(Mesti Baca) Cerita Lucu Akhir Zaman


Lucu...
Kalau dulu Rasulullah S.A.W  bersungguh-sungguh sebarkan kalimah Allah pada manusia..
Pada akhir zaman ini kita pula bersungguh-sungguh melarang orang lain dari mempertuhankan Allah S.W.T.

Lucu...

Kalau dulu Rasulullah S.A.W. bermati- matian menyeru agar umat patuh pada aturan Al Quran..
Ulama kini bermati-matian meyeru umat patuh pada perlembagaan..

Sungguh lucu...

Rasulullah S.A.W dulu membawa umat taat pada perintah dan titah Allah S.W.T....

Ulama akhir zaman ini pula membawa umat patuh pada raja...pada pemimpin yang membelakangkan titah Allah azzawajal..

Lebih lucu lagi...

Dulu Rasulullah S.A.W. menyebarkan perpaduan pada umat baginda..

Kini ulama sendiri yang membawa perpecahan pada umat..

Sibuk bertelagah..

Menyesatkan yang lain hanya kerana perbezaan pada fahaman dan mazhab..

Sedangkan perpecahan dan pencabulan pada agama berleluasa di hadapan mereka..

Demokrasi.. Pluralisma.. Kapitalisma.. Sekularisma.. Ashabiah.. Riba.. Semua jadi halal pada mereka asalkan namanya diubah..

Yang pluralisma digelar satu malaysia.. Yang ashabiah digelar patriotisma.. Sekularisma dipandang moden.. Riba pula digelar bunga dan faedah..

Celakalah sejahat-jahat makhluk.. Dari mereka fitnah datang dan pada mereka fitnah dikembalikan. Membawa umat kepada neraka.

Ulama dan orang awam kini sudah jadi semacam kasta.. Yang padanya terletas hanya pada sekeping tiket kertas yang digelar sijil, diploma dan ijazah..

Lucukan?? Jom gelak...hahahaha...

Ini Dia Manusia Yang Paling Kedekut Di Dunia



Hussain bin Ali R.A memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah S.A.W. meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tidak ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”

(At-Tirmizi, Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Uwais Al-Qarni Si Penghuni Langit


Rasulullah Saw bercerita kepada para sahabat, 

"Sungguh, kelak ada orang yang termasuk tabi'in terbaik yang bernama Uwais. Dia memiliki seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, kalau dia berdoa kepada Allah S.W.T, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Dia mempunyai sedikit bekas penyakit kusta. Oleh karena itu, perintahkan dia untuk berdoa, niscaya dia akan meminta ampun untuk kalian." 
(Muslim)

Bernama Uwais Al-Qarni, ia tinggal bersama ibunya di negeri Yaman. Setiap hari ia menggembala kambing milik orang lain. Upah yang diterimanya cukup untuk menampung hidup bersama ibunya. Bila ada lebihan dari upahnya itu, dia akan berikan kepada jirannya yang kekurangan. Beliau termasuk antara orang yang taat beribadah dan mengamalkan ajaran yang dibawa Rasulullah S.A.W. 

Beliau mempunyai suatu keinginan yang belum tercapai sejak sekian lama aitu bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Keinginan itu kian memuncak setiap kali melihat jirannya yang baru pulang dari Madinah dan sempat bertemu Rasulullah S.A.W. Tetapi apakan daya, ibunya sudah tua dan sangat lemah. Uwais amat menyayanginya sehingga tak sanggup meninggalkannya sendiri.

Semakin hari kerinduan bertemu Rasulullah S.A.W makin bertambah. Beliau sangat gelisah mengingatkan hal itu. Suatu hari kerinduannya sudah tak tertahan, ia memberanikan diri memberitahu perasaan itu kepada ibunya. Mendengar curahan hati anaknya, ibunya terharu, ia pun diizinkan menemui Rasulullah S.A.W. 

Namun kerinduan itu tidak terubat kerana saat ia datang, Rasulullah S.A.W. tidak berada di rumah. Beliau ingin menunggu Rasulullah S.A.W, tetapi ia teringat pesan ibunya untuk segera pulang. Ia pun memilih taat pada ibunya dan segera mengucap selamat tinggal pada ‘Aisyah. 

Ketika Rasulullah S.A.W. kembali, Baginda bertanya jika ada sesiapa mencari Baginda. ‘Aisyah menjelaskan tentang kedatangan Uwais. Kemudian Rasulullah S.A.W mengatakan Uwais yang taat pada ibunya itu adalah penghuni langit. Rasulullah Saw meneruskan keterangan tentang Uwais kepada para sahabat. Seraya memandang Ali dan beliau mengatakan, "Suatu ketika jika kalian bertemu dengan Uwais mintalah doa dan istighfar darinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...