal dari Yaman yang berhijrah ke Madinah untuk berguru dengan Rasulullah s.a.w dan menjadi antara sahabat baginda yang setia dan ibunya pula Aliyah Syuraik. Malik dilahirkan pada zaman pemerintahan khalifah Umaiyyah keenam, Khalifah Al-Walid Abdul Malik 

Madinah yang terkenal sebagai pusat ilmu telah memupuk cintanya terhadap ilmu al-Quran dan hadis. Dia akan membuat satu kesimpulan setiap kali belajar sesebuah hadis untuk mengingatkannya jumlah hadis yang dipelajarinya. Ingatannya yang sangat kuat, dan pernah suatu ketika gurunya Ibnu Syihab menyampaikan 30 hadis tetapi dia hanya mendapat 29 hadis saja, dia sanggup bertemu gurunya semula memintanya mengulang semula satu hadis yang tertinggal itu.

Malik pelajar yang sangat miskin sehingga terpaksa menjual kayu dari bumbung rumahnya yang runtuh untuk mendapatkan wang. Dalam usia 17 tahun, dia sudah mendalami pelbagai ilmu agama. Dia juga sangat rajin belajar walaupun selepas berumah tangga dan dikatakan mempunyai 900 orang guru yang separuh daripadanya adalah ulama tabien. Malik sangat mencintai ilmu hadis dan dikatakan, jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai fikah, dia terus keluar dengan pakaian yang melekat di tubuhnya. Tetapi jika dia dipanggil untuk bercakap mengenai hadis, dia akan mandi, berpakaian kemas serta memakai harum-haruman sebelum keluar. 

Dia juga melarang orang bercakap nyaring dalam majlis hadis sebagai menghormati Rasulullah kerana hadis datangnya daripada Rasulullah. Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul hadis yang diterima daripada gurunya. Sebanyak 100,000 hadis dihafalnya, tetapi selepas disaring, hanya 10,000 diakui sah, yang kemudian dipadankan dengan firman Allah. Akhirnya, hanya 5,000 yang diterima sebagai benar-benar sabda Rasulullah. Hadis ini dihimpun dalam kitab pertamanya, al-Muwatta’.

Ada riwayat menyatakan, khalifah kedua Bani Umaiyah, Abu Jaafar al-Mansur di Baghdad menggesa Malik supaya menulis ilmunya untuk dijadikan rujukan. Selepas mengumpul hadis itu, dia bingung memikirkan judul sesuai untuk kitabnya sehingga bermimpi dikunjungi Rasulullah yang bersabda kepadanya, “sebarkan kitab ini kepada manusia.” Akhirnya dia memutuskan untuk menamakan kitab sulungnya itu al-Muwatta’ bermaksud Yang Disepakati atau Tunjang atau Panduan. 

Kerana lamanya masa yang diambil untuk menyusun kitab ini, khalifah meninggal sebelum sempat menatapnya. Pada zaman pemerintahan Harun al-Rashid, al-Muwatta’ begitu dihormati sehingga khalifah mencadangkan kitab itu digantung di Kaabah sebagai lambang perpaduan ulama dalam hal agama tetapi dibantah Malik. Khalifah pernah mengutus Syeikh al-Barmaki untuk menjemput Malik mengajar di istananya. Sebaliknya Malik menjawab, “ilmu pengetahuan harus didatangi dan tidak disuruh mendatangi.” 

Utusan itu pulang ke Iraq dan menyampaikan pesan berkenaan. Khalifah menghantar dua anak lelakinya ke majlis ilmu Malik di Madinah. Ketika menunaikan haji, khalifah sempat menemui Malik dan memintanya membacakan kitabnya. Malik sebaliknya meminta khalifah hadir ke majlis ilmunya sahaja. Khalifah membalas, mahu mendengar kitab itu di rumah Malik sendiri tetapi Malik merendah diri menyatakan, kediamannya buruk, tidak sesuai untuk dikunjungi seorang amirul mukminin.

Khalifah menghadiahkan 3,000 dinar emas kepada Malik untuk membina rumah baru. Hanya sedikit wang yang digunakan dan selebihnya diberikan kepada sahabat lain. Suatu hari, semasa khalifah di Madinah, sekali lagi Malik dijemput ke tempatnya untuk membacakan al-Muwatta’.Mulanya dia enggan tetapi akhirnya bertukar fikiran lalu ke tempat khalifah. Katanya, “saya harap janganlah tuanku jadi orang pertama yang tidak menghormati ilmu. Saya tidak menolak permintaan tuanku tetapi saya harap tuanku menghargai ilmu supaya Allah menghargai tuanku.”

Khalifah bersetuju mengikut Malik ke rumah. Selepas duduk di kerusi khasnya, khalifah menegur kerana terdapat ramai orang lain di situ. Tetapi Malik membalas, “jika orang ramai tidak dibenarkan mendengar isi kitab ini, nescaya Allah tidak akan memberi rahmat kepada seorang pendengar pun.”

Khalifah akhirnya bersetuju membenarkan orang lain mendengar sama.Malik menyuruh pelajarnya Ma’an membaca al-Muwatta’, tetapi sebelum pelajar itu membuka mulut, Malik mencelah, “Para pencinta ilmu sangat menghargai ilmu. Tiada sesiapa akan duduk lebih tinggi daripada ilmu.” Mendengar sindiran itu, khalifah turun duduk di lantai bersama yang lain.

Antara sikap Malik, dia tidak pernah menolak hadiah yang diberikan kerana baginya ilmu pengetahuan memang wajar mendapat penghargaan, apatah lagi ilmu agama. Bagaimanapun banyak wang hadiah yang diberikan kepada pelajarnya. Hidupnya tidak mewah tetapi dia gemar berpakaian kemas kerana baginya pakaian yang kotor dan tidak senonoh akan menjatuhkan maruah ulama.

Malik pernah berdepan cabaran hebat pada masa pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, ketika anak saudara khalifah, Jaafar Sulaiman menjadi gabenor Madinah. Gabenor muda dan tidak berpengalaman itu kurang menghormati ulama, apatah lagi ketika itu terdapat ramai yang mendengki Malik kerana kedudukannya.

Termakan hasutan, Malik yang berusia 54 tahun ketika itu ditahan dan diseksa dengan 70 sebatan. Hukuman itu mencetuskan kemarahan orang Madinah, sangat membimbangkan khalifah di Baghdad, lantas Jaafar dipecat. Khalifah dengan rendah diri berjumpa Malik untuk meminta maaf dengannya. 

Hubungan baiknya dengan khalifahlah yang mendorongnya menulis al-Muawatta’ yang terkenal itu.Malik kembali ke rahmatullah pada Rabiulawal 179 Hijrah, dalam usia 90 tahun selepas menghidap sakit tua selama 20 hari dan dikebumikan di Baqi. Dia meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. 

Hanya anak perempuan tunggalnya, Fatimah yang mewarisi ilmunya mendalami al-Muwatta’. Seumur hidupnya, Malik tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali ketika menunaikan haji ke Mekah. Namun dia berjaya mengumpul ramai pelajar yang datang dari luar Madinah. Pelajarnya yang ramai inilah bertanggungjawab melebarkan Mazhab Maliki ke seluruh pelusuk dunia.

Kisah Benar : Minta Melihat Neraka


Hari ni aku puasa sunat 6 syawal..Maghrib dah masuk, tapi makanan belum hidang lagi.. Perut pula dah berbunyi minta diisi. Si dia hulurkan periuk pada aku. Aku tahu periuk nasi tu masih panas lagi, api baru padam tak sampai seminit pun.. Tapi entah kenapa lah...si tangan ni gatal nak pegang tak beralas. Kebal la kot..

Aduh!! Dia punya sakit macam nak tercabut tangan aku. Periuk aku letak atas meja.. tangan panas..hati pun tiba-tiba panas.

"Yang ko duduk situ kenape? Kan aku dah kena ni..!"

Kasihan adik aku, dia pula yang kena marah.

Dengan pantasnya aku ke dapur, alirkan air..tuam air batu sambil berbuka puasa.

Dalam masa berbuka tu aku cuba ingat, apa yang Allah SWT nak tegur aku. Mana silap yang patut aku sedar..

Astaghfirullahal azim.. Dua tiga hari lepas aku ada hajat pada Allah SWT. Hari ni Dia bagi sikit je hajat aku tu. Itu pun dah aku tak tahan. Apa hajat aku tu??

"Ya Allah..aku belum layak untuk ke syurga Mu. Tunjukkan lah aku nerakaMu..Moga-moga hati aku takut bermaksiat pada Mu ya Allah.."

Hari ni aku rasa sikit saje..tak sebanding dengan kepanasan nerakaMu ya Allah. Berdenyut-denyut sakitnya. Tak sanggup rasanya aku kenerakaMu itu. Ampunilah aku dan keluargaku, selamatkan lah kami dari kepanasan api nerakaMu ya Allah..Amiin..

Cinta Di Dalam Al Quran Dan Hadith


1. Mawaddah
Cinta mawaddah bermakna cinta yang membara dan membara. Orang yang memiliki cinta “mawaddah” ini selalu menginginkan sentiasa bersama, berduaan, enggan berpisah dan ingin selalu merasakan cintanya sepanjang waktu. Di dalam Al Quran Surah ar Rum: 21

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


2. Rahmah
Suatu cinta kasih dan sayang dalam dinyatakan dalam Al Quran dengan menggunakan kata ar-rahmah (cinta kasih), cinta ini menggambarkan cinta yang penuh kelembutan, kasih sayang, rela berkorban, siap memberi perlindungan. Orang yang memiliki cinta jenis ini berani berkorban demi orang yang dicintai, mendahulukan cintanya daripada kepentingan cinta dirinya sendiri. Termasuk dalam cinta yang dibahasakan dengan ar-rahmah adalah cinta yang berhubungan dengan pertalian darah. Dalilnya juga dalam surah ar Rum ayat 21.


3. Mail
Cinta yang dibahasakan dengan mail (condong) adalah cinta yang bersifat sementara. membara sehingga mengalih perhatian hingga hal lain menjadi terabai. Cinta jenis ini disebut oleh Al Quran dalam konteks poligami, ketika seseorang jatuh hati berlebihan kepada pasangan yang lebih muda. Al Al Quran surah An-Nisa ayat ke 129


Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


4. Syaghafa
Cinta ini adalah cinta yang sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan. Orang yang menghidap cinta jenis Asy-syaghaf tidak ubah seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukannya. Al-Quran menceritakan cinta syaghaf ketika mengisahkan bagaimana cinta Zulaikha ( isteri pembesar Mesir) kepada anak angkatnya, Nabi Yusuf A.S. Cinta ini telah mendesak Zulaikha untuk berbuat Zina dengan anak angkatnya. Tapi Allah SWT menyelamatkan Nabi Yusuf A.S dari godaan ibu angkatnya.
Merujuk kepada surah Yusuf ayat 30:


Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"


5. Kulfah
Cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif meskipun sulit seperti ibu bapa yang menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan biliknya sendiri meskipun ada pembantu. Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari. Jenis cinta Kulfah disebut di dalam al-Quran ketika menyatakan bahawa Allah SWT tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yang mandiri (berdikari).
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286:

  لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ   
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya.


6. Ra’fah
Ra’fah mempunyai wrti kasih sayang yang dalam hingga membelakangkan kebenaran, umpamanya kasihan kepada pasangan hingga tidak membangunkan solat, membelanya meskipun salah dan seterusnya.  Al-Quran ada menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan manusia agar jangan kerana Cinta Ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah SWT, dalam hal ini menjurus dalam  hukuman bagi penzina, surah an Nur ayat 2



Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.



7. Shobwah
Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong pemiliknya berlaku menyimpang tidak sanggup mengelak darinya. Al Quran menceritakan cinta ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdo’a agar dipisahkan dengan Zulaikha yang selalu menggodanya (mohon dimasukkan ke dalam penjara), sebab takut lama-kelamaan akan tergelincir ke dalam perbuatan yang berdosa. Allah berfirman dalam Al Quran surat Yusuf ayat 33

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ.

Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) & tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."



8. Syauq
Syau yang berarti rindu, cinta ini bukan dari Al Quran tetapi dijumpai dalam hadith, yang berkaitan dengan surat al Ankabut: 5

مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kalimat rindu yang menggunakan syauq itu kemudian diungkapkan dengan doa yang berbunyi:

waas’aluka ladzzata an nadhori ila wajhika wa as syauqa ila liqaika

(aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah-Mu & nikmatnya kerinduan berjumpa denganmu)

Doa Diterima Amalan




  Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
(Al-Baqarah 127)


Penjelasan: Doa ini menjelaskan bahwa segala amalan yang dikerjakan oleh Nabi Ibrahim dipersembahkan semata-mata hanya untuk Allah. Nabi Ibrahim menyebutkan dua sifat Allah, yaitu Maha Mendengar bahawa Allah mendengar doa hamba-Nya dalam erti diterima oleh Allah dan Maha Mengetahui segala alasan dari doa yang dipanjatkan.

Doa Meminta Keamanan




Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
(Ibrahim:126)

Penjelasan: Doa dikala Nabi Ibrahim a.s meminta kepada Allah SWT agar Mekah menjadi kota yang aman, damai dan diberikan pula rezeki yang berlimpah kepada penduduknya.

Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 7


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
( Muslim )

Kefahaman Hadis :

1) Nasihah Lillah adalah dengan mengimaniNya, ikhlas dalam beribadah, mentaatiNya serta jauhi laranganNya.

2) Nasihah Likitabi adalah meyakini ia kalam Allah bukannya kalam makhluk. Mengambilnya sebagai Manhaj hidup yang sesuai sepanjang zaman serta berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi adalah membenarkan kenabian baginda serta mengikuti ajarannya. Kasih terhadap Rasulullah S.A.W. dan mengagungkan sunnah baginda, mengkaji sirahnya dan berakhlak dengan. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin adalah membantu dalam tugasan, menasihati ketika lupa, dan menghalang dari berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim adalah membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Mengajar apa yang mereka jahil terhadap agama dan mengalakkan mereka kepada ketaatan.


Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...