Imam Nawawi Melawan Raja
Di zaman Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi hidup, atau sekitar abad ke-7 H, sebuah usul kontroversi pernah dikeluarkan oleh pihak penguasa. Negara hendak memungut cukai wajib dari rakyat demi menampung urusan kerajaan.
Sebagai ulama yang dihormati ramai, Imam Nawawi mendapat panggilan Raja Az-Zahir Berbis, pemimpin pada masa itu. “Tandatanganilah fatwa ini!” perintah Raja kepada Imam Nawawi dengan nada garang supaya beliau mengeluarkan fatwa membenarkan pungutan cukai itu.
Imam Nawawi faham benar, rakyat pada masa itu sedang dalam kesusahan. Kemiskinan melanda dan kelaparan di mana-mana. Anehnya, para pegawai dan keluarga raja pula hidup mewah, penuh kemudahan, serta gemar berfoya-foya.
“Tidak!” tegasnya. “Apa alasannya?” tanya raja murka.
”Fatwa ini akan menyokong kezaliman.” Kemarahan Raja Berbis memuncak. Sambil menoleh kepada para pegawai di sekelilingnya, ia berteriak, ”Pecat dia dari semua jawatannya!”
Namun, raja terpaksa berputih mata kerana ulama besar dan juga empunya puluhan karya dan kitab itu ternyata tak memiliki jawatan apapun.
”Kenapa tak memberinya hukuman mati saja?” usul salah satu pegawai.
“Demi Allah, aku sangat segan padanya.” jawab raja lalu membebaskannya.
Imam Nawawi termasuk ulama yang berpendirian kuat. Di hadapan penindasan, penentangannya amat keras dan berani meskipun risiko berat akan menghampirinya. Agama memang terlalu suci untuk dijual dengan kepentingan politik, apalagi dengan hal yang menzalimi sesama umat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment