Pakar Darah Islam 'Ibn Nafis'


Ala-al-din Abu Al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi juga dikenali sebagai Ibn al-Nafis , ataupun Ibn Al-Nafis al-Dimashqi, merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1213 - 1288 M. Dia merupakan orang pertama yang menggambarkan peredaran darah dalam tubuh manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan kontemporari proses ini masih lagi wujud. Dia merupakan orang pertama yang diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah pada 1924 di Berlin.

Beliau dilahirkan pada tahun 1213 M di Damsyik, dan menghadiri hospital-univerisiti (Bimaristan Al-Noori) di Damsyik. Selain daripada perubatan, Ibn al-Nafis memperlajari ilmu jurisprudenkesusasteraan dan teologi. Beliau menjadi pakar fiqah mazhab Shafii dan seorang ahli perubatan.

Al-Nafis berpindah ke Mesir dalam tahun 1236 dan bertugas di Hospital Al-Nassri, dan kemudiannya di Hospital Al-Mansouri di mana beliau menjadi ketua pakar perubatan dan doktor peribadi Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1288 dan mewaqafkan rumah, perpustakaan dan kliniknya kepada hospital Mansuriyya.

Kitab terbesar Ibn al-Nafis ialah yang berjudul Al-Shamil fi al-Tibb, yang dirancangkan sebagai satu ensiklopedia yang memuatkan 300 jilid tetapi tidak dapat diselesaikan oleh sebab kematian beliau. Manuskrip terdapat di Damsyik.

Bukunya tentang oftalmologi merupakan sumbangan kerja asal. Bukunya yang paling termasyhur ialah Ringkasan Undang-undang(Mujaz al-Qanun). Sebuah buku yang masyhur, yang memerikan sumbangan aslinya ialah buku berkaitan kesan pemakanan terhadap kesihatan, berjudul Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya.
Karyanya Al-Risalah al-Kamiliyyah fil Siera al-Nabawiyyah, yang diterjemahkan di Barat di bawah judul Theologus Autodidactus, dianggap sebagai karya yang pertama yang menjadi novel teologi dan juga novel yang pertama berbentuk cereka sains.

Pada tahun 1924, seorang ahli perubatan Mesir, Muhyo Al-Deen Altawi, seorang pengkaji sejarah perubatan Arab di Universiti Albert Ludwig, menemui sebuah manuskrip berjudul  "Ulasan berkaitan Anatomi dalam Qanun Ibnu Sina" di dalam Perputakaan Negeri Prussia di Berlin. Skrip ini merangkumi kajian terperinci tentang anatomipatologi dan fisiologi, dan skrip ini merupakan pemerian terawal tentang sistem peredaran darah paru-paru (pulmonari).

Sebelum kemunculan al-Nafis, teori berkaitan sistem peredaran darah ialah teori Galen yang dirumuskan pada abad kedua Masihi. Galen telah mengutarakan teori bahawa darah yang sampai ke bahagian kanan jantung mengalir melalui liang-liang halus yang tidak dapat dilihat yang terdapat pada septum jantung, ke bahagian kiri jantung, di mana ia bercampur dengan udara untuk mencipta semangat yang kemudiannya disalurkan ke seluruh tubuh. Mengikut Galen, sistem vena berbeza daripada sistem arteri, melainkan apabila mereka bertemu melalui liang halus.

Berlandaskan pengetahuan anatominya, al-Nafis menyatakan:
"darah dari ruang kanan mesti sampai di ruang kiri tetapi tidak ada laluan langsung di antara kedua-duanya. Septum tebal di antara ruang-ruang tersebut tidak ditembusi dan tidak ada liang yang boleh dilihat seperti difikirkan beberpa pihak atau liang yang tidak boleh dilihat seperti difikirkan Galen. Darah dari ruang kanan mesti mengalir melalui vena arteriosa (arteri pulmonari) kepada paru-paru, merata ke dalam isinya, bercampur dengan udara, bergerak melalui arteria venosa (vena pulmonari) untuk sampai di ruang kiri jantung dan di sana mencipta semangat..."

Al-Nafis memerikan anatomi paru-paru seperti berikut:
"paru-paru terdiri daripada bahagian-bahagiannya, satu daripadanya ialah bronkus; kedua cabang-cabang arteria venosa; dan ketiga cabang-cabang vena arteriosa, kesemuanya dihubungi oleh daging longgar berliang."

Beliau menambah:
"paru-paru memerlukan vena arteriosa untuk menyalurkan kepadanya darah yang telah dinipis dan dipanaskan di dalam jantung, supaya apa yang menyerap melalui liang cabang-cabang pembuluh ini ke dalam alveoli paru-paru dapat bercampur dengan udara di situ. Gabungan ini bercampur di dalam ruang kiri jantung dan menjadi semangat. Campuran ini disalurkan ke ruang kiri oleh arteria venosa."

Betapa umat Islam didedahkan dengan kehebatan tokoh-tokoh dari kaum kufar  tanpa mereka sedar kebanyakan ilmu-ilmu sains moden sekarang datangnya dari kajian ilmuan-ilmuan islam tersohor. Nama mereka kian kita lupakan, malah ada yang langsung tidak kenal pada mereka ini. Wallahu’alam..


Sumber:wiki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...