MALAYSIA KENA SERANG!!

USA Announcing War Against Malaysia!!

Cuba bayangkan.. kalau ayat di atas menjadi tajuk utama pada setiap akhbar-akhbar utama dunia. Dalam masa beberapa bulan je, negara kita ni akan bertukar rupa menjadi seperti apa yang kita nampak terjadi kat Afghanistan dan Iraq. Bangunan-bangunan runtuh.. mayat-mayat bergelimpangan.. bom sana sini.. gila..

Bayangkan lagi.. masa tu, kita semua dalam keadaan serba kekurangan. Jangan kata nak makan KFC, nak jumpa nasi pun susah.. tidur pun dalam khemah buruk je. Kalau ada rumah pun, tidur dalam ketakutan kalau-kalau tiba-tiba rumah kena ceroboh dengan musuh. Bayangkan je tau, bukan nye betul-betul pun...



Kalaulah semua tu betul-betul terjadi pada kita..agak-agaknya apa yang kita harapkan dari saudara-saudara muslim kita yang lain? Cukupkah pada kita jika dengar mereka sekadar berkata, "Kami dah kirimkan doa buat anda." Cukupkah jika kita sekadar diberi sekampit beras yang mungkin hanya dapat mengisi perut keluarga buat sehari dua? Tak cukup kan.... 

Itulah realiti yang terjadi pada saudara-saudara kita kat Palestin, Syria, Filipina, Patani, Somalia, Afghanistan, Libya, Chechya, Myanmar, Mali dan banyak lagi. Kalau kita kira mungkin sudah berjuta-juta malah berbilion dolar sumbangan yang telah dunia hulur pada mereka, tapi adakah sumbangan demi sumbangan yang dihulur telah dapat memadamkan penderitaan yang mereka hadapi setiap waktu? Jawapannya TIDAK. Mereka masih lagi terus bergelut pada setiap masa dan detik.

Mustahil untuk kita bangkit selagi kita masih lagi duduk di dalam sebuah lingkaran yang dikelilingi oleh tembok kekufuran, kemunafikan, syirik, kejahilan, kezaliman, dan kefasikan. Dan untuk memecahkan tembok-tembok tersebut, wajib untuk kita kembali kepada syariat sebenar seperti mana yang telah Allah turunkan kepada kita melalui rasulNya, Muhammad saw. Selagi mana kita masih lagi duduk di dalam lingkaran itu, selagi itu lah kita terpaksa akur dan tunduk di bawah telunjuk musuh-musuh Allah swt.

Satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan mengangkat tinggi kedaulatan Islam yang telah kita, umat Islam sendiri campak ke bawah. Hanya sekiranya Islam berjaya bangkit untuk menguasai dan menjadi kuasa besar di muka bumi, maka dapatlah saudara-saudara kita ini kita selamatkan. InsyaAllah... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...