Taghut Dalam Kehidupan Kita


Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. 
( An Nisa : 60 )

Rasulullah S.A.W telah tinggalkan pada kita dua perkara, Al Quran dan sunnah-sunnah baginda S.A.W. sebagai pegangan hidup kita. Baik dalam hal keduniaan mahupun akhirat, dua elemen ini tidak harus kita tinggalkan dan abaikan.

Point penting dalam ayat di atas ialah:

1. Golongan munafik
-Manusia yang cuba menipu diri sendiri dan Allah S.W.T. dengan keimanan palsu mereka padahal ketaatan mereka bukan lagi pada Al Quran dan sunnah, tetapi pada para Taghut yang kufur (menolak) hukum-hukum Allah S.W.T.

2. Golongan Taghut
-Makhluk yang melampaui batas dan kedudukan mereka sebagai hamba. Mereka cuba mengambil alih hak Allah S.W.T sebagai Khalik iaitu menetapkan hukum dan peraturan dalam kehidupan. Para taghut ini menjalankan hukum dan peraturan mengikut kemahuan mereka masing-masing.

3. Syaitan
-Makhluk yang sentiasa menyesatkan kedua golongan di atas supaya kufur pada Allah S.W.T. Syaitan menjalankan tipu dayanya supaya manusia merasakan perbuatan mereka (kufur) sebagai sesuatu yang tidak salah dan menganggap ianya sebagai kebebasan memilih dan bersuara.

Perintah Allah S.W.T. dalam ayat di atas adalah supaya kita menentang para taghut ini dan kembali berhukum menurut apa yang telah diturunkan oleh Nya. Siapa taghut di dalam kehidupan kita kini? Raja? Sultan? Menteri? Fikir sendiri ok... Pastikan supaya kita terlepas dari tergolong dalam mana-mana golongan di atas. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...